Sunday, February 27, 2011

PESTA BUKU DAN INFORMASI

Marilah datang beramai-ramai ke Pesta Buku dan Informasi 2011 anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 hingga 6 Mac 2011.



PESTA BUKU & INFORMASI 2011
‘Cetusan Ilmu Menjana Pendidikan’

1-6 Mac 2011 (Selasa-Ahad)
9.30 pagi-12.00 malam : Jualan & Pameran Buku

1 Mac 2011 (Selasa)
9.00 malam-12.00 malam : Majlis Pembukaan Pesta Buku & Informasi 2011
Penceramah jemputan Ustaz Zulkarnain Hamzah

2 Mac 2011 (Rabu)
9.00 malam-12.00 malam : Forum Perdana Ehwal Islam “Meraih Ilmu Seluas Lautan"
Panel jemputan Ustazah Siti Nor Bahiyyah dan Ustaz Wan Akasyah

3 Mac 2011 (Khamis)
9.00 malam-12.00 malam : Ceramah Maulidur Rasul bersama Ustaz Meor Isfandi bin Meor Azizan (UIAM)
* Jemputan persembahan kumpulan nasyid Rabbani

4 Mac 2011 (Jumaat)
3.00 petang- 7.00 petang: Pertandingan Spell It Right
9.00 malam-12.00 malam : Bicara Ilmu “Qasidah Untuk Kekasih” bersama Siti Munirah bt A. Rashid

5 Mac 2011 (Sabtu)
8.00 pagi- 7.00 petang : Festival Nasyid Maulidur Rasul
9.00 pagi- 7.00 petang : Saringan Futsal
9.00 pagi- 1.00 petang : Pertandingan Roket Air
2.00 petang-7.00 petang : Bengkel Foto Editing
9.00 malam-12.00 malam : “Seuntai Kata Bersama Ustaz Akhil Hayy”

6 Mac 2011 (Ahad)
7.00 pagi-9.00 pagi : Senamrobik
8.00 pagi-11.30 pagi : Saringan Futsal
9.00 pagi-11.30 pagi : Pertandingan Choral Speaking
12.00 tengahari- 4.00 petang : Pertandingan Puisidra
12.00 tengahari- 7.00 petang : Pertandingan Akhir Futsal
2.00 petang- 7.00 petang : Bengkel Penulisan Blog
5.00 petang- 7.00 petang : Majlis Perasmian Recycling Awareness Campaign
9.00 malam- 10.00 malam : Majlis Penutupan Pesta Buku & Informasi 2011
* Jemputan persembahan kumpulan nasyid Far East



Jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Slot Aisyah iaitu Bicara Ilmu. Buku yang akan dibedah berjudul Qasidah Untuk Kekasih. Pengupas buku, saudari Siti Munirah merupakan pelajar perubatan di Universiti Zagazig, Mesir dan moderator pula adalah saudari Fasihah (kakak saya), Exco Akademik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP 2011/2012)

MENGAPA LELAKI MEMILIH CIKGU SEBAGAI ISTERI,.,???


Salam. Dalam kesibukan masa dengan program yang berderet-deret (tak jadi nak guna ayat skema). Sempat juga terbaca artikel di blog salah seorang coursemate, Sue. Menarik juga tajuknya. Memandangkan sekarang ni tiada cerita menarik dan tiada mood untuk menulis untuk dikongsi. So, copy and paste sahaja lah. Jom baca.

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera atau doktor, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?


Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.


Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain.

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik dan menawan.

Wednesday, February 23, 2011

NIKMAT SIBUK



Nikmat kesibukkan pada diri Aisyah benar-benar terasa. Mana tidaknya, kini Aisyah melakukan tugas-tugas penajaan sempena program Pesta Buku dan Informasi. Mencari penaja bukanlah satu kerja yang mudah. Bukan mudah nak cari pihak yang sanggup menaja ribuan ringgit sekiranya tidak kena cara yang betul. Belajar menajamkan skill berkomunikasi serta berurusan dengan pengarah-pengarah syarikat terutamanya syarikat penerbit buku. Cuak juga kerana kita membawa nama universiti dalam berurusan dengan pihak luar. Sekiranya ada cacat cela dan kelemahan, buruklah nama universiti. Seperti biasa, urusan surat-menyurat, faks, semak emel bagi menerima maklum balas, follow up penaja untuk confirmation dan sebagainya.Biarpun sekarang ini minggu kritikal dengan tugasan, midterm dan quiz.

Selain itu, selaku Exco Kediaman, biro Aisyah sedang sibuk dengan gerak kerja program ke rumah anak-anak yatim di Bukit Beruntung pada 6 Mac 2011. Tujuan program ini adalah untuk mengajar anak buah atau rakan exco (REXCO) bagaimana untuk melaksanakan sesebuah program dari segi aktiviti, teknikal, pengangkutan, cenderahati, protokol,media,urusan kewangan(bendahari) supaya tidak over bajet yang diperuntukkan dan juga surat-menyurat(s/u). Dalam pada masa yang sama sedang menilai rexco yang bakal menggantikan tempat Aisyah pada sidang akan datang. Maklum sahaja kami JMK akan habis sidang dalam beberapa bulan sahaja nanti. So, kena cari bakal-bakal pengganti dari sekarang dan menerapkan mereka elemen-elemen kepimpinan. Aisyah akui, Aisyah juga masih dalam proses belajar dan kita bukanlah insan yang sempurna, tetapi kita cuba belajar dan kongsikan ilmu serta pengalaman yang kita ada pada orang lain.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin Aisyah kongsikan buat pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah. Entah mengapa terasa banyak perkara untuk diluahkan pada entry kali ini sedangkan banyak kerja yang menanti. Mungkin setelah curahkan segala apa yang terbuku di dalam fikiran, Aisyah akan berasa lega. Rasa-rasanya macam berkaitan dengan apa yang sedang Aisyah alami sekarang ini.

Aisyah ingin petik satu hadis Nabi s.a.w. yang mafhumnya bermaksud:

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang ramai manusia sering dilupakan oleh manusia: Nikmat kesihatan dan masa lapang." (HR Bukhari)

Dalam sedar atau tidak, menyibukkan diri menjadi salah satu jalan yang dapat kita telusuri agar tidak tergolong dalam dua golongan yang disebut oleh baginda ini.

Menonton movie dari pagi sampai ke petang.

Berjalan-jalan dan merayau-rayau di pusat membeli belah tanpa tujuan.

Melayari internet tanpa memurnikan isinya seperti chatting, facebook, video-vidoe lucah.


Dating dengan ‘pasangan’, maklumlah UPSI ini terkenal dengan title ‘ Universiti Pertemuan Suami Isteri’

Ini juga bentuk-bentuk menyibukkan diri. Namun bukan ini yang Aisyah maksudkan. Sibuk yang Aisyah maksudkan sudah tentu datang dengan syarat-syaratnya. Misalnya, sibukkan diri dengan amal islami.

Masalah ummah ini banyak. Tinggal kita sahaja memilih untuk membantu menyelesaikannya atau sebaliknya.

Tidak keterlaluan untuk Aisyah katakan, menyibukkan diri ini adalah salah satu tanda syukur kita pada Allah. Apabila kita sibuk, tiada ruang untuk kita membazir masa. Tidak sempat kita berbicara yang lagho-lagho. Tidak terlintas di fikiran kita untuk bermaksiat padaNya. Tidak sampai niat kita untuk kita mengumpat dan menzalimi sesiapa.

Namun sibuk itu mestilah yang bersyarat. Sibuk yang melorong kita menggapai redhaNya. Sibuk yang membawa kita menyentuh kasih sayangnya. Sibuk yang di dalamnya terisi penuh dengan program-program yang membuka hati kita betapa luas sifat pengampunanNya. Bukannya sibuk dengan perkara-perkara yang melalaikan dan menjauhkan kita dariNya.

Kata bijak pandai,

“Hanya orang yang sibuk punya masa.”

Berilah kerja kepada orang yang sibuk, necaya dia akan mampu laksanakannya. Seseorang yang sibuk akan lebih peka terhadap masa. Terasa sia-sia menonton televisyen yang rancangannya hiburan semata-mata. Terasa rugi membiarkan lima belas minit masa untuk menunggu bas tidak diisi dengan aktiviti membaca atau berzikir sekurang-kurangnya. Terasa berdosa andai isi percakapannya yang lagho-lagho sahaja. Terasa menyesal andai menyambung tidur selepas Subuh. Menyusun kerja sudah tentu menjadi rutinnya agar setiap tugas yang dibebankan di pundakknya mampu diselesaikan dengan saksama.



Adakalanya, orang-orang yang memegang taklifan, tugasan atau assignment mereka siap terlebih dahulu berbanding dengan mereka yang biasa-biasa sahaja. Biarpun mereka sibuk dengan pilihanraya, rakan penggerak ad-din (usrah), program-program kolej dan universiti namun keputusan peperiksaan mereka masih lagi gempak dan cemerlang. Serta melayakkan mereka posting terlebih dahulu.



Buat sahabat-sahabat yang Aisyah kasihi, jangan takut untuk sibukkan diri dalam perjuangan Islam ini. Kita bukan pencetus dan bukanlah pengakhiran tetapi kita adalah utaian rantai-rantai perjuangan. Masa kita memang tidak sama dengan orang lain. Apabila diri kita telah disenaraikan dalam perjuangan, maka cara hidup kita berubah dan berbeza dengan generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti dijaga, fikrah mesti semakin jelas, daya fikiran mesti semakin matang.

Justeru, rungsinglah hati andai tidak berbuat apa-apa dengan nikmat masa lapang. Sebaliknya syukuri dan nikmatilah peluang sibuk yang Allah berikan buat kita. Andai tidak sibuk, menyibuklah anda dengan kesibukan bersyarat

Tuesday, February 22, 2011

MPP UPSI 2011/2012


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Kesyukuran yang tidak terhingga kupanjatkan ke hadrat Allah S.W.T diatas kemenangan yang diberikan-Nya kepada calon-calon Mahasiswa Pendidik di dalam pilihanraya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 21 Febuari 2010 kelmarin. Gelombang kuning telah melanda di seluruh UPSI. Kini Mahasiswa UPSI telah yakin dengan kepimpinan Mahasiswa Pendidik (MP). Mereka yakin bahawa YB2 MP mampu menggalas amanah yang diberi oleh universiti. Aisyah sendiri mengharapkan tranformasi mahupun revolusi ke arah kebaikan akan berlaku di bumi murabbi UPSI...Hidup! Hidup! Mahasiswa! Menang! Menang! Menang Islam!
Takbiiir!!!! Allahuakbar!

Berikut merupakan keputusan pilihanraya yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa

Pilihan Raya Kampus 2011 seluruh IPTA:.
UM : PRO M MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : PRO M MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : PRO M MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI : PRO M MENANG [Menang 11 dari 29 kerusi]
USIM : PRO M MENANG [Menang bersih]
UMS : PRO M MENANG
UIAM : PRO M MENANG
USM (Kubang Kerian) : PRO M MENANG [Menang Bersih]
UPM : PRO M Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM : PRO M Menang (11 dari 57 kerus)

Keputusan pilihanraya by e-voting


Meraikan kemenangan Mahasiswa Pendidik


Kegembiraan dikongsi bersama penyokong-penyokong Mahasiswa Pendidik


Barisan kepimpinan MPP UPSI sidang 2011/2012. Tahniah diucapkan.



“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”. Yusoff Qardhawi

Saturday, February 19, 2011

GELOMBANG KUNING UPSI


Bahang pilihanraya kampus kian terasa. Perjuangan bersama sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam di bumi murobbi menaikkan semangat diri ini untuk terus kekal bersama mereka. Salam perjuangan kepada penyokong-penyokong Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif. Usah berasa takut dan gentar untuk berpolitik di dalam kampus. Bangkitkan suara mahasiswa!!!

Hidup, Hidup!!! MAHASISWA
Kebangkitan MAHASISWA..!!! Mahasiswa tidak lagi lesu dan bisu!!!
Kami pejuang Mahasiswa!!!









Saturday, February 12, 2011

DILEMA AKHWAT


Salam. Entry kali ini sekadar berkongsi sahaja. Secara analoginya, saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Jadi, Aisyah ingin sahabat-sahabat membacanya terutamanya kalangan akhwat.

Klik di sini:
http://umairzulkefli.blogspot.com/2010/10/bait-ad-duat-dilema-akhwat.html

JUNIOR



Salam. Apa khabar iman hari ini? Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih Ilahi. Entry kali ini khususnya buat junior-junior Aisyah yang kini sedang berkira-kira untuk memilih subjek minor pada semester depan.

Isu dan masalah yang sama berlaku seperti batch kami pada tahun lepas iaitu pelajar-pelajar dari Fakulti Sains dan Matematik tidak dibenarkan mengambil subjek minor dalam fakulti sendiri misalnya subjek Biology, Chemistrty, Physic, Science and Mathematic. Banyak keluhan yang Aisyah dengar daripada junior-junior terutamanya AT 14 Pendidikan Matematik berkaitan pemilihan subjek minor. Kalau tidak silap Aisyah, subjek minor yang ditawarkan kepada mereka adalah Geografi, Kemahiran Hidup dan IT.

Ramai juga antara mereka bertanyakan pendapat kepada Aisyah berkaitan isu ini. Adakalanya lucu juga bila difikir-fikirkan semula. Kalau di sekolah, semua pelajar akan gerun dengan subjek yang dikatakan ‘killer’ seperti sains dan matematik. Tapi di UPSI ini bakal-bakal guru berasa ‘frust’ dek kerana tidak dapat subjek-subjek tersebut. Mungkin kerana kebanyakan antara mereka lepasan matrikulasi ataupun aliran sains.

Sebenarnya tiada masalah pun sekiranya kita positifkan pemikiran. Bagi Aisyah, sebagai seorang bakal guru kita perlu fleksibelkan diri. Jangan hanya tertumpu dengan major dan option kita sahaja. Masing-masing antara kita masih lagi dalam proses pembelajaran. Tidak semestinya apabila kita sudah ‘posting‘ nanti kena mengajar dalam bidang option kita semata-mata. Mungkin di sekolah tersebut kekurangan guru dalam subjek Pendidikan Jasmani ke? Subjek seni ke? Pesanan Kak Aisyah untuk adik-adik adalah fleksibelkan diri anda. Jadilah seorang bakal guru yang serba boleh.

Buat pengetahuan, minor Aisyah adalah subjek Kemahiran Hidup. Ramai juga antara junior yang bertanyakan pendapat berkaitan subjek ini. Nama pun kemahiran, mestilah belajar berkaitan kemahiran. Bermacam-macam kemahiran yang kita belajar. Seronok sangat. Kita selama ini asyik menggunakan pembelajaran daya pemikiran seperti penyelesaian masalah matematik, apa kata kali ini kita ‘test’ diri kita sendiri dengan kemahiran pula.

Semester ini Aisyah ambil Elektrik & Elektronik dan Kerja Kayu, Logam dan Paip. Tidak sangka kita boleh buat kerja-kerja pendawaian elektrik dan pemasangan paip-paip yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki. Di sinilah kita belajar menajamkan skill-skill menjahit, pendawaian elektrik, perpaipan , memasak, pertukangan, perkebunan, penternakan dan sebagainya. Tambahan pula, perkara-perkara tersebut dapat diaplikasikan dan dipraktikalkan dalam kehidupan seharian. Be Muslimah Power.

Kotak tisu hasil kerja jahitan Aisyah. Pink gitu. Suitable for baby only. Nanti nak buat bantal dan tilam baby pula.


Tak sangka boleh hasilkan blaus sendiri biarpun tersalah potong kain. Tapi sayang, tak muat nak pakai sebab ikut saiz badan patung.

Friday, February 11, 2011

DAH MASUK 21 TAHUN


Salam buat pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah. Hari ini sudah 12 Febuari 2011. Sedar tak sedar umur Aisyah sudah 21 tahun pada 8 Febuari 2011 yang lepas. Syukran buat sahabat-sahabat dan juga teman-teman atas ucapan dan hadiah ulang tahun kelahiran Aisyah yang lalu. Jazakumullah khairan jaza’ buat semua.



Alhamdulillah wa syukurillah di atas nikmat usia yang masih berbaki. Sesungguhnya semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian. Semoga usia yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan kepada keluarga, agama dan terus thabat di dalam perjuangan tercinta ini. Tiada masalah seberapa panjang umur kita, tapi yang paling penting adalah seberapa besar kita mengisi umur atau usia yang kita miliki ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah pula ketaqwaan kepada Allah.


Sekian.

Saturday, February 5, 2011

KISAH LEBAH DAN LALAT


Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.


Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails