Friday, February 5, 2010

SOLUSI


Alhamdulillah, ana diberikan kesempatan waktu lg utk menulis di blog ini. Pada kali ini ana sekadar ingin berkongsi kegemaran ana kpd sahabat sahabiah yg membaca blog ana ini. Kegemaran yg ana maksudkan adalah ana suka membaca majalah SOLUSI.Ana yakin antum semua mesti dah tahu tentang majalah tersebut. Dari dlu lg ana mmg gemar membaca majalah, bermula zaman sekolah lg. Semakin meningkat dewasa semakin berbezalah majalah yg ana baca..hehe. Majalah yg ana mula baca adalah Dewan Pelajar, iaitu semasa di sekolah rendah. Setiap minggu ana pasti akan baca berulang-ulang kali sebelum abi ana beli majalah utk keluaran yg seterusnya. Yg lucunya sampai tertanggal kulit pada muka hdpn majalah tersebut.Mmg seronok sgt sbb byk gambar dan kisah-kisah teladan. Pada peringkat sekolah menengah pula (PMR), ana beralih pd majalah Dewan Siswa. Mmg penuhlah atas meja study ana di rumah dengan koleksi majalah tersebut, tambahan pula adik ana pun suka membaca. Kami berdua tidak pernah terlepas setiap kali keluaran bulanan. Bila naik Form 4 ana berubah angin kpd majalah FOKUS SPM, ana akan beli sehinggakan pak cik kedai buku pun kenal ana bila ada keluaran majalah baru..

Tapi disini ana ingin berkongsi bahawa kini ana suka membaca majalah SOLUSI. Ana mula membeli pd semester lps (sem 1). Ana mendapati kandungan majalah itu utk cukup baik buat ana. Sehinggakan ana pasti akan membaca pada waktu free setiap hari dan sebelum tidur. Kini ana beberapa koleksi shj. Bg ana ia byk membantu utk ana sebelum ana memulakan usrah (Rakan Penggerak Ad-din). Byk kisah2 yg menarik, isu yg dikupas mmg lengkap dan amat bersesuai dgn kehidupan sebagai mahasiswa. Bagi naqib dan naqibah, ana turut menggalakkan antum semua membacanya. Pelbagai info dan maklumat yg menarik yg boleh kita semua kongsikan bersama ahli usrah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails