Sunday, January 31, 2010

RAKAN SURAU, MAHASISWA PENDIDIK

























Walaupun byk assgmnt dan kne study utk kuiz Advanced Calculus esok, Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan waktu utk menulis sesuatu di blog ini..

Pada pagi td, ahad 31 Jan telah diadakan senamrobik dan juga sukaneka rakan surau di gelanggang KHAR. Pd mulanya sy hanya tahu ttg sukaneka rakan surau krn sy yg akan uruskan slot ice breaking memandangkan kak linda ada bengkel math pd pagi tersebut, dan sy yg mengantikannya. Berkaitan senamrobik itu, sy dpt tahu semalam daripada kak wana dan harus memakai baju kuning Mahasiswa Pendidik.

Buat pertama kali sy dgr lagu Demi Matahari (btul ke? or Sinar Matahari).. siap ada gaya lg bila menyanyikan lagu tersebut..(mmg menarik).Setelah penat bersenamrobik, sy yg mengendalikan slot ice breaking utk sukaneka rakan surau, sbnrnya sy agak blur ttg perjalanan progrm tersebut. Tp sy cuba buat yang terbaik.

Bermacam-macam gelagat dan aksi terutamanya dari kaum muslimin semasa bersukaneka...mmg lucu sgt bila melihat mereka. Asyik main2 je ketika bermain (main tipu je)..hehe. Manakala muslimat begitu sopan dan malu2 sket, bak kata Ukasha semasa ucapan td walaupun x serius tp matlamat tercapai (refer kpd muslimin), yang muslimat begitu skema pula dan bermain dgn mengikut peraturan permainan..

Secara keseluruhannya, alhamdulillah progrm berjalan dgn lancar. Semoga ukhwah persaudaraan kt semua bertambah kuat dan erat. Minta maaf atas segala kekurangan sepanjang progrm berlangsung td..





Friday, January 29, 2010

MAHASISWA PENDIDIK








Teruskan perjuangan dan amanah yang diberikan oleh semua mahasiswa UPSI bagi kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar .

RAKAN PENGGERAK AD-DIN


Pada pukul 6.30 petang td, 29 Jan 2010, ana telah mengadakan usrah kali ke-2 bersama ahli usrah ana sendiri. Seperti biasa pada kali kehadiran kurang dari separuh hanya 5 orang sahaja yang dpt menghadirkan diri di surau KHAR. Mungkin minggu ini ramai yang pulang ke kampung sempena cuti Thaipusam. Ana sudah menjangka hal tersebut, tetapi ana terpaksa buat juga memandangkan setiap bulan harus mengadakan 2 kali perjumpaan,alhamdulillah pada bulan ini sudah selesai cume ana akan mengadakan usrah tambahan bg ahli-ahli usrah yang tidak pernah langsung turun usrah walaupun ana sudah memaklumkan kepada mereka melalui mesej.

Pengisian pada hari ini lebih tertumpu kepada solat berjemaah. Ana beranggapan bahawa masih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa yang tidak tahu cara bagaimana utk solat berjemaah seandainya mereka tidak sempat mengikuti imam pada awal takbir, ini kerana ana pernah melihat ramai yang solat sendiri apabila imam telah rukuk, sujud, atau solat pada rakaat kedua dan sebagainya. Alangkah rugi sekiranya kita terlepas daripada solat berjemaah kerana ganjaran yang Allah janjikan adalah lebih banyak berbanding solat sendirian. Usrah pada kali ini lebih berbentuk praktikal dan ana turut mengajar susunan jemaah dalam solat.

Pengisian kedua, ana biasanya lakukan selepas solat maghrib. Ana memberikan pengisian berkaitan perhiasan wanita. Kecantikan mmg tidak dapat dipisahkan dengan wanita, begitu juga dgn diri ana. Memang tidak dapat dinafikan bahawa naluri wanita itu suka akan kelihatan cantik dan menawan sepanjang masa. Tetapi harus diingatkan sebagai muslimah, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam berhias mengikut syariat agar tampil sopan dan kemas. Antara aspek yang ana tekankan adalah pemakaian wangi-wangian dan aurat wanita itu sendiri. Alhamdulillah kebanyakkan ahli usrah ana memberi respon pada usrah kali ini, pelbagai soalan yang diajukan. Ana harapkan ahli usrah ana sedikit sebanyak dapat menimba ilmu agama walaupun diri ana seorang insan yang masih kerdil dalam agama, insyaallah ana akan berusaha memperbaiki diri ana sendiri kerana telinga ana lebih dekat dengan mulut, semoga apa yang dipelajari hari ini dapat diamalkan buat sahabat usrah ana dan diri ana sendiri.

Pertemuan usrah diakhiri dengan tasbih kafarah dan juga surah Al-Asr dan segera menunaikan solat isyak berjemaah.



ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi kesempatan utk saya menghasilkan blog sendiri, semoga ia dapat memberi manfaat kpd saya dan kpd para sahabat yg membaca. Terima kasih kak wana kerana ajar saya membikin blog ini.
Sudah lama saya berhasrat untuk membuat blog sendiri cuma belum ada keruangan masa yang diberikan. Apabila pilihanraya kampus berlangsung, saya berasa sangat kagum kebanyakan calon-calon yang bertanding melontarkan pandangan mereka melalui blog, malah kakak-kakak senior yang saya kenali mereka juga mempunyai blog sendiri. Jadi saya juga tidak mahu ketinggalan kerana sebagai seorang mahasiswa yang merupakan bakal pendidik sudah pasti mempunyai idea dan pandangan tersendiri terhadap keadaan yang berlaku disekeliling. Oleh itu blog merupakan satu alternatif untuk kita berkongsi pandangan dan idea.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails