Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum.



Baru sebentar tadi ummi telefon.



“ Aisyah jadi tak balik minggu depan?”



“Insyaallah, Aisyah nak siapkan proposal minggu ini dulu. Kalau dah siap Aisyah balik ye. Doakan agar Allah permudahkan segala urusan Aisyah”



“ Aisyah, ummi dah tempah baju raya taw. Mak Cik Ita (tailor, kawan ummi) terima tempahan sebelum bulan puasa. Baju Aisyah ikut size Aqilah (adik).”



“ Aik? awalnya ummi tempah. Semangatnya ummi ni. Hehe.



Terharunya. Dah masuk 21 tahun pun ummi masih lagi pilih baju raya untuk puteri-puterinya. Kasih ummi tiada penghujung. Sentiasa mekar harum mewangi.



“Ummi, abi sihat tak? Abi jaga pemakanan tak?”



“Alhamdulillah. Biasalah sakit-sakit tua.”



“Ummi, nanti sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa aisyah kat abi ye”



Ummi ketawa. Ummi sangat memahami fiil puteri sulungnya. Sejak dulu lagi Aisyah memang jarang berbual dengan abi. Abi lebih banyak diam daripada bercakap. Setiap kali Aisyah berbual dengan abi, Aisyah bagaikan bercakap seorang diri. Hohoho. Tapi Aisyah tahu bahawa abi sebenarnya memang ambil kisah. Kalau Aisyah minta apa-apa walau pada mulanya abi tidak respon tapi lepas itu mesti dapat! Haha.Dari itu, saya belajar tentang perangai lelaki. Teringat masa sekolah rendah dulu, cikgu bagi kad laporan peperiksaan, waktu tu result sangat teruk. Kalau tunjuk pada ummi confirm kena marah, so Aisyah pun tunjuk kat Abi. Abi melihat keputusan tersebut tanpa berkata apa-apa dan terus sign kad laporan. Fuh, lega sangat. Teruk kan? Akhirnya ummi dapat tahu juga...haha. Setelah itu, Aisyah berazam agar usaha dengan gigih lagi.



Abi sangat menitik beratkan berkaitan soal agama. Terutama sekali bab solat dan aurat. Abi yang selalu kejutkan kami untuk bangun solat Subuh. Cara abi mengejutkan kami adik-beradik senang saja, tak perlu melaung-laung untuk suruh bangun, Cuma renjiskan air wuduq yang masih basah lagi pada tangan abi ke wajah kami. Apalagi, kami adik-beradik berlumba-lumba ke bilik air. Memang efektif cara tu! Ummi pula selalu semak bacaan solat kami terutama doa iftitah, tahiyat, doa qunut, bacaan surah-surah lazim.



Aisyah telah dilatih untuk memakai tudung sejak berusia 5 tahun lagi. Mini tudung. Kalau Aisyah nak keluar bermain, sidai baju di ampaian, kalau sedara-sedara lelaki datang ke rumah, keluar jalan-jalan, abi mesti arahkan Aisyah untuk bertudung. Pada mulanya, Aisyah berasa malu dan kurang selesa kerana belum ada kawan-kawan dan sepupu perempuan yang lain bertudung seawal usia Aisyah (zaman tadika dan sekolah rendah). Mudah sahaja jawapan yang diberi oleh abi.



Kalau seseorang anak itu tidak solat dan tidak menutup aurat, ibu bapa yang kena tanggung dosa-dosanya . Aisyah sanggup lihat ummi dan abi masuk neraka kerana menanggung dosa Aisyah kerana tidak mahu menutup aurat dan tidak solat? Aisyah tidak kasihan pada ummi dan abi kah?



Waa…!!! Abi sangat tahu kelemahan Aisyah yang mudah rasa sedih kalau sentuh bab-bab ‘ummi dan abi’. Sebab itu, kalau ada program motivasi di sekolah dulu yang berkaitan pengorbanan ibu bapa, air mata Aisyah mudah sangat mengalir. Kalau dengar lagu-lagu nasyid tentang kasih ibu dan ayah pun Aisyah cepat menangis juga. Huhuhu.



Dari kecil lagi Aisyah dan adik-adik didik untuk menjadi anak soleh dan solehah oleh ummi dan abi. Ya Allah, jasa mereka terlalu besar. Kasih sayang mereka tiada nilaian ganti. Begitu besar pengharapan mereka inginkan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.



"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil." (Surah al-Isra', ayat 24)




Sebenarnya, Aisyah nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat Abi.



Sekian.


Encik Megat Muhammad Hatim

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails