Friday, January 1, 2016

I'M TRAVELLER

Tahniah buat kawan-kawan yang telah melangkah ke alam perkahwinan.

Tahun ini umur saya bakal genap 26 tahun. Soalan femes bila umur mencecah macam ni, "Bila ko nak kahwin Aisyah?"

" Bajet kahwin asyik lari sebab beli tiket flight je..." hahahaha!!!! Target kahwin umur 27 tahun. Saya nak travel puas-puas dulu.



GURU KELAS 1 IBNU HIBBAN

Baru-baru ini, saya baru sahaja mesyuarat guru akhir tahun 2015 di Grand Hotel Kampar, Perak. Alhamdulillah, kekal sebagai guru kelas Tingkatan 1 2016 (kelas perempuan).

Tahun lepas, saya sebagai guru kelas Tingkatan 1 Ibnu Hibban (kelas lelaki).Rindu pula dengan kenakalan dan keriuhan mereka...hihi. Teacher harap kalian dah study dan ulang hafazan sepanjang cuti sekolah yang lepas. So kita jumpa pada 3 Januari 2016 sewaktu pendaftaran nanti.









Sekadar entry ringkas....

TUDUNG BACKPACKER

Nama pun backpacker, muatan dalam beg hanya untuk pakaian dan keperluan penting sahaja. Seterika atau iron penting tak?? Buat berat beg je kalo bawa dan memang tak ada masa nak gosok-gosok bagai.

That's why, setiap kali nak packing bagasi pakaian, saya mesti pilih material tudung yang bercorak. Tudung bercorak memang tak nampak kedut sangat. Kalau nak jimat ruang bagasi, pilih tudung dwiface. Bagi perempuan spesis saya, baju boleh pakai berulang kali selepas basuh, tetapi tudung kena bertukar sebab nak tangkap gambar dan posing pada scene tempat yang berbeza bukan? Hihihi

Yang tertutup itu indah. Nak travel dan bermusafir kena jaga aurat. 

BACKPACKERS PAKAI HANBOK

Entry kali ini nak berkongsi pasal pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Kalau menonton drama Korea nampak sweet dan sopan je artis korea pakai Hanbok. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memakai pakaian tradisional ini ketika travel Ke Korea Ke Kita...haha. Perkara yang wajib untuk dilakukan ialah shooting dan berposing dengan Hanbok. Tapi di manakah tempat yang ada untuk melakukan aktiviti?

Sebenarnya ada banyak tempat yang menyediakan pengalaman memakai Hanbok, tapi saya pergi ke Insadong Tourist Center. Kena bayar 3000 won untuk tempoh sejam. Memang terasa macam Princess Korea versi muslimah je...hihihi. Baju longgar, selesa dan tidak nampak bentuk badan, Saya berpendapat baju kebaya lagi seksi berbanding Hanbok.

 Puteri-puteri bersama Maharani memakai Hanbok

 Cantik tak cikgu Aisyah???

Sweet dan sopan gitu

Feeling2 macam drama Princess Hour

Cakkkkk... Banyak pilihan Hanbok yang boleh dipakai

Nampak lawa, nampak lawa, dia pakai Hanbok

Anyeong Haseyo

BUDAYA BACKPACKING

Sekadar perkongsian sahaja, saya mula ke luar negara pada usia 22 tahun. Itupun mewakili UPSI ke Vietnam, memang teruja apabila pertama kali menaiki kapal terbang . Jakun betul..!!! Pada usia 23 tahun di tahun akhir universiti sebelum konvo, saya dan kawan-kawan plan nk travel ke luar negara kali ke-2. Kami pergi ke Indonesia (Jakarta - Bandung). Setelah itu, pada usia 24 saya memberanikan diri untuk ke Kemboja dan Riau. Usia 25 tahun, saya melangkah ke negara jauh pula iaitu Korea dan Australia.

Macam mana nak berani travel sendiri? Mulakan dulu travel dalam Malaysia. Dah agak-agak lepas, travel ke negara dekat-dekat seperti Indonesia ke, Thailand ke. Dah agak lepas, pergilah jauh sikit. Lama-lama berani dan yakin lah, sebab pengalaman adalah guru dalam travel.

Ramai orang beranggapan bahawa travel merupakan satu bentuk kemewahan yang hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya. Malangnya ia hanyalah sebuah mitos semata-mata disebabkan oleh persepsi masyarakat yang hanya melihat kepada kos tiket flight, hotel mewah dan tempat percutian terkenal serba mahal sahaja.

Travel secara backpacking merupakan salah satu alternatif yang mula menjadi trend masyarakat sekarang. Kebanyakkan backpacker memilih untuk tidur di hostel atau berkongsi homestay. Mereka sanggup membayar dengan harga lebih rendah agar dapat menggembara dengan lebih lama dan lebih jauh.

Tabiat backpacking menjadikan seseorang individu itu tidak materialistik dan suka berkongsi. Kannnn...setuju sangat. Buat bakal suami, kalau bakal isteri anda seorang backpacker anda merupakan seorang suami yang beruntung kerana dia bukanlah seorang isteri yang high maintenance!!! Cukup baginya baju, seluar dan tudung beberapa pasang yang tidak perlu iron tanpa barangan keperluan yang lain. Dengan muatan backpack yang kecil akan menyebabkan mereka tidak akan shopping sakan semasa travel. Fakta yang paling penting, mereka sangat berdikari!!!

Adalah penting untuk kita menerapkan budaya travel ini kepada golongan muda. Dengan travel usia muda, kita akan belajar untuk menerima budaya baru dan meraikan perbezaan, memperluaskan sudut pandangan kita dan juga memahami dunia dengan lebih baik. Saya merasakan saya seorang guru yang lain dari yang lain. Saya selalu berkongsi cerita travel saya di dalam kelas untuk menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk  anak murid sehingga mereka turut teringin dan terpengaruh dengan saya....hahaha

Cikgu Aisyah kaki backpacker

BACKPACKER KE PERTH ( Part 3)

Nak sambung lagi pasal Perth ni. Entah bila nak masuk cerita pasal itenary. Plan ke Perth ni saya pun xdelah study sangat, pemalas punya cikgu!!! Bukan pemalas ok, tapi cikgu busy dengan tugas hakiki di sekolah. Dah start cuti sekolah, baru ler nak study tempat menarik.

Sedikit info yang saya nak share pengalaman sewaktu backpacker ke Perth bulan lepas:

1. Selepas membeli tiket flight Air Asia, baru saya urus dapatkan visa. Anda boleh dapatkan visa terus secara online ataupun pergi ke mana-mana syarikat agensi perlancongan. Setiap agensi perlancongan menawarkan harga visa yang berbeza. Saya buat dengan harga RM50.

2. Kita boleh guna lesen kereta Malaysia di Australia. Nama pun backpacker, so drive sendiri untuk bergerak ke sana sini, Memandu di Perth sangat selamat, rakyat di sana sangat berhemah dan mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya. Kita tak boleh speed atau bawa kereta laju-laju walaupun terdapat banyak lane dan kosong. Pandu ikut hadlaju yang ditetapkan. Memang sesuai wanita spesis saya bawa kereta di sana 80km/jam....haha. Sepanjang di Perth, saya guna waze je lagi senang!!!


Kat Malaysia bawa Alza, kat Perth bawa Estima. Tq co-pilot kerana bacakan waze untuk saya.

3. Waktu di Perth sama seperti di Malaysia. Cuma siang di sana lebih panjang berbanding malam. Sebab tu subuh masuk awal, jangan bangun subuh 6 pagi seperti di Malaysia ye, itu dah boleh masuk waktu dhuha di Perth. 

Dirikan solat di mana sahaja. Jangan takut nak travel di bumi Allah kerana takut nak solat atas tanah tanpa sejadah kerana tanah itu tempat sujud. Untuk backpacker muslimah, yang penting pakaian mesti menutup aurat tanpa perlu membawa telekung. Satu lagi, bawa botol spray air sekali!

4. Ramai orang Malaysia di Perth. Siap ajak geng backpacker saya untuk migrate ke sana beb!! Especially yang bekerja memetik buahan seperti epal, anggur dan strawberi. Ramai juga yang berasal dari Pulau Krismas, ini fakta yang saya baru tahu. Di mana kepulauan ini memang ramai orang Melayu. Menurut cerita Hj Yon dan Bro Shardi datuk nenek moyang mereka di bawa dari tanah melayu untuk menjadi buruh di Pulau Krismas. Ada yang dah jadi rakyat dan PR Australia. Kalau nak cari homestay milik orang melayu kat Perth memang senang. 

5. Kedai di Perth tutup awal. Pukul 5 petang dah tutup. Rakyat di Australia bukan macam di Malaysia, kena bekerja dari pagi sampai malam dan lakukan 2 pekerjaan dalam waktu sama, Mereka tidak. Lepas habis kerja, mereka akan pulang ke rumah masing-masing untuk spend time masa bersama keluarga. Bila kedai tutup awal, maka tidak kelihatan golongan remaja untuk keluar malam dan lepak. Waktu malam di sana sangat sunyi sepi.

6. Perth sangat sesuai dilawati terutama golongan yang 'natural lover' dan pencen. Sebab keadaan di sana sangat tenang, damai, dan tenteram serta jauh dari kehidupan hiruk pikuk di bandar. Rakyat di sana sangat ramah dan baik. Kalau nak keluar berjalan rasa selamat dan aman.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails