Wednesday, December 28, 2011

KEMBALI BERSEMANGAT


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selamat tiba di Tanjong Malim setelah meluangkan sedikit  masa bersama adik-adik saya yang belajar kat UPM. Kami mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sempena cuti ‘study week’. Dah faham dengan perangai masing-masing, confirm tak study punya! Justeru itu, kami merancang untuk keluar bersantai sesama adik-beradik sebelum bermulanya final exam. Sebagai kakak sulung, saya harus mengalah dengan mereka untuk turun ke Serdang dengan menaiki KTM. Dua lawan satu, semestinya kena ikut mereka. Kalau nak berjalan-jalan di Tanjong Malim, bukannya ada tempat yang menarik sangat…huhu.

Sebenarnya, saya  ingin mencari mood study yang tidak mucul-muncul lagi. Parah dah ni! Kebetulan adik saya tinggal di kolej 17, di mana kebanyakkan pelajar di situ mengambil jurusan perubatan. Setahu saya, pelajar medik ini skema belaka. Termasuk dengan adik saya sendiri.  Asyik study 24 jam! Manalah tahu, kot2 aura study mereka boleh meresap ke dalam diri saya ini.

Memang betul! Tak dengar bunyi bising langsung. (Mungkin ramai yang pulang bercuti). Hanya kedengaran bunyi siren ambulan je kerana kolej kediaman K17 mereka bersebelahan dengan Hospital Serdang. Melihat ketekunan dan kesungguhan mereka study bagai nak mati, terus saya dapat aura tersebut. Saya kembali bersemangat!!!

Buat Adibah dan Ahmad, buat yang terbaik untuk final exam. All the best. Doakan untuk Kak Cho sekali!

 
With my sis & bro

Friday, December 23, 2011

ALKISAH

Assalamualaikum wbt.

Hari ini jari-jemari yang tidak begitu nak runcing ingin menaip dan berkongsi sesuatu.

Minggu depan bermulalah ‘Study week’. Semester ini saya bakal menduduki 4 kertas sahaja bagi peperiksaan akhir semester.

Complex Variables – 7 Januari 2012
Lukisan Kejuruteraan – 11 Januari 2012
Ordinary Differential Equations – 13 Januari 2012
Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences – 16 Januari 2012

Seperti kebiasaan, pelbagai agenda yang dirancang dalam study week. Pergi program ke sana sini, rehlah, mesyuarat, buat jamuan bagai. Nekad betul! Seolah-olah macam exam dah habis je.
.
Eh, apa yang sudah merepek ini??

Berbalik semula pada tujuan entry ini. Hari ini saya tiada kuliah, so mengambil keputusan untuk masuk pejabat. Buat apa yang patut. Biasalah, kalau kerja di pejabat ini menghadap komputer lah kerjanya. Sempat juga mata ini menjeling-jeling buka FB (amaran : Dah siap kerja baru buka FB). Ingin dijadikan cerita, saya menerima satu mesej dari salah seorang ‘friends’ di FB yang merupakan pelajar sekolah menengah. Saya pun sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh approve adik tersebut. Adik tersebut menceritakan masalah dan bertanyakan hukum agama kepada situasi yang dialaminya. Pada mulanya saya agak terperanjat berikutan saya adalah bukan insan yang layak dan arif berkaitan ilmu agama Islam secara mendalam. Apatah lagi apabila ditanya soal hukum. Walaubagaimana pun selagi mana saya boleh jawab persoalan dan permasalahan saya akan cuba memberikan jawapan yang terbaik.

Mungkin adik tersebut malu untuk bertanya kepada ibu bapa, rakan-rakan dan guru. Lalu merujuk saya sebagai insan yang tidak mengenalinya, mungkin lebih selesa. Mungkin. Satu hari juga setelah saya bergelar pendidik, saya juga akan menerangkan perkara sama juga. Perkara biasa bagi remaja membincangkan soal jawab berkaitan baligh.

Baligh menjadi sempadan antara fasa kanak-kanak dan fasa dewasa. Mengikut Islam, baligh menjadi penanda asas bermulanya taklif, di mana seseorang individu bertanggungjawab atas setiap pilihan dan tindakannya. Akil baligh juga adalah satu peringkat di mana tubuh kita berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Selepas ini, ketinggian naik mendadak, saiz otot badan bertambah, tubuh makin sasa dan suara pula semakin dalam dan garau (bagi lelaki).

Kalau sebelum ini, sekiranya adik-adik ada tinggalkan solat, puasa, buat jahat, buat baik, emak dan ayah yang tanggung semua. Tapi setelah mencapai usia baligh kita sudah kena tanggung sendiri. Bagi perempuan kita sudah diwajibkan untuk menutup aurat. Pesanan saya buat adik-adik, apabila pertama kali dapat tanda baligh, kita harus memberitahu kepada ibu (bagi perempuan) dan bapa (bagi lelaki) supaya boleh diberi nasihat, bimbingan, panduan dan pedoman bagaimana untuk hidup sebagai seorang lelaki muda dan gadis yang sudah mencecah usia baligh terutama dalam bab mandi wajib!

Akhir kata,apabila kita sudah baligh, maknanya kita kena patuh semua perintah Allah, tidak boleh nak main-main lagi. Apa yang Allah suka, kita buat. Dan apa yang Allah larang kita tinggalkan. Semoga adik-adik akan berusaha gigih untuk jadi insan yang soleh solehah dan musleh hendaknya. Sekian.

Saturday, December 17, 2011

CERPEN TRAVELISTA 1


Assalamualaikum wbt buat pembaca-pembaca setia blog Aisyah Mawaddah. Hasrat di hati ingin menyambung travelog Kembara Ilmu ke Ho Chi Minh Part 2, tapi tiba-tiba mood menulis cerpen menerpa. Sejujurnya saya lebih suka menggunakan nama saya sendiri dalam penulisan cerpen kerana saya lebih menjiwai watak tersebut dan jalan cerita. Hehe

*********************************************************
“Selamat ulang tahun sayang.”

Aisyah terpana sebentar. Ulang tahun? Hari ini…Masya-Allah.

“Haha. Abang dah agak dah, Aisyah mesti lupa. Sibuk sangat menyemak buku pelajar, sampai tarikh ulang tahun perkahwinan sendiri pun lupa. Azmi ketawa sendiri.

“Percutian ini adalah hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kita.”

Tiba-tiba air mata Aisyah menitis.

“Eh, mengapa sayang menangis?”

“Terima kasih. Aisyah benar-benar gembira dan terharu sangat. Abang begitu baik.”

Azmi menggeleng. “Abang yang patut ucap terima kasih sebab Aisyah sudi kahwin dengan abang, sentiasa berada di sisi abang.”

“Menyesal tidak?” Tiba-tiba Aisyah melontarkan soalan, mengundang angkatan dua kening Azmi.

Azmi tersengih. Kemudian menggeleng. “Tidak pernah menyesal.”

“Betul? Kahwin dengan orang tidak pandai masak, tidak banyak hafal al-Quran, tajwid pun tidak hebat, hari-hari asyik kena kejut Subuh, tidak menonjol dalam dakwah dan tarbiah.” Aisyah mengangkat satu persatu jarinya seakan membilang. Azmi mendengar setia.

“Tidak romantik, ibadah sunat pun kurang, asyik belajar sahaja, tidak …” Bicara Aisyah terhenti di situ. Jari telunjuk Azmi sudah melekat pada bibirnya.

“Abang tidak perlukan semua itu. Bukankah abang sudah kata sebelum kahwin, yang abang mahu hanyalah Aisyah berada di sisi abang sahaja. Abang tidak minta lebih daripada itu. Biar abang yang masak. Biar abang yang kemas rumah. Biar abang yang baca al-Quran untuk Aisyah. Biar abang yang hari-hari kejut Aisyah Subuh. Biar abang yang romantik. Biar abang yang ambil berat. Biar abang yang buat semua.” Azmi menyempurnakan bicaranya.

“Aisyah bukanlah seorang mujahidah segigih dan sefaqih Aisyah isteri Rasulullah SAW. Bukan juga hebat beribadah seperti Rabiatul Adawiyyah. Setahun setengah ini, sudah banyak Aisyah susahkan abang. Lebih-lebih lagi dalam hal dakwah dan tarbiah. Isteri-isteri sahabat abang semuanya hebat-hebat. Semua kehadapan sama-sama. Aisyah…” Aisyah menunduk.

“Aisyah lah orang yang paling banyak bantu dalam dakwah dan tarbiah. Apabila Aisyah ada di sisi abang, abang jadi kuat, abang lebih bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja Islam berjalan dengan lancar, insya-Allah, ramai orang yang akan mendapat manfaat.”

Aisyah terpana, wajah Aisyah kemerahan.

“Tapi..”

“Tidak ada tapi-tapi lagi. Nanti serabut kepala. Hari ini abang masak special, sotong masak sambal kegemaran isteri abang tercinta.” Sambil mencuit hidung Aisyah. Azmi menghulurkan tangan, Aisyah pula menyambut tangan suaminya itu. Mereka berjalan beriringan ke dapur. Aisyah damai di bahu Azmi.

Azmi gembira. Di dalam hati, dia bahagia dan tidak henti mengucap hamdalah. Bahagia apabila bidadari jiwanya bahagia. Entah mengapa Allah memberikan perasaan ini padanya. Kepada seorang isteri tercinta. Kebahagiaan ini, memang tiada bandingnya. Aisyah memang bukan Aisyah pada zaman Rasulullah. Namun dia adalah Aisyah, bidadari di jiwa, yang Allah salurkan kekuatan dan kehidupan kepadanya.

 

Coretan hati : Rata-rata hari ini orang terbiasa dengan kesempurnaan fantasi. Mencari hanya yang sempurna. Kemudian kecewa apabila melihat kecacatan selepas berkahwin. Terimalah pasangan kita dengan seadanya.

Thursday, December 15, 2011

BUKAN SISTEMNYA..TAPI MANUSIANYA

“Saya tak tahu bagaimana nak buat lagi. Banyak sangat aduan yang diterima. Memeningkan!” keluh seorang staf sebelum waktu makan tengah hari di pejabat tadi.

“Macam-macam dah dibuat. Ada sahaja yang tidak kena dan bermasalah.” keluhnya terus menerus.

Kasihan pula saya melihatnya. Kepalanya hampir botak itu menyebabkan beliau kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya. Merangkap bos saya juga di HEP UPSI biarpun saya ditempatkan di unit yang berbeza.

Saya mengangguk sahaja. Memang benar katanya. Isu pengangkutan bas UPSI dari kolej kediaman ke kampus, ke Taman Bernam dan juga ke Proton City. Kami terpaksa beratur panjang dan menunggu bas dalam jangka waktu yang agak panjang. Perkara biasa jika kami sampai lewat ke kuliah.

“Aisyah ada idea untuk menyelesaikan masalah ini?” tiba-tiba staf tersebut meminta pandangan saya sewaktu saya sedang menyusun surat-surat yang perlu ditandatangani.

Sebagai seorang pelajar yang selalu menggunakan perkhidmatan bas, bagi saya bukan isu bilangan yang tidak mencukupi tetapi sikap pemandu bas itu sendiri!

“Hmm…sejujurnya, sebab utama ialah manusia. Bukan sistem. Sistem yang kita laksanakan sudah cukup tersusun dengan baik.”

“Kenapa begitu? Aisyah maksudkan pemandu bas ke?”

“Yup! Bukankah sudah ada peraturan dalam bekerja, tetapi tidak ada kepatuhan. Bukankah sudah ada yang dikenakan tindakan disiplin tapi tak ada yang berubah juga. Bas sudah disediakan dengan kadar yang mencukupi, tetapi pemandu bas masih lembap. Jadi pada saya, yang kurang bukan pada sistem, bukan juga pada bilangan bas, tetapi pada manusianya.”

“Yalah, manusia malas, yang  tak berdisiplin, memang sukar untuk ditadbir. Segelintir pemandu bas yang curi tulang semasa bekerja. Semasa bekerja, melepak-lepak sambil merokok, curi tidur. Semua ingin kerja mudah, untung atas angin sahaja.”

“Bolehkan sekiranya saya memberi encik sebagai contoh dalam masalah ini?”

“Silakan, saya tak kisah,” ujar staf tersebut. Mujur beliau seorang yang mudah mesra dan dibawa berbincang.

Saya sengaja menimbulkan persoalan kepada staf tersebut. Secara tidak langsung mengingatkan diri saya sendiri yang bergelar staf pelajar bekerja di pejabat HEP. Gaji saya dibayar mengikut jam saya bekerja. Mudah bagi saya untuk mengaitkan perkara-perkara yang hampir dengan kehidupan seharian.

“Katakanlah gaji encik dibayar sebanyak RM 3000 atas masa encik bekerja di pejabat. Apabila terima gaji pada akhir bulan itu bererti termasuk sejam masa yang encik mengular (curi tulang). Sekadar contoh sahaja. Saya tahu encik seorang staf yang beretika. Hehe…”

Staf tersebut tersenyum dan mengangguk perlahan.

“Jika sejam itu ditukar kepada bentuk wang, agaknya berapa?” Tanpa mendapat jawapannya, saya menyambung, “Tak sampai RM 20 kan? Tetapi RM 20 itu cukup untuk membeli  sekilo beras, sekilo gula, dan beberapa ekor ikan bukan?”

Staf tersebut mengangguk lagi.

“Dan beras, gula atau ikan itu kita jadikan makanan untuk diri, isteri dan anak-anak kita.” Saya menyambung lagi, “Apabila wang yang sebegitu digunakan untuk membeli makanan anak isteri kita tentu sahaja hati mereka gelap.”

“Kenapa?”

“Bukankah hati dibentuk oleh makanan? Makanan yang haram akan menggelapkan hati.”

 

Saya teruskan lagi, “Iman kena dikuatkan. Lemah iman punca manusia sukar dikawal. Itu sebabnya ramai yang suka curi tulang semasa bekerja. Kalau dengan Allah pun liar, apalagi dengan manusia. Alangkah indahnya sekiranya mereka bekerja kerana Allah. Kita selesaikan masalah dengan Allah dahulu, mudah-mudahan Allah selesaikan masalah kita dengan manusia.”

Sekian

Saturday, November 19, 2011

KEMBARA ILMU KE HO CHI MINH (PART 1)


~Kami ~

Delegasi dari UPSI
~Peneraju Kecemerlangan~

Suasana ketika itu sangat tenang biarpun di luar sana matahari sedang terik meninggi. Lapangan kapal terbang KLIA itu kelihatan lengang.

Besar. Lapangan terbang itu besar amat. Kapalnya juga besar-besar. Membuatkan saya rasa amat kerdil sekali. Yang besar di hadapan saya ini makhluk, yang hebat di depan saya ini dicipta. Maka Tuhannya?

Malah, melihatnya saja sudah membuatkan saya terus teringat cerita transformers yang pernah saya tonton. Semacam saya rasa, sebentar lagi kapal terbang itu akan bergerak dengan sendi besi dan bunyi robotnya yang akan bertukar menjadi raksasa mesin transformers pula.

Saya melihat bumi dari atas, yang saya kini ada di langit. Semuanya menjadi seakan semut-semut kecil. Yang besar-besar dan yang gah-gah, semua jadi rendah dan lemah-lemah sahaja.

Dunia, besar manalah sangat. Kita saja yang selalu bangga.


Kami sampai. Gembira rasa di hati, berbunga-bunga. Jika hati saya ini sebuah taman, pasti ianya sekarang sudah berbunga sakura seperti di Jepun. Tapi saya sekarang di Vietnam. Destinasi pertama kami adalah kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Malaysia di Ho Chi Minh. Terlibat dengan sesi dialog bersama Encik Helmi Sulaiman, Pengarah Pendidikan (wakil Kedutaan Malaysia).

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, kami melihat pengangkutan utama di negara tersebut adalah motorsikal. Hanya sedikit sahaja bilangan kereta. Saya dimaklumkan bahawa kadar cukai bagi pengangkutan kereta amatlah mahal berbanding motorsikal.

University of Pedagogy

Keesokkan hari saya ke Universiti of Pedagogy, sebuah universiti yang melahirkan produk guru sama seperti UPSI. Mereka menyambut kedatangan kami dengan baik. Kami gembira. Dan senyuman mereka dan kami tersimpul, dengan salaman ukhuwwah yang kami genggam. Erat dari dua negara.

Bersama Timbalan Pengarah University of Pedagogy, Pengarah Pendidikan Malaysia di Ho Chi Minh, Timbalan Naib Canselor HEPA, UPSI

Di situ saya akan membentangkan tentang College Student Committee. Fully in English. Jika saya mem’present’ atau berbicara, suka sekali menggerakkan gaya tangan. Jika siapa yang tahu dan pernah lihat lah. Nak buat bagaimana, sudah terbiasa.

Sempat lagi YDP berpesan, “Jangan laju sangat ye.”

Ok!.

Mereka tahu saya adalah seorang yang suka cakap laju baik dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris(sering berlaku dalam meeting).

Tiada teks. Tak apa, saya cuba mengatur susun perlahan isi-isi yang ada berpandukan slide sahaja.

Sesi menggoreng

Alhamdulillah, saya menerima respon yang sangat baik dari wakil universiti of Pedagogy. Tanpa diduga.

“Your English is very good, and you are funny person. I like it!”

Sepanjang sesi pembentangan, saya cuba mewujudkan unsur-unsur humor agar pembentangan saya tidak bosan. Saya tahu bahawa bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa Vietnam dengan sebutan yang betul. (Belajar dari Youtube).

“Sinchou”

“Kam eng”

Saya membalas, merapu cuba meniru bahasa mereka.

Saya ketawa, mereka juga ketawa. Saya tak faham apa pun yang mereka katakan. Mereka apatah lagi, jugalah tak faham apa yang saya merepekkan. Dua-dua tak faham. Ishh, payah betul!! Seperti ayam dengan itik.

Tak apa, saya belajar sikit-sikit dulu…hihi.

Itu pengalaman saya.

Moga manfaat untuk hari seterusnya.

Pasukan kebangsaan

Petang nan tenang diadakan perlawanan bola tampar persahabatan antara dua negara. Pasukan kebangsaan Malaysia dan Pasukan Vietnam. Kami ini bukanlah pemain universiti, hanya mewakili universiti. Apa-apa pun, kami sudah berlatih sebaik mungkin sebelum perlawanan.

Perlawanan bermula.

Pasukan kebangsaan terus menggasak. Asakan demi asakan oleh kombinasi penyerang berkaliber seperti Abang Sham, abang wak, abang Riey, Mirul, Hafizan dan Dato’ Francis membuahkan hasil pada minit yang pertama.

Bangga betul. Hebatlah konon kalau hendak dibandingkan dengan pemain perempuan dari pasukan Malaysia. Pemain perempuan pun hebat juga ( Datin Aisyah, Kak Jah, Kak Lyn, Kak Ilya, Kak Mariyah dan Zurin)

Pasukan (lelaki) Malaysia-Vietnam


Pertama kali saya berada di arena perlawanan bola tampar.
(Adab pemakaian harus dijaga)

Minit-minit seterusnya pasukan kebangsaan Malaysia terus menunjukkan kehebatannya kepada tuan rumah Vietnam biarpun mata yang dikumpul adalah seri belaka. (merujuk pada pasukan lelaki)

Tak apa, bukan kami kalah pun. Dapat tempat ke dua lah. Biarlah, ini perlawanan persahabatan. Kena bagi tuan rumah menang dulu.

Di pejabat Kedutaan Pendidikan Malaysia di Vietnam 
~Mempromosikan pendidikan di Malaysia~

To be continue……Kembara Ilmu ke Ho Chi Minh Part 2 pula.

Sunday, October 23, 2011

CUTI SEMINGGU

Assalamualaikum wbt.

Pada awalnya, saya sedikit tidak puas hati dengan cuti yang tiba-tiba ini kerana sambutan perayaan Depavali sehari bertukar menjadi seminggu. huhu. Tetapi cepat saja Allah mengingatkan saya kembali dengan memberikan hikmah yang cukup baik buat saya. Beberapa urusan penting selesai dek kerana cuti yang tiba-tiba ini. Sungguh, perancangan Allah itu yang terbaik.

Seminggu cuti free bukanlah masa untuk berehat-rehat seperti yang diangan-angankan.Saya rasa, hari saya lebih relaks berbanding pada hari kuliah. Saya perlu menjalani latihan bola tampar dan persembahan dikir barat. Siapa sangka saya dulunya seorang yang kurang aktif dalam bersukan tup tup terpilih mewakili UPSI sekali gus menwakili pelajar Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan negara XXXX. Tambahan pula saya seorang gadis yang bertudung labuh yang nampak lembut tetapi rupanya ganas dalam bermain…hehe. Perasan lagi. Wekk!!! Doakan cermin mata saya tidak pecah lagi dan memenangi perlawanan ini pada bulan hadapan.

Jagalah adab berpakaian ketika dalam bersukan

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya. Saya sudah dapat tawaran bekerja di Hal Ehwal Pelajar (HEP), UPSI selepas tamat waktu kuliah. Syukur. Tuisyen malam pun still berjalan seperti biasa.

Siapa kata dengan sibuk bekerja, kita tiada masa untuk study? Semuanya terpulang pada disiplin diri masing-masing. Saya juga masih belajar untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dengan masa. Dan saya sendiri merasakan sememangnya payah jika ia berkaitan dengan masa. Masa kita tidak akan pernah bertambah. Namun masa itu milik Allah, dia akan berikan kelebihan masa pada sesiapa yang dikehendakinya. Mahu atau tidak, kita perlu bijak menguruskan masa yang ada agar tidak berlalu sia-sia.

Saya juga masih memegang beberapa jawatan dalam lajnah dan masih aktif akan program-program dakwah bersama IPTA lain. Sibuk belajar tidak boleh kita jadikan alasan untuk kita meninggalkan jalan dakwah. Dakwah ini satu kewajipan yang nak atau tidak, kita kena buat. Tidak kiralah dakwah fardhiah ke, dakwah jam'iyah ke. Kita kena, mesti dan perlu buat. Manusia memang selalu sibuk. Apa yang membezakan adalah sama ada kesibukan kita itu adalah kesibukan dunia atau kesibukan akhirat. Terima kasih buat sahabat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya.

Ramai orang tersilap. “Saya mahu tumpu sepenuhnya pada pelajaran selama 4 tahun di UPSI tanpa menggalas mana-mana tanggungjawab dan komitmen lain. Dan akhirnya keluar menjadi seorang guru.”

Saya menegur dan menasihati junior-junior dan sahabat yang lain, "Ermm..kalau macam tu awak nak develop soft-skill di mana? Sebagai guru kita perlu ada soft-skill juga. Soft-skill ini tidak akan tercetus dengan sendirinya. Ia perlu dibina dari masa ke semasa. Ramai guru yang berilmu tapi tak semestinya mampu menyampaikan ilmunya secara terang-terangan pada anak murid lain. Tambahan pula sebagai guru kita bukan setakat mengajar subjek-subjek seperti Matematik, Kemahiran Hidup, Fizik, Sains malah kita perlu menerapkan nilai-nilai Islam setiap pembelajaran.

Dalam diri kita sebagai seorang bakal guru, mesti ada niat dan kemahuan untuk faham Islam dan sampaikan kefahaman Islam pada yang lain.

Sekian.

Selamat bercuti kawan-kawan.

Friday, October 14, 2011

BATCH AT14 (MATHEMATICS EDUCATION)

Kami Guru Malaysia
(3rd year Mathematics Education students)

Suasana padang di hadapan Bangunan Ibu Kandung Suluh Budiman meluaskan pandangan. Menampakkan pemandangan yang benar-benar cantik. Dipenuhi warna hijau.

Kelihatan sekumpulan pelajar yang majority terdiri daripada kaum hawa ceria tersenyum, berjalan bersama rakan-rakan sekuliah.

“ Inilah tempat terakhir kita bergelar ‘Anak Kandung Suluh Budiman’ sewaktu konvo nanti.”

Aisyah menjeling Nadia yang baru tiba di sebelah memastikan kedudukan kami selesa untuk mengambil gambar batch.

“ Insyaallah kalo sambung master or PhD bukan tempat terakhir, malah sekiranya jadi pensyarah UPSI memang confirm senantiasa menjadi anak kandung Suluh Budiman.”

Nadia mengangkat kening.

“ Nadia, belajar tak pernah habis la, sampai mati…”

Aisyah tersenyum. Nadia hanya mencebik. Ye la, dia je la yang nak menang.

Kedengaran tawa dua sahabat yang saling memahami antara satu sama lain.

Saturday, October 8, 2011

REHLAH

Assalamualaikum.

Mata saya masih terkebil-kebil melihat assignment yang berlambak-lambak ini. Tiba-tiba diri saya jadi blur sekejap. Jika ikut hati yang bersemangat, semuanya ingin saya selesaikan dalam masa yang sama tetapi sudah pasti di luar kemampuan saya. Jika ikutkan rasa hati yang seakan putus asa pula, ingin saja ditinggalkan semua dan berkelubung dengan comforter dan melelapkan mata. Mudah, habis cerita. Tetapi dek kerana terngiang-ngiang pesan ummi di kampung, saya gagahkan juga menyelak secebis dua helaian.

Ah, saya tidak mudah berputus asa. Hampir 3 tahun telah saya lalui dan masih ada 1 tahun setengah lagi berbaki. Saya menarik nafas sedalamnya. Saya mesti teruskan usaha. MESTI!

Setiap kali menyenarai pendekkan perkara yang perlu dibuat, tutorial yang perlu disiapkan dan assignment yang perlu dihantar, senarai pendek itu menjadi panjang. Banyaklah pula. Ehmm..kuncinya adalah bergerak sekarang tanpa perlu bertangguh. (Hehe, tapi masih sempat nak update blog Aisyah Mawaddah)

Tersengih sendiri saya apabila perlu memujuk hati. Bermacam cara dicuba. Antaranya, kalau agak-agak rasa malas menguasai diri dan fikiran, saya angan-angankan betapa indahnya tatkala menatap kejayaan dan bergelar seorang guru atau pensyarah yang cemerlang dari semua aspek dan sentiasa berkebolehan dan bijak menguruskan masa. Cewahhh, saya memang macam ni.

Berkesan ke..?? Cubalah.

Oh, semalam saya bersama housemates 1-1-14 keluar berjalan-jalan dan rehlah di tasik Proton City setelah berjam-jam menghadap tugasan yang tidak pernah habis. Salah satu aktiviti untuk tenangkan fikiran dan berehat sebentar sambil makan –makan.

Syukur gembira kerana dikurniakan sebuah keluarga kecil yang bahagia di rumah dan sebuah keluarga yang besar di UPSI, Tanjong Malim.

Thanks to all my housemates 1-1-14


Cikgu-cikgu yang suka berjalan


Makan nasi kerabu


Gelagat kami~



Tuesday, September 27, 2011

DI MANAKAH KUNCI ??


Sudah beberapa hari kunci bilik saya hilang. Saya hampir menangis menahan geram sambil tangan menyelongkar setiap sudut bilik saya. Membelek setiap handbag sambil mulut terkumat-kamit sendiri. Kadang-kadang pause sekejap cuba mengingati di mana kali terakhir saya pegang kunci bilik saya. Adakala saya berharap kan senang kalau saya boleh buat ‘missed call’ kunci tersebut. Mujur roommate saya pelajar semester 8 yang senantiasa berada di dalam bilik kerana mereka banyak menghabiskan masa menyiapkan tesis di dalam bilik, maka saya tidak bimbang akan keselamatan barang-barang berharga.

Masa on the way ke kuliah, saya beristigfar banyak kali, saya tidak sepatutnya menangis dan menarik muka apabila kunci bilik hilang. Perkataan yang lebih baik untuk disebut adalah “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”. Ya, saya lupa dan selalu cuai. Merelakan jika kunci itu betul-betul hilang. Mungkin saya letak di dalam handbag lain. Mungkin kunci itu tercicir di mana-mana. Ah, saya sendiri yang cuai. Sekiranya saya membuat aduan memang malu betul! Dahlah pernah jadi Exco Kediaman, tuptup diri sendiri yang hilangkan kunci. Kalau sebelum ini, saya selalu menasihatkan pada semua pelajar agar sentiasa menjaga kunci ibarat nyawa sendiri.

Saya tersedar, saya lupa bahawa banyak perkara yang saya lalui sebelum ni, jika saya hadapi dengan sabar, natijahnya adalah sangat cantik jika saya sabar dan redha. Saya selalu lupa untuk bersabar dan redha. Kadang-kadang terlambat. Jika sesuatu berlaku pada saya, emosi selalu mengatasi akal yang rasional. Saya selalu lupa. Mungkin sebab itulah Allah mentarbiah saya banyak kali dengan perkara yang sama, kecil mahupun besar, supaya saya tidak lagi lupa. Supaya ibrahnya meresap dalam hati sehingga basah tidak kering lagi. Buat para pembaca blog ini, doakan agar saya dapat ketemu semula kunci bilik saya.



Sekian.

Saturday, September 24, 2011

AKHWAT OH AKHWAT

Assalamualaikum wbt.

Pernahkah mendengar kawan-kawan anda atau diri anda sendiri berkata,

“Biasalah rumah bujang. Kalau bersepah itu memang perkara biasa. Kalau tidak, bukan rumah bujang namanya.”

Sebagai seorang Islam, kita harus gunakan konsep rumah orang Islam. Dan harus diingatkan kita tidak akan bujang selamanya. Akan menjadi isteri, ibu, guru, ibu mertua, biras orang. Takkan nak kahwin baru jadi pembersih.

Oleh kerana itu, saya amat menitikan kebersihan rumah dan siapa ahli rumah yang tinggal bersama. Bukan cerewet tapi demi keselesaan dan suasana yang kondusif.

Bilik saya di rumah 1-1-14

************************************************************

Kita sering melihat ramai akhwat yang kurang memberi perhatian dan mengambil berat tentang penampilan. Penampilan yang rapi dan indah dianggap sebagai sesuatu yang terlarang. Lantaran salah faham mereka berterusan tampil dengan cara yang tidak sewajarnya sehingga menyebabkan orang di sekeliling mereka turut merasai natijahnya.

Muslimah yang patuh kepada syariaat, tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus. Sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri-seri. Tetapi tidak pula sampai pada hiasan yang tabarruj.

Pernahkah anda melihat situasi sebegini..??

Dari jauh kelihatan seorang yang bertudung labuh memegang mushaf Al- Qurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat untuk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yang langsung tidak sepadan dengan baju yang dipakai. Entah beberapa hari tudung itu tidak dibasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitam yang sudah lama tidak ditukar terselak.

Seusai habis kuliah lewat petang, segera dia meluru menuju ke biliknya di asrama. Dilemparkan beg sandangnya dan terus merebahkan diri ke katil yang dipenuhi baju-baju yang tidak berlipat. Penat kot. Di hujung katil kelihatan bakul yang dipenuhi baju-baju yang tidak berbasuh selama berminggu-minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku-buku pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul-betul bersepah seperti tokang pecah.

Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik.

Inikah nilai diri bagi seseorang yang telah ditarbiyah? Sedangkan tarbiyah mengajar kita untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada orang sekeliling.

Berapa ramaikah akwat yang malas seterika tudung dan baju kurungnya untuk keluar?

Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung yang tidak sepadan dengan warna baju?

Berapa ramaikah akhwat yang biliknya bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?

Kalau tiada, ini satu keputusan yang bagus. Namun kalau masih ada yang berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri. Kita ini akhwat. Kita mesti lagi faham dan arif soal kebersihan dan kekemasan. Jangan sampai kerana “Nila setitik, rosak susu sebelangga.” Jangan sampai orang yang memandang puak yang tudung labuh ini sebagai puak selekeh. Jika salah seorang kita merosakkan imej mereka yang bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.

Kita bukan sekadar memperbaiki dalaman sahaja, tapi luaran juga.

Ambillah masa untuk menseterika baju dan tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang dan sebelum tidur. Halaqah dan taklim bukanlah dilakukan setiap malam. Ziarah dan silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. Buatlah jadual yang sesuai. Kemaslah katil, meja dan rak buku. Jadikanlah bilik anda sentiasa kemas.

Islam itu cantik dan indah.

Janganlah merosakkan kecantikkan Islam hanya kerana kita tidak menjaga kekemasan diri.

Sekian.


~Jadilah muslimah yang sentiasa menjaga penampilan~

Thursday, September 15, 2011

HECTIC SEMESTER

Back to book and assignment again

Assalamualaikum wbt.

The first week semester in UPSI has been so hectic. Student + tuition teacher + part time, 3 in 1. Hehe… I love being busy, assignment, quiz, join programme…tettt, koya je. Tuition teacher and kerja part time cari income lebih dan mengisi masa setelah melepaskan beberapa jawatan. Actually saya nak kumpul duit untuk ambil lesen memandu and teringin nak beli kamera baru DSLR NIKON. That my target!! I want to improve my pedagogi also.

Now I already semester 5. Wow!! I’m taking heavier subject for this semester. Completely fully my credit hour. I guess it's time for me to list and arranging my priorities. Siap buat planner lagi. Fiqh Aulawiyyat. No procrastinate.

Oklah, short entry for today.

3 in 1~ Student + Tuition teacher + Part time

Thursday, September 8, 2011

MANISNYA UKHUWAH

Assalamualaikum wbt.

Manisnya ukhuwwah kerana Allah. Manisnya ukhuwwah apabila hati-hati dipaut bersama oleh rasa keimanan dan diikat dengan simpulan kasih sayang. Semuanya di atas izin dan rahmat Allah Azza Wajalla apabila kami sekali lagi berjaya duduk bersama mengukuhkan ikatan-ikatan hati kami dalam menagih cinta Rabbi melalui jamuan raya sebentar tadi setelah empat bulan tidak bersua. Pengisian rohani turut disampaikan. Semoga kami dapat menjadi batu-batu berharga yang turut sama mengukuhkan binaan dan menyokong antara satu sama lain. InsyaAllah.

Sekian.



Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT DATANG BUAT ISMP AMBILAN SEPTEMBER

Selamat datang buat mahasiswa/wi ISMP

Assalamualaikum wbt.

Lebih kurang seramai 2210 pelajar baru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ambilan September yang mendaftar hari ini. Selamat datang ke bumi murabbi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, terkenal juga dengan gelaran Universiti Pentarbiyah Syuhada’ Islam (UPSI) or Universiti Pertemuan Suami Isteri (UPSI). Hehe…Apa-apa pun ahlan wasalan buat junior-junior yang memasuki bidang pendidikan.

Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang pelajar baru. Kalau sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai ‘Kakak Lif’ oleh pelajar-pelajar baru. Yela, sebelum mereka menuju ke bilik masing-masing mereka pasti bertemu dengan saya terlebih dahulu di hadapan pintu lif untuk bertanyakan koordinat rumah dan bilik mereka.

“Akak 3-6-12 di mana ye?” tanya seorang pelajar baru.

“Oo..Blok 3, Aras 6, rumah nombor 12” balas saya


"Terima kasih kak. Akak tahun berapa sekarang?", tanya pelajar itu lagi.


"Alhamdulillah tahun tiga", jawab saya.

"Eee..seronoknya dah tahun tiga!"


Saya hanya tersenyum mengangguk.

Itulah juga antara dialong saya ketika di tahun satu dahulu. Soalan yang sama diajukan ketika berjumpa mana-mana senior yang belum pernah dikenali. Saya akan bermonolog : Seronoknya dah tahun tiga!

Dan sekarang, alhamdulillah saya di tahun tiga. Sedikit rasa teruja kerana jalan-jalan yang saya lalui sepanjang mendaki tangga setiap tahun, mudah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Semoga tahun-tahun yang keseterusnya jua dipermudahkan jalan oleh-Nya.

“Akak dah kahwin ke?”

Agak terkesima seketika. Adakah muka saya ini macam orang yang dah kahwin? Nampak tua kah saya? Terkejut saya mendengar soalan seumpama itu.

“Belum lagi. Kenapa dik?”

“Yeke? Saya sangka akak dah kahwin sebab akak pakai cincin di jari”


“Ooo..pemakaian emas adalah perhiasan setiap wanita.” Saya hanya tersenyum.


Mendapat gelaran 'Kakak Lif'

Seperti sebelum ini, saya tidak pernah kekok berkongsi pengalaman dan cerita bersama junior-junior saya. Sebagai seorang mahasiswi dan bakal guru kita harus memperluaskan empayar social (networking) dengan semua orang agar mudah didekati. Bukannya ekslusif untuk geng-geng berkopiah dan tudung labuh.

Teringat zaman seawal usia saya berada di bumi UPSI. Saya selalu berkawan dan rapat dengan senior-senior. Saya suka akan sikap mereka yang matang dan selalu memberi nasihat kepada saya.

Saya pernah berbicara dengan senior saya. Saya sangat mengaguminya. Segan pun ada. Kadang-kadang kalau saya malas buat kerja, saya akan terus teringatkan dia. Dia tak pernah pun mengeluh yang dia malas ke, penat ke. Kalaupun ya, dia buat juga kerja tu sehingga selesai. Bagusnya. Dia seorang individu yang mampu melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kalau dia mampu, mengapa tidak saya? Saya mahu jadi RAJIN seperti dia. Alhamdulillah, aura rajin senior saya turut terpias pada saya biarpun tidak 100%. Yang penting rajin!

Pernah satu hari, saya rasa letih sangat. Saya hadiri kuliah dengan rasa yang amat letih. Tumpuan saya hilang. Sampaikan pensyarah yang mengajar di hadapan pun perasan dan saya rasa dia pun terganggu melihat saya yang kurang berminat dengan apa yang dia ajar.

Masa tu, senior ini duduk di sebelah saya. Saya rasa dia lagi penat sebenarnya. Selalunya, seharian dia tidak berhenti. Tapi dia tetap bersemangat di kelas. Semasa pensyarah keluar sebentar, saya melentokkan kepala di bahunya dan saya berkata : "Saya letihlah kak, mengantuk sangat..bile nak habis kelas ni?"

Dia terus ambil nota saya dan mencoret sesuatu. 'SEMOGA ALLAH MEMBERIMU KEKUATAN'. Saya terus duduk tegak. Dia menggosok-gosok belakang saya. Saya rasa macam..tak tahu nak cakap apa. Walaupun dia tidak berkata-kata, dia selalu beri motivasi pada saya. Indirectly.

Senior tersebut banyak mempengaruhi sikap saya kini. Adakah saya mampu melakukan perkara tersebut kepada junior-junior saya? Kalau senior saya mampu, mengapa tidak saya?

Buat pembaca setia entry saya, mohon doa agar saya terus diberi kekuatan.

Sekian


Tuesday, September 6, 2011

JADUAL KULIAH SEM 5



Inilah jadual kuliah saya. Sebenarnya jadual ini belum lengkap lagi terutama bagi subjek minor (kemahiran hidup), gara-gara jadual subjek tersebut bertindan dengan subjek major (Matematik). Maka, saya terpaksa menunggu 'Minggu Add Drop Subject' bermula pada minggu hadapan. Penyusunan jadual kuliah terpulang pada individu masing-masing bagi melengkapkan jam kredit dan memastikan anda telah mengambil kesemua subjek yang ditawarkan.

Monday, September 5, 2011

GEGARAN GEMPA BUMI

Assalamualaikum wbt

Entry kali ini saya ingin berkongsi biarpun saya tidak pernah mengalami situasi tersebut. Ini sudah masuk kali kedua sepanjang saya berada di KHAR, UPSI. Kejadian berlaku setiap kali waktu saya sedang enak dibuai mimpi..huhu. Memang tidak sedar langsung! Ish,ish,ish.

Seperti biasa, saya akan bangun untuk menunaikan solat subuh yang dikejutkan oleh alarm telefon bimbit. Saya agak terkejut melihat missed call yang terlalu banyak. Disebabkan keadaan yang agak masih mengantuk lagi, saya terus menuju ke bilik air untuk berwuduk. Usai sahaja solat, saya terus ‘online’. Maklumlah saya memang jenis yang tidak ‘shut down’ laptop sepanjang malam. Sengaja membiarkan agar alunan bacaan Al-quran terus menemani sepanjang tidur saya.

Agak memeranjatkan apabila membaca wall post facebook menceritakan gegaran yang dirasai di KHAR. Biar betul!! Patutlah ramai yang call saya malam tadi. Saya benar-benar tidak sedar langsung kekecohan yang berlaku malam tadi. Gegaran berlaku sekitar 2 pagi dan semua pelajar dikehendaki mengosongkan bangunan kediaman KHAR. Menurut mereka, pihak polis dan bomba turut berada di KHAR setelah menerima laporan gegaran yang berlaku.

Ya Allah, bayangkan jika bangunan KHAR setinggi 9 tingkat itu runtuh akibat gegaran gempa bumi. Saya dan Fatin mungkin akan menjadi mangsa terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan. Alhamdulillah, semua dalam keadaan selamat, tiada apa-apa yang berlaku.

Pengajaran : Jangan 'tidur mati' sangat...(^_^)

Sekian.

Inilah bangunan kediaman Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), UPSI

Sila klik link ini http://mujahidahwana.blogspot.com/2011/09/khar-gempa-bumi.html

Gempa Bumi di Sumatera terasa di Pulau Pinang dan Perak

RAYA 2011

Family Hajah Maheran ( ini baru separuh je)

Assalamualaikum wbt.

I know it's a bit late to wish this, but...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Hari raya adalah hadiah. Bukan matlamat kita. Kita belum sampai pada matlamat kita. Ramadhan hanyalah pembantu untuk kita mencapai matlamat kita. Redha Allah, itulah matlamat kita.

Alhamdulillah, Allah izinkan kita melalui 29 hari Ramadhan dan kini Syawal menjelang. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya dan keluarga sudah semestinya beraya di mana lagi kalau bukan Parit, Perak. Kalau kami berkumpul satu keluarga mesti keluar cakap ‘Parit’.

Gambar raya keluarga pun main redah je. Sibuk sangat melayan tetamu. Tahun ini saya menjadi mangsa untuk berada di dapur. Penat je bergaya dan melawa, akhirnya kena duduk dapur jugak..huhu. Biasalah tugas wanita yang hakiki.

Sudah menjadi kebiasaan, semakin lama kami meningkat dewasa. Kali ini adik perempuan saya menjadi mangsa usikan saudara-mara. Insyaallah, sudah nampak tanda-tanda langkah bendul ini! Orang Parit juga. Sudah bekerjaya dalam bidang yang sama. Doktor Pakar gitu..!! Pilihan keluarga memang yang terbaik. Yang penting boleh “masuk” dengan cara keluarga kami.

Raya kali ini panggilan ‘Kak Cho’ telah berubah menjadi ‘Wan Cho’. Huhu, anak buah semakin bertambah. Nasib baik tak minta duit raya kat ‘Wan Cho’. Almaklumlah belum bekerjaya lagi. Insyaallah tunggu 2 tahun lagi baru boleh tuntut duit raya..hehe.

Sekian.

Gambar spontan je ni..hehe

Adik-beradik yang sudah besar...yang paling sihat walafiat pun ada!

Adik-beradik perempuan (selalu bergosip)

ummi tercinta

Wednesday, August 24, 2011


Assalamualaikum wbt.

Semalam sempat juga membeli-belah, cari tudung raya. Hehe…nampak berkenan terus beli. Asalkan tidak tabarruj. Saya mula tahu perkataan ‘tabarruj’ sewaktu berada di tingkatan tiga. Ketika itu kami (adik-beradik dan cousin perempuan) tengah bersiap di pagi raya, masing-masing sibuk menayangkan baju raya masing-masing. Ada yang bermanik-manik, bersulam, kerrawang dan sebagainya.

Tidak semena-mena, adik lelaki (Megat Ahmad Yusuf) berkata,

“Orang perempuan tak elok bertabarruj.”

“Hah, tabarruj..??”

“Berhias secara berlebihan. Sekadar perkongsian je. Alhamdulillah, kakak-kakak Ahmad ni tidak bertabarruj.”

Begitulah sikap kami adik-beradik sentiasa ingat-mengingati. Peranan saya sebagai kakak sulung, saya selalu menasihati adik-adik untuk rajin berusaha dalam pelajaran. Adik perempuan yang kedua pula selalu tegur dalam bab agama. Adik lelaki yang ketiga selalu mengambil berat tentang hal ehwal kami terutama kakak dan adik perempuan (caring gitu). Adik lelaki yang keempat suka memasak dan memastikan waktu makan sentiasa ada makanan, sebab itu badan dia memang nampak sihat walafiat. Adik perempuan yang kelima sentiasa memastikan rumah kami sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Bab-bab kerja rumah memang dia yang selalu yang uruskan. Lastly, adik yang bongsu lagi manja suka basuh kereta. Haha~

Ah, rindunya nak berkumpul dengan kalian. Sejak masuk asrama dan universiti kami jarang dapat berkumpul sekali. Mesti tak lengkap 6 orang. Masing-masing berlainan cuti. Huhu..

Biarpun masing-masing ada facebook dan YM tapi berbeza sangat. Jumpa secara ‘live’ tak sama seperti berhubung dengan alam maya.

~ Kak Cho~ Mood nak pulang beraya di kampung dan jumpa dengan adik-adik tercinta. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Yeay! Jom balik kampung..!

Jom balik Paris...

Tuesday, August 23, 2011

PULANG BERAYA


Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba Syawal sudah hampir di ambang pintu. Begitulah hakikat pantasnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja kita merayakan Aidilfitri tahun lepas. Tadi dapat mesej from my sis Adibah, ummi dah start buat cookies malam ini. Waaa..!! bestnyer. Kenapa tak tunggu Kak Cho balik dan buat kuih raya sama-sama? Tak pelah, Kak cho buat kuih tunjuk jer…hehe. Berbalang-balang lagi.

Dalam debaran menanti lebaran, maka ramai dah mula bercuti. Staf kat BSM pun semakin berkurangan sebab ada yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Biasalah isu antara suami isteri , si isteri mulalah merajuk kerana tahun ini terpaksa beraya di rumah mak mertua. Huhu.. (Pengajaran: Carilah suami yang duduk sama negeri, setiap tahun dapat beraya di rumah sendiri..hihi)

Petang tadi baru saya terhegeh-hegeh beli tiket ETS dari Tanjong Malim ke Batu Gajah, then abi yang akan jemput kat sana. Mujur tinggal 2 je tiket yang kosong.

Entry kali ini saya ingin berpesan sahaja. Jika hendak memulakan perjalanan jauh ke kampung, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Make sure dah servis kereta terlebih dahulu. Sebelum bertolak, sunat melaungkan azan. Namun perkara sebegini jarang dilakukan kerana dianggap pelik lagi janggal. Oleh sebab itu, kita lihat pada musim perayaan jumlah kemalangan semakin meningkat. Semoga dengan azan ini berserta sikap berhati-hati ketika memandu dapat dikurangkan dan keselamatan dijaga oleh Allah s.w.t.

Satu lagi pesanan saya khas buat ibu bapa, bawalah anak-anak sama ada kecil atau besar menziarahi dan mengenali saudara-mara dan jiran-jiran. Entah mengapa hati saya paling tidak gemar dengan sikap anak-anak kini ketika datang bertamu ke rumah orang. Mereka seolah-olah menjadi ‘tuan’. Bertandang ke rumah orang semata-mata hendak dilayan seperti raja. Sekadar bersalaman dan memerhatikan ibu ayah yang sedang berborak riang walaupun kadang-kadang terasa bosan menunggu.

Kalau ummi saya pula, setiap kali kami bertandang ke rumah saudara-mara, selesai sahaja menjamu selera, ummi akan pastikan kami (anak-anak perempuannya) untuk mengangkat pinggan mangkuk kotor ke dapur dan mencucinya terus. Kata ummi, “Allah suka jika kita meringankan kerja orang lain.” Sanggupkah kita melihat opah atau mak cik (selaku tuan rumah) untuk mencucinya. Kasihan mereka.

Oklah, semoga pembaca-pembaca entry dapat menjaga adab-adab dan sunnah dalam menyambut lebaran. Insyaallah, entry seterusnya bakal menyusul.

Sekian.

Sunday, August 21, 2011


Setiap hari saya cuba untuk menghabiskan bacaan saya. Masih ada beberapa buah buku yang belum saya buka lagi pembalut plastik. Saya sentiasa merasakan pembacaan saya begitu lambat. Mungkin kerana sejak azali saya memang kurang minat membaca. Atau mungkin kerana setiap ayat yang saya baca, saya ulang berkali-kali sehingga saya faham. Atau kekangan masa, mungkin.

Alhamdulillah, saya usai sahaja membaca sebuah novel ‘Di Sini Kami Berteduh’. Saya amat menyukai jalan cerita novel ini kerana watak utama sama seperti diri saya kini, seorang guru tuisyen dalam subjek Matematik. Hehe…Tatkala membaca buku ini, saya meletakkan diri saya sebagai watak tersebut (perasan..hihi). Cuma yang bezanya adalah saya belum berkahwin dan belum memiliki cahaya mata lagi (^_^)

Novel ini mengisahkan seorang guru tuisyen Matematik yang bernama Tasnim Jawahir, berhajatkan pendidikan agama yang mantap untuk anaknya. Namun suaminya Azam menentang hasratnya untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah agama yang mundur. Azam juga memandang sinis usaha isterinya membantu murid-murid sekolah itu dalam akademik.

Saya tertarik dengan petikan ini yang menaikkan semangat saya sebagai seorang guru tuisyen juga.

“Cuma di dalam hati saya ini, saya sentiasa ingin melihat anak-anak Melayu beragama Islam maju ke hadapan. Tiada niat lain. Biarlah Allah Taala yang menilai semua ini.” (m/s 355)

Ibu bapa zaman sekarang ini meletakkan 100 % pada guru dalam mendidik anak mereka. Sekiranya anak mereka membuat kesalahan disiplin maka ibu bapa akan menunding jari kepada guru-guru. Alangkah baiknya sekiranya semua ibu bapa berfikir seperti ini dan tidak menyalahkan pihak sekolah dalam mendidik generasi harapan negara.

“Ini masalah sikap anak kita dan didikan kita, bukannya masalah sekolah agama itu. Mana abang tahu ustaznya tidak menasihatkan pelajar-pelajarnya? Ustaz dan ustazah bukannya pendidik utama. Silap kita adalah sering menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada mereka, padahal sepatutnya kita sebagai ibu bapa yang mendidik mereka.” (m/s 164)

Sebagai guru kepada murid-murid dan ibu kepada anak-anak, kita tidak terlepas daripada melakukan tugas-tugas hakiki di rumah seperti membasuh, memasak dan mengemas biarpun kita sibuk dengan kerjaya.

“Mengapa ibu tidak ambil pembantu rumah baru. Ibu tidak letihkah?”

Puan Tasnim yang baru selesai menyusun pinggan mangkuk itu turut menarik kerusi supaya lebih mendekati anaknya. Dia membalas pertanyaan itu dengan sebuah cerita. “Rasulullah pernah menasihatkan anaknya Fatimah, supaya berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, setiap satunya sebelum tidur sebanyak tiga puluh tiga kali. Waktu itu Sayidatina Fatimah amat keletihan menyelesaikan tugas dapur dan meminta agar Rasulullah memberikan seorang hamba untuk membantunya. Berzikir itu menenangkan fikiran, menguatkan tubuh badan, dan banyak kebaikannya lagi. Alhamdulillah, menjawab pertanyaan Hanan itu, ibu sememangnya tidak berasa letih.” (m/s 308)

Saya menyarankan kepada sahabat-sahabat untuk membaca novel ini. Sebuah kisah yang sangat bagus dan bermanfaat. Nak pinjam dari saya pun boleh juga. Dialu-alukan.

Entry yang simple.

Sekian.

Friday, August 19, 2011

BERPERANG DENGAN DIRI

Assalamualaikum wbt.

Sampai sekarang, saya selalu berperang dengan diri sendiri tentang sesuatu. Konflik yang tak pernah selesai. Saya tahu saya amat rugi kalau saya ikutkan hati tapi saya rasa saya sangat tidak kuat untuk melawannya. Saya selalu berdoa dan berdoa.

Hampir setiap hari saya terima mesej daripada sahabiah-sahabiah untuk menyertai program-program mereka. Hampir penuh inbox mesej saya. Entah mengapa hati saya masih berdegil. Hati saya beralasan. Tapi saya suka aktif di kolej dan kampus lagi. Saya suka melakukan perkara yang saya suka, pergi kerja, ajar murid tuisyen, keluar dengan kawan-kawan terutama dengan geng mantan JMK.

Hati saya berasa berat untuk bersama ‘mereka’ yang satu lagi. Sedangkan saya telah diberi taklifan sabagai Timbalan XXXXX. Mencari ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. Berfikir, berfikir,berfikir dan merenung diri sendiri.

Bermonolog dengan diri sendiri.

“Aku ini dahlah kurang buat kerja untuk Islam. Namun sentiasa mencari alasan. Ah teruknya! Mereka mesti bertungkus lumus kerana kekurangan AJK. Taklifan yang diberikan membuatkan dada ini semakin sesak. Tidak layak untuk memegangnya, masih cetek dalam bidang agama. Seolah-olah mahu menarik diri. Namun, senior-senior dan sahabiah tidak pernah berputus asa memujuk diri ini agar terus bertahan dan kekal.”

“Asif, saya masih belum mampu dan merasakan tidak layak. Sememangnya saya selalu menghadiri usrah dan majlis ilmu, tapi itu tidak bermaksud bahawa ilmu agama di dada saya sudah cukup, apatah untuk memegang taklifan dalam gerak kerja Islam.”

Buzz!!

‘Salam enti. Enti sibuk ke minggu ni?’

‘Wasalam. Yup, ana ada program universiti. Kenapa?’

‘Ana ingin ajak enti join program kami minggu ni.’

‘Asif, ana benar2 xdpt nak join.Kelas penuh’

Kalau bertanya tentang fiqh aulawiyyat mesti mudah untuk kita memberi pandangan bukan? “Oh, fiqh aulawiyyat mesti mengutamakan dan mendahulukan perkara yang ini berbanding yang itu…kerana, bla..bla..bla..” Cuba kita pergi kepada pelaksanaan. Ah, tidak semudah itu!

Mungkin dengan cara ini saya dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Berikan saya masa untuk membuat keputusan. Asif.

Wednesday, August 17, 2011

SUDAN, NIGERIA, TANZANIA DAN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya bersama Fatin, Kak Shitoh, Ain dan Tini menghadiri majlis berbuka puasa bersama Y.B Menteri Pengajian Tinggi di kampus baru UPSI di Proton City. Wah, memang cantik seni bina kampus baru kami, masih mengekalkan ciri-ciri Bangunan Suluh Budiman biarpun still under construction lagi. Tahun depan 2012 pelajar UPSI akan berpindah dari Tanjong Malim ke Proton City.

Jam masih menunjukkan 5.30 petang, tapi setiap ruang makan telah dipenuhi oleh para jemputan yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan juga staf sokongan kerana menantikan kehadiran VIP. Jangan terkejut ye, nama sahaja majlis berbuka puasa tapi tempat duduk kami bercampur antara lelaki dan perempuan. Inilah Malaysia, no komen!

Kami mengambil tempat duduk yang agak strategik jugaklah, di tengah-tengah ruang. Maklumlah kami ini suka sangat memerhatikan gelagat manusia. Tambahan pula, senang nak tegur sapa kawan-kawan yang turut hadir pada majlis tersebut.

Kebetulan tempat duduk bersebelahan kiri saya masih kosong lagi, tiba-tiba didatangi oleh tiga orang foreigner lecturer yang berkulit hitam. Kelihatan mereka agak terpinga-pinga mencari tempat duduk atau mungkin mereka terkejut dengan suasana berbuka puasa di Malaysia yang begitu ‘open’. Hanya sangkaan saya sahaja.

Alaa, lagi 2 jam nak masuk waktu berbuka. Menyesal pula tak bawa buku tadi, at least terisi juga masa yang ada. Berzikir? Suasana begitu bising dan riuh rendah, di tambah pula kedudukan kami berhampiran dengan speaker yang sedang mendendangkan lagu-lagu nasyid. Agak terganggu. Nak bersembang dengan Fatin tapi dia pula sedang khusyuk membaca.

Tiga orang foreigner lecturer bersebelahan pula nampak macam serius. Berkulit hitam dan berbadan tegap. Mungkin mereka ini berasal dari negara Afrika kot (main teka je). Yang pasti, mereka bukan pensyarah Matematik saya. Teringin pula nak berbual dengan mereka. Maka, saya pun memberanikan diri untuk memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris

Ya Allah, rupa-rupanya mereka ini sangat peramah rupanya. Sebenarnya mereka bukan berasal dari Afrika, haha..sangkaan awal saya jauh meleset. Masing-masing berasal dari negara yang berbeza. Dr Munir berasal dari Sudan, Dr Muhammad berasal dari Nigeria manakala Dr Omar berasal Tanzania.

Dr Munir merupakan pensyarah Bahasa Arab, Dr Muhammad pula merupakan pensyarah dari fakulti Pendidikan. Saya terlupa Dr Omar pensyarah dari fakulti mana kerana terlalu banyak yang kami bualkan semalam. Biasalah soalan-soalan lazim dalam sesi perkenalan seperti tanya nama, asal, sudah berapa lama tahun berkhidmat dan sebagainya.

Dr Muhammad kata dia akan panggil saya sebagai anak perempuannya ‘binati’ kerana nama saya sama dengan anaknya yang berada di Nigeria yang berusia 15 tahun. Terharu pula rasanya. Hihi…Sekurang-kurangnya nama yang sama ini dapat mengubat rasa rindu beliau pada keluarganya.

Bersama dengan Dr Munir dan Dr Muhammad

Ada point yang ingin saya kongsikan sepanjang perbualan kami semalam. Seperti yang kita semua ketahui, negara Sudan, Nigeria dan Tanzania bukanlah negara yang maju seperti Malaysia. Rakyat di negara mereka masih hidup dalam kebuluran dan kesusahan. Tapi mereka ada keistimewaan tersendiri. Dalam keadaan yang serba kekurangan, sistem yang kurang kemas, hidup yang ala kadar. Secara fizikalnya mungkin mereka nampak kolot, tidak moden dan sewaktu dengannya. Namun jauh di dalam diri mereka terdapat satu roh. Roh kefahaman tentang Islam, perjuangan, jihad dan kekuatan yang tidak terluah dek kata.

Saya cuba bandingkan dengan...Typical Malaysian like us.

Pakaian elegan dan berjenama. Lenggok gaya berjalan penuh gaya dan tampak megah. Pakai kereta mewah. Ala-ala moden dan jenis up to date punyer person lah. Dapat gelaran Tan Sri, puan sri, dato’ dan datin. Makan makanan yang sedap-sedap. Bangga dengan gadjet-gadjet moden. Masing-masing memegang handset, iPad, iPhone, laptop (mentang-mentanglah wifi ada di semua tempat). Ada degree, master dan PhD.

Tapi jiwa kita? Kosong!!

Hakikatnya, kebanyakan dari kita hidup hanya untuk diri sendiri. Kita hanya kisah akan perasaan kita sahaja.

Bila bercakap tentang Jihad, kita akan katakan kelompok ini extreme. Bila berakap tentang Syahid, kita akan katakan itu hanya angan-angan. Bila cakap tentang kefahaman Islam, kita akan katakan cukuplah Islam kita biasa-biasa saja. “Kami tetap solat, tetap berpuasa.”

See? Our mind!

Jauh di lubuk hati ini berkata, “Rakyat Malaysia nowadays are actually do not deserves to live the life they're living now. Tidak berhak pun sebenarnya mereka hidup atas kesenangan after all bad things they've done. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah. But the point is, kita tidak sedar!”

Sorry, emosi pulak.

Sekian.

Saturday, August 13, 2011

JADUAL TUISYEN


Assalamualaikum wbt.

Ramai yang bertanya bagaimana saya menyusun jadual waktu saya sedangkan pada waktu yang sama saya bekerja di BSM dan mengajar tuisyen.

Taadaaa..!! Hehe..

Inilah Jadual tuisyen Cikgu Aisyah sepanjang Ramadhan. Tidak banyak perubahan dengan bulan-bulan sebelum ini.

UPSR (BM,Math, & Science) : Isnin hingga Khamis (Bermula jam 10 - 11 malam. Selepas menunaikan solat terawih)

PMR (Math) : Isnin hingga Rabu (Bermula jam 3.30- 5.30 petang)

SPM (Add math) : Jumaat hingga Ahad (Jumaat bermula jam 10-11 malam. Sabtu dan Ahad bermula jam 9-11 pagi)

Paper Julai (Math Moden) : Waktu lunch hour (puasa) digantikan dengan kelas tuisyen.

P/s: Saya tak reti nak buat petak-petak kat sni. Sebab tu jadual saya nampak mendatar je.

Itulah jadual tuisyen saya yang simple sahaja. Saya sangat seronok mengajar kerana ia dapat menambahkan kemahiran pedagogi serta keyakinan saya dalam kerjaya pendidikan. Guru yang baik sentiasa memberi yang terbaik untuk anak muridnya. Saya mahu jadi guru yang baik!

Pengalaman sewaktu saya menjadi tenaga pengajar kepada pelajar Kemboja (link: Pelajar Kemboja) membuatkan saya semakin jatuh cinta dengan dunia pendidikan. Komunikasi dua hala dan diselitkan unsur kecindan (lucu) mampu menarik minat murid untuk mengikuti P&P kita tanpa rasa jemu (cikgu periang).

Di samping itu, saya menekankan unsur Islamik dalam diri pelajar saya seperti mulakan pembelajaran dengan bacaan doa terlebih dahulu. Sentiasa follow up tentang solat mereka. Beri kata-kata motivasi dan semangat. Selalu bercerita tentang kisah teladan (yang penting ada moral value yang ingin disampaikan). Sebagai guru, kita haruslah kreatif, inovatif dan proaktif dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.

Satu lagi, perwatakkan kita harus lebih terbuka dan harus pandai menyesuaikan diri dengan pelajar (kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang). Kalau boleh, kita berusaha untuk masuk ke dunia mereka. Pendekatan harus fleksibel agar mereka selesa dengan kita. Lastly, doakan kejayaan untuk mereka agar menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Sekian

Thursday, August 11, 2011

PENGALAMAN BEKERJA DI BSM

Assalamualaikum wbt.

Terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, bulan ini sudah masuk bulan keempat saya bekerja di Bahagian Sumber Manusia(BSM), UPSI. Insyaallah pada 26 Ogos adalah hari terakhir saya bekerja di BSM. Selepas berhari raya, saya akan mula kuliah seperti biasa.

Sepanjang saya bekerja di BSM, banyak pengalaman yang saya perolehi yang mematangkan diri saya. Teringat sewaktu hari pertama saya masuk kerja, ramai staf pejabat yang menyangka saya ini seorang yang pendiam dan malu-malu. Saya agak kekok pada waktu itu. Maklumlah pekerja baru lagi.Setelah beberapa minggu bekerja, barulah mereka tahu saya ini suka bercakap rupanya. Hihi (^_^). Seorang cikgu memang harus ada ciri-ciri suka bercakap. Sebab itu, saya suka sangat menjawab panggilan telefon.

“Selamat pagi. Bahagian Sumber Manusia. Boleh saya bantu?”

“bla…bla…bla..”

Hehe.

Selain menjawab panggilan dan membuat panggilan telefon, macam-macam kerja saya buat. Lebih kepada dokumen-dokumen rasmi, surat-menyurat, sistem fail, hantar faks, buat salinan fotostat, masukkan mata CPD untuk staf yang mengikuti kursus dan buat pengiraan kadar elaun bagi pensyarah yang melanjutkan pengajian ke luar negara. Hari-hari saya perlu menghadap laptop berjam-jam. Segala pengalaman dan ilmu sewaktu saya bergelar JMK tidak hilang begitu sahaja, malah ia banyak membantu dan dipraktikan di BSM. Biarpun bidang saya lebih tertumpu kepada pendidikan, tetapi kita harus tahu juga pengurusan pentadbiran. Betul tak? Agar hidup kita ini lebih bersistematik, teratur dan tersusun. Cewahhh..!!!

Biarpun saya antara staf yang paling muda, saya berusaha untuk ‘masuk’ dengan mereka. Kebanyakkan daripada mereka sudah pun bergelar ibu dan bapa. Mereka banyak berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya terutama sekali bab pengurusan kewangan, anak-anak dan resepi masakan. Saya seronok berkawan dengan mereka. Macam dah jadi satu geng pulak! Yang paling penting kita harus pandai bawa diri dan bersikap ramah, baru ada ramai kawan. Pendek cerita, alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri di BSM ini.

Tetapi perlu diingat kepada diri ini, tugas saya sebagai seorang mahasiswa masih belum tamat, masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Insyaallah, cuti semester akan datang saya ingin mohon bekerja di situ lagi. Hehe.

Sekian.

Bersama dengan Cik Ina (bos), Kak Zu dan En. Rony


Staf-staf BSM sedang sibuk menyediakan props Aidilfitri (gantung ketupat..hehe)


Inilah kemeriahan staf-staf BSM, mereka sangat sempoi!
(macam buat Salam Perantauan je)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails