Tuesday, March 29, 2011

TAIP JE

Assalamualaikum wbt

Hari ini Aisyah bersemangat datang awal ke kuliah Muamalat Islam (salah satu subjek Pengayaan Diri yang melibatkan jam kredit). Kelas bermula pada jam 5-7 petang. Tiba sejam lebih awal kerana kumpulan Aisyah akan buat pembentangan tajuk tugasan kami iaitu ‘Kad Kredit dalam Perbankan Islam’. Bukan tidak sabar nak buat pembentangan tetapi tak sabar nak habis cepat. Seperti biasa sebelum buat pembentangan kita kena bersedia terlebih dahulu. Rujuk bahan bacaan yang bersesuaian dan buat sedikit catatan. Maklumlah Aisyah antara satu-satunya pelajar Pendidikan Matematik yang ambil subjek tersebut. Kebanyakkan cousemate Aisyah terdiri daripada jurusan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Mereka telah mempelajari subjek ini dalam kursus major sebelum ini. So, sedikit sebanyak mereka mudah fahami berbanding Aisyah yang baru bermula dari sifar berkaitan muamalat. Kan seronok kalau subjek ini ‘Muamalat dan Munakahat dalam Islam’, kedua-duanya digabung sekali. Hehe

Aisyah pun hairan kenapa kelas nampak kosong sahaja. Pelik. Selalunya geng ustazah-ustazah sampai awal daripada Aisyah tapi sekarang sudah lewat 15 minit Aisyah tunggu, kenapa mereka tidak muncul-muncul lagi. Entah-entah kelas pada hari ini dibatalkan (tapi kenapa tiada seorang pun maklumkan pada Aisyah…huhu). Sudahlah kelas ini jauh daripada kolej kediaman kerana terletak di Proton City, bersebelahan dengan kilang Proton. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lebih malang lagi, hampir setengah jam Aisyah menunggu bas kat bus stop KUO tu seorang diri, dibawah pancaran matahari petang yang sangat terik. Demi menuntut ilmu, Aisyah gagahi juga, (ecece….hehe).

Aisyah pun call salah seorang daripada mereka, rupanya memang kelas pada hari tersebut batal. Huhu. Terpaksalah Aisyah berpatah balik dan menunggu bas semula. (lain kali kena ambil lesen awal-awal, senang untuk bergerak ke sana ke sini, tidak perlu menunggu bas yang selalu menyebabkan kita sering kelewatan tiba ke kuliah)

Sebut tentang pembentangan, tiba-tiba Aisyah teringat salah satu kumpulan yang pernah buat pembentangan dalam subjek EDU Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar pada semester lepas. Pembentangan kumpulan dan slide yang disediakan oleh mereka agak bagus. Entah mengapa mata Aisyah ni rasa runsing sahaja melihat salah seorang ahli kumpulan mereka (merujuk kepada pelajar lelaki). Pemakaian dah kemas, baju gosok, kasut dah kilat tapi gaya rambutnya seolah-olah macam tidak ada sikat sehinggakan menutup mata dan telinga. Korean style kot (getus hati). Kalau ikutkan hati, rasa macam nak gunting je rambut dia tu. Menyalahi etika peraturan sebagai bakal guru. Tidak salah sekiranya ingin berfesyen tapi biarlah bertempat. Nasib baiklah pensyarah menegur dan menyuruhnya agar mematuhi peraturan.


Fesyen rambut terkini. Nampak serabai je~ ish3

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu(time sekolah rendah), Aisyah mempunyai 3 orang adik lelaki. Tetapi masa itu, cuma 2 orang adik lelaki sahaja bersekolah, yang seorang lagi masih bayi. Ummi yang selalu gunting rambut mereka tapi guna mesin rambut. (Jimat kerana tidak perlu pergi ke kedai gunting). Biasalah, kalo guna mesin rambut, hampir keseluruhan kepala nampak botak. Kedua-dua adik lelaki Aisyah ni selalu merajuk, malu nak pergi sekolah.

“Kenapa ummi mesin rambut Yusri macam ni? Mesti kawan-kawan panggil Yusri dogol.” rajuk Yusri. (Kelakar sangat, kerana dia antara yang paling berisi dalam family tapi suka merajuk)

“Yusri nak tahu tak, budak-budak yang belajar kat sekolah tahfiz tu semuanya botak-botak belaka. Sebab itu mereka senang nak hafal Al-quran. Kalau rambut botak, ilmu senang nak masuk dalam kepala. Bila cikgu ajar kat kelas, lagi mudah Yusri senang nak faham tau. Mesti Yusri sentiasa dapat nombor satu.” pujuk ummi kerana pada ketika itu Yusri memang bercita-cita nak masuk sekolah tahfiz.

“ Yeke ummi? Kalo macam tu Yusri tak kisah rambut botak asalkan Yusri dapat nombor satu peperiksaan penggal akhir tahun. Nanti boleh dapat hadiah.” Riak wajahnya kembali ceria. ( Alhamdulillah, masa sekolah rendah Yusri sentiasa dapat nombor satu dan nombor depan-depan)

Kan comel bila kelihatan begini~

Pandai sungguh ummi memujuk dan menggunakan contoh teori yang berkesan kepada adik laki Aisyah.

“ Haah, betul tu. Yusri tak payah guna syampoo dan gel rambut. Kan senang? Lagi handsome kalau Yusri pakai songkok je pergi sekolah” tambahku lagi.

Ini kisah 10 tahun yang lalu. Ummi sebenarnya ingin anak-anaknya kelihatan kemas ke sekolah. Tambahan pula agar mereka sentiasa berasa selesa kerana di sekolah mereka selalu berpeluh dan panas.

P/s: Sekiranya sudah bergelar guru kelak, Aisyah pasti akan ikut cara ummi. Tiada lagi salon di bilik pengetua dan guru disiplin sebagai barber.

Entry kali ini, Aisyah taip je, membiarkan jari-jemari menaip semata-mata. Maka terhasil cerita di atas...

Sekian.

Sunday, March 27, 2011

JAGALAH KESIHATAN

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini sakit kepala selalu sahaja menyerang. Mudah hilang fokus dalam kuliah kerana kesakitan pada kepala dan sekeliling tengkuk belakang. Cepat rasa mengantuk dan kaki mudah terasa kebas apabila duduk terlalu lama. Bukan sehari dua, tapi semakin berlanjutan.


Hati ini terdetik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Risau melihat keadaan diri sebegini kerana imtihan semakin hampir, lebih kurang 3 minggu lagi. Memandangkan semester ini tiada lagi minggu ulangkaji atau study week. So, banyak subjek yang perlu di ‘cover’. Yang paling penting kesihatan diri perlu dijaga.

Aisyah diberi rawatan pemeriksaan entah apa ntah namanya. Tapi tidak kena cucuk pun untuk ambil sampel darah. Doktor cuma letak sejenis cecair pada jari manis tangan kiri, kemudian doktor tersebut meminta Aisyah meletakkan tangan pada sebuah alat (seolah macam mini microscope) manakala di sebelahnya pula ada mini skrin. Dari situ Aisyah dapat melihat struktur pembuluh darah yang terdapat pada jari (lebih kurang macam ibu mengandung scan baby dalam perut), tapi ini check sistem peredaran darah. Doktor tersebut membandingkan contoh saluran darah yang normal dan sihat. Tapi Aisyah punya salur darah bergulung-gulung dan agak tebal. Ini bermaksud ada microcirculation system dalam badan Aisyah ada problem. Menurut doktor tersebut, oxygen pada badan Aisyah tidak dapat berjalan dengan lancar. Sebab itu, Aisyah mudah berasa mengantuk kerana kekurangan oxygen untuk sampai pada otak. Punca kaki mudah terasa kebas juga adalah disebabkan kekurangan oxygen.

Menurut doktor itu lagi, faktor utama adalah disebabkan stress dan juga kurang tidur. Aisyah akui memang selama ini kurang tidur, tapi yang stress tu macam kurang setuju sangat. Selama ini Aisyah buat kerja dalam keadaan riang gembira sahaja. Tapi kalau terlalu banyak berfikir mungkin bolej jadi kot (andaian sendiri…hehe). Rasanya bukan Aisyah seorang sahaja, malah Kak Mariyah ahli bait rumah Aisyah juga mengalami tanda-tanda yang hampir sama. So, lepas ini nak suruh Kak Mariyah pergi buat pemeriksaan kesihatan pula. Aisyah juga telah membeli ubat yang disyorkan. (Pesanan buat diri sendiri, jgn terlalu bergantung pada ubat, kerana sesungguhnya Allah yang berkuasa terhadap diri kita. Sihat dan sakit adalah ketentuanNya. Yang paling penting kita haruslah rajin berdoa dan sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang serta lakukan senaman)

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya memandang berat soal penjagaan kesihatan. Bak kata orang, ‘mecegah lebih baik daripada berubat’. Kesihatan juga amat penting dalam kita melakukan ibadat dan juga urusan harian yang lain.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkat oleh Muslim mengatakan,

"Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah."

PANGGILAN TELEFON

Sedang asyik menyiapkan assignment, tiba-tiba Aisyah menerima panggilan telefon. Nombor yang tertera pada skrin handset macam pelik sahaja. Sangkaan awalnya mungkin ada pelajar sakit atau pintu rumah mereka terkunci ataupun ada pelajar yang kena histeria. Sudah menjadi kebiasaan time lewat malam sebegini menerima panggilan. Tapi memandangkan nombor yang membuat panggilan itu bukan dari Malaysia, rasa was-was nak jawab. Getus hati, lebih baik guna loudspeaker sebagai langkah berjaga-jaga. Banyak kes yang pelik-pelik berlaku apabila menjawab panggilan telefon nombor yang tidak dikenali.

“Assalamualaikum, Aisyah bercakap. Ni siapa ye?

“Waalaikumussalam, saya Yusuf.” Suaranya agak bergetar, loghat pun memang sah bukan orang Malaysia.

“Yusuf? Maaf saya tak kenal. Awak ni salah nombor.Jawabku, nada agak sedikit tinggi.

“Cikgu tidak kenal saya ke? Yusuf dari Kemboja. Pelajar cikgu.” balasnya

“Ermm..astaghfirullahalazim. Cikgu hampir terlupa pasal kamu semua. Apa khabar? Ali besar, Ali kecil dan Asari macam mana sekarang? hampir 3 bulan mereka kembali ke Kemboja. Teringat pula kenangan sewaktu mengajar mereka dulu.

“ Cikgu akan datang ke Kemboja pada 31 Mac ini? soal Yusuf kembali

Ooo..cikgu minta maaf kerana tidak dapat ke sana. Cikgu ada kelas dan peperiksaan. Dato’ (Canselor UPSI) dan kawan-kawan cikgu akan ke sana.” Jelasku

“Maksudnya cikgu tidak mahu datang ke kampung kami? Kami rindu pada cikgu. Kami mahu jumpa cikgu. Ali kecil sangat rindu pada cikgu tapi dia malu nak cakap. (agak geli sedikit bila dengar ayat tu biarpun dengan loghat bahasa mereka)

“Bukan cikgu tidak mahu ke sana tetapi cikgu betul-betul tidak dapat ke sana kerana ada urusan lain.” Sukar untuk menjelaskan kepada mereka hanya pegawai sahaja yang akan berangkat ke sana untuk melihat tapak pembinaan sekolah yang akan dibangunkan oleh pihak UPSI bagi membantu taraf pendidikan di negara sana. Aisyah Cuma sebagai tenaga pengajar bukan pegawai. Tambahan pula, musim imtihan semakin hampir.

“ Yusuf dan Ali dah makan ke?” soalku seolah bercakap dengan pelajar sekolah rendah. Soalan yang dikemukan kepada mereka mesti soalan yang mudah dan senang kerana mereka baru sahaja mempelajari bahasa Melayu. Pengalaman mengajar di PASTI banyak membantuku untuk berkomunikasi dan cara seorang guru melayani kerenah pelajarnya.

Gagang telefon bertukar tangan. Lepas seorang-seorang daripada mereka ingin bercakap denganku. Pada masa itu, Aisyah kekeringan idea untuk bersembang dengan mereka. Jauh di lubuk hati, amboi rancak juga mereka berbual di dalam telefon, tapi dalam kelas pendiam. Tambah2 lagi bila suruh jawab soalan kat depan kelas. Pemalu bebenor (terutama Ali kecil).. Ish3.

Sekian

Sewaktu majlis penyampaian sijil tamat kursus perguruan di UPSI (dari kanan Ali kecil, Asari dan Yusuf).
Semoga menjadi guru yang berwibawa di Kemboja

Thursday, March 24, 2011

BAKAL PENGGANTI KAMI

Assalamualaikum. Entry kali ini khusus buat bakal-bakal JMK pada sidang hadapan terutamanya rexco biro Aisyah sendiri. Buat Ali, Amin, Saufi, Kuntum, kak nisah, Sue, dan Izza semoga kalian dapat meneruskan perjuangan dalam JMK. Rebutlah peluang yang sedia ada ini. Seandainya tempat kekosongan itu banyak, memang kak Aisyah, kak Rina dan Abg Atau akan pilih kalian semua. Biar apa jua keputusan, kami sentiasa menyokong anda dan sedia memberi tunjuk ajar. Anda semua merupakan antara yang terpilih untuk menggantikan tempat kami pada sidang hadapan. Memang sukar untuk kami membuat pilihan kerana anda merupakan calon-calon yang hebat.

Apa yang kak Aisyah harapkan semoga kalian bijak membahagikan masa, fiqh aulawiyat dari segi gerak kerja, sentiasa memahami ‘partner’ dalam biro, sentiasa bersangka baik, jangan campur adukan urusan peribadi dan kerja. Kak Aisyah bukanlah seorang yang bijak dalam memberi kata-kata peransang tetapi apa yang akak perkatakan adalah realiti sepanjang berada dalam organisasi ini. Segala teguran dan pesanan kak Aisyah adalah untuk penambahbaikan. Kak Aisyah percaya pada kemampuan kalian. Gunakanlah segala ilmu dan pengalaman sepanjang menjadi rexco kami selama satu tahun ini sebagai pemangkin dalam melatih diri menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Kalian antara yang terpilih.
(Biro kami terbaekkk punyer)

Sebahagian daripada Rexco Biro Kediaman (sewaktu majlis watikah perlantikan rakan exco)


Gelagat rexco lelaki (supaya saufi dan kuntum tak kecil hati sbb gmbar mereka tiada di atas..~hehe~)

Sunday, March 20, 2011

MENGUAP DAN MENGANTUK

Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa menziarahi blog Aisyah Mawaddah ini. Entry kali ini ingin berkongsi sahaja berkaitan ‘fenomena’ pelajar-pelajar di dalam bilik kuliah atau di dalam kelas iaitu fenomena mengantuk sewaktu proses P&P.



Ramai juga kawan-kawan, junior dan rexco yang bertanyakan soalan kepada Aisyah. Sebenarnya soalan ini juga merujuk kepada teman-teman JMK lain, mungkin disebabkan sikap Aisyah yang suka bercerita dan ramah (yeke???), so kebanyakkan soalan diajukan kepada Aisyah. ~(^-^)~

“Kak Aisyah dan JMK yang lain selalu tidur pukul berapa ye?”

“Kakak-kakak dan abang-abang tidak mengantuk ke dalam kuliah”

Mungkin kerana mereka yang bertanyakan soalan ini terlalu prihatin terhadap kami. Hampir setiap hari ada meeting dan setiap minggu memang ada program yang dianjurkan. Tambahan dengan assignment yang bertimbun. Mana tidaknya, saat dingin malam mendatang di kala semua pelajar sedang enak dibuai mimpi, kami semua masih berkumpul di bilik mesyuarat sehingga 3 pagi sedangkan esok kami perlu menghadiri kuliah jam 8 pagi. Dan yang paling penting bangun menunaikan solat Subuh. Paling awal pun mesyuarat tamat jam 2 pagi. Itu belum masuk lagi kes-kes pelajar sakit, hysteria jam 2-4 pagi. Bukan niat untuk membanggakan diri, cuma realiti yang dialami sepanjang memegang portfolio. Masing-masing mempunyai cabaran yang berbeza dalam memikul tugas dan tanggungjawab. Tidak boleh membandingkan dengan mana-mana organisasi kerana masing-masing mempunyai cara dan cabaran yang berlainan.

Jawapan yang Aisyah berikan adalah sama. “ Kami dah biasa.” Mungkin juga faktor biological cycle dalam badan menyebabkan perkara tersebut menjadi kebiasaan. Jam 4 pagi masih mampu bertahan. Alangkah baiknya jika masa tersebut digunakan untuk bermunajat kepada yang Esa. -Dunia-dunia-

Panjangnya mukaddimah Aisyah, isi belum masuk lagi ini. Hehe. Bila kita mengantuk, kita pasti menguap terlebih dahulu bukan? Semua orang menguap termasuk juga Aisyah. Tapi kalau dah terlalu penat sangat, menguap pun tak sempat, terus je lena tidak kira di mana jua kita berada. (^-^)~

Tutup mulut semasa menguap

Mengikut hukum, semasa menguap kita hendaklah menutup mulut. Ini rasanya kebanyakkan orang tahu. Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses menguap. Bermacam-macam bunyi yang kita dengar menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.
Huargh…huh…haah…!!!

Mengikut penjelasan seorang ustaz, syaitan amat menyukai bunyi meguap bahkan bunyi menguap itu merupakan satu hiburan bagi syaitan.
Astagfirullahalazim…
Begitu rupanya…
Lalainya kita…

Jadi pesan ustaz tersebut, kita bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian, tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan dan menghiburkan syaitan. Mahukah kita menjadi kawan syaitan? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadangkala tidak kita sedar.



Setidak-tidaknya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH S.W.T dan menjauhkan fitnah syaitan....

Menguap dalam Islam :

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap 'Yarhamkallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka".
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".

5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu 'Alam.

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

ZIARAH


Salam buat pengunjung-pengunjung blog ini. Seperti biasa ruang masa hujung minggu ini diisi dengan aktiviti sendiri dan sememangnya Aisyah tidak lekat berada di rumah pada hari Sabtu dan Ahad. Ada sahaja aktiviti yang hendak dibuat. Menziarahi rumah sewa kakak-kakak senior yang kini sedang berpraktikum seusai sahaja tamat seminar bersama masyarakat sekitar Hulu Selangor. Melihat mereka tengah sibuk menyemak kertas-kertas ujian bulanan. Tambahan pula, esok sesi persekolahan bakal bermula setelah hampir seminggu mereka bercuti sekolah. Sempat juga Aisyah dijamu makan buah durian bersama. Memang seronok kalau makan buah durian secara beramai-ramai. Tiba-tiba terasa rindu apabila terkenangkan seawal usia berada di bumi murabbi ini. Kakak-kakak senior lah tempat kita bermanja, meluahkan masalah, rehlah bersama, usrah, talaqi,bercerita dan sebagainya. Tidak putus-putus nasihat yang diberikan buat kami di sini. Kini, kita pula bakal melakukan perkara yang sama buat adik-adik biarpun Aisyah masih merangkak-rangkak untuk membiasakan diri. Mungkin kerana suasana tidak sama seperti dulu. Apa-apa pun hidup ini perlu memberi.

Wallahu 'alam.

Sunday, March 13, 2011

KHAR Bersamamu

Selaku Exco Biro Kediaman, Aisyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua Rakan Exco (REXCO) biro Aisyah sendiri kerana telah menjayakan program ke rumah anak-anak yatim pada 13 Mac 2011 iaitu ‘KHAR Bersamamu’ di Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung. Alhamdulillah sepanjang program berlangsung, Aisyah amat berpuas hati atas komitmen dan kerjasama yang telah anda berikan.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Rakan Exco Biro Kediaman dan penghuni KHAR Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mencurahkan bakti kepada pihak yang memerlukan selain mendalami budaya bermasyarakat dan memupuk sahsiah diri kearah menjadi insan yang cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu dan beramah-mesra dengan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut.

Jelas terpancar kegembiraan di riak wajah mereka menerima kehadiran bakal-bakal guru atas kunjungan dan aktiviti yang kami jalankan bersama mereka. Mungkin gambar-gambar yang ini dapat menceritakan segalanya.

Kami tiba seawal 8.30 pagi di Rumah Anak Kesayanganku


Bersama penyelia Rumah Anak Kesayanganku, En Malik


Perjalanan menuju ke Rumah Anak Kesayanganku


Terpancar kegembiraan mereka menerima kunjungan kami


Ice Breaking bersama mereka


Ceria dan comel wajah-wajah mereka


Beratur menuju ke padang aktiviti sukaneka






Menjamu selera bersama anak-anak yatim


Sebagai kenang-kenangan di Rumah Anak Kesayanganku

Sunday, March 6, 2011

1-6 MAC 2011

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Pesta Buku dan Informasi 2011 telah pun dapat direalisasikan. Banyak perkara baru yang dapat Aisyah pelajari sehinggakan tidak tahu nak cerita yang mana satu.

Banyak juga buku yang dibeli sepanjang pesta buku. Maklumlah semua buku dapat diskaun. Memang berbaloi-baloi. Selain itu, dalam sibuk-sibuk berprogram sempat juga jadi ‘ummi’ sementara kepada Mohd Danish Fakrullah,1 tahun yang merupakan anak kepada salah seorang kumpulan Rabbani, Ustaz Zulkifli atau Abg Jo selama 5 hari kerana ayahnya ada show di tempat lain. Satu pengalaman yang baru menjaga anak kecil. Danish memang manja dan mudah untuk dijaga. Tiba-tiba terasa teringin nak kahwin cepat dan ada anak sendiri. Apa-apa pun kena fokus pada study terlebih dahulu. Hehe.

Si kecil Danish yang manja

Melayan keletah Danish. Comel

Demikian kerana itu, Aisyah telah membeli salah sebuah buku berjudul ‘Begini Sayang’ berkaitan 40 jawapan menyemai ketaqwaan melalui pertanyaan si kecil. Aisyah baru sahaja baca beberapa bab sahaja, tapi buku ini cukup bermanfaat kerana ia memberi pendedahan kepada ibu bapa dalam mendidik dan menjawab segala persoalan anak-anak dengan cara yang terbaik dan benar.Seawal usia sebegini si kecil selalu bertanya siapa yang ciptakan Allah, di mana Allah, kenapa kita perlu solat dan sebagainya. Seingat Aisyah dulu, masa kecil-kecil Aisyah pun pernah tanya ummi soalan-soalan sedemikian sampai penat ummi untuk menjawab soalan tersebut berulang-ulang kali. Biarpun belum bergelar ibu dan mempunyai anak, Aisyah rasa tidak salahnya kita mempelajari ilmu tersebut dari awal sebagai persediaan. Apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga, takut tidak sempat mempelajari kerana banyak urusan yang perlu difikirkan. Tambahan pula bebanan dan tekanan kerja juga semakin bertambah. Semoga Allah permudahkan segala urusan

Panduan persediaan awal bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah~

Tidak lupa juga buat Kak Siti Munirah yang merupakan novelis ‘Qasidah Untuk Kekasih’ kerana sudi memenuhi undangan Aisyah sebagai pengupas buku tersebut dalam slot Bicara Ilmu. Ini semua percaturan Allah untuk mempertemukan kita. Banyak ilmu dan ibrah yang dapat Aisyah perolehi. Biarpun baru sahaja berkenalan, kami merasa seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain. Buat kak Munirah, keep on writing ye. Aisyah sentiasa nantikan novel terbaru akak. Satu lagi, jangan lupa letak nama dan watak saya dalam novel terbaru akak kelak ye. ( Gurau sahaja)

Memandangkan Aisyah ini memang peminat lagu-lagu nasyid, selaku pihak pengajur(JMK)kami telah menjemput artis-artis nasyid tempatan bagi memeriahkan lagi suasana pesta buku kami. Seronok juga dapat dengar lagu-lagu nasyid kegemaran Aisyah secara live. Tiba-tiba hati ini terasa sayu apabila teringatkan arwah Ustaz Asri kumpulan Rabbani. Lagu-lagu yang dinyanyi oleh arwah masih tergiang-giang di telinga. Pada malam tersebut kumpulan Rabbani mempersembahkan sebanyak 4 buah lagu. Lagu yang cukup memberi kesan adalah ‘Mana milik kita’ sedangkan lagu tersebut sudah banyak kali Aisyah dengar, tapi entah mengapa pada malam itu Aisyah berasa cukup sedih apabila menghayati bait-bait liriknya. Ahli kumpulan Rabbani juga berasa demikian, mereka menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.

Ustaz Akhil Hayy juga turut hadir bersama isterinya, Pn Waheeda. Sempat juga Aisyah berbual-bual dengan Waheeda Wasini. Maklumlah apabila orang suka bercakap bertemu dengan orang yang suka bercakap memang susah nak berhenti. Hehe. Pada majis penutupan, kumpulan nasyid Far-East turut hadir membuat persembahan. Hati Aisyah bertambah syahdu lagi apabila mendengar lagu ‘Menanti di Barzakh’ dan juga ‘Saat Lafaz Sakinah’. Kedua-dua lagu tersebut adalah kegemaran Aisyah juga.


Selaku penyelaras unit Penajaan program Pesta Buku dan Informasi, Aisyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak penaja kerana sudi menaja artis dan juga buku-buku untuk program kali ini. Tidak banyak gambar untuk dikongsi bersama pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails