Monday, June 20, 2011

NAMA

Assalamualaikum wbt.

Senario hari ini, kita gemar memendek-mendekkan nama sama ada nama sendiri mahupun nama orang lain. Sehingga kadang-kadang lari maksudnya bahkan membawa maksud yang tidak murni pula. Lihat sahaja di laman social facebook. Macam-macam nama yang boleh kita dapati. Nama-nama indah seperti Khadijah dan Aminah diubah-ubah nama itu misalnya menjadi ‘Khatty’ dan ‘Amy’. Muhammad jadinya ‘Mat’ saja. Saifuddin jadinya ‘Udin’ saja.

Ibu bapa kita sudah bersusah payah mencari sebaik-baik nama untuk kita sewaktu kita dilahirkan, malah antara nama-nama yang diberi ada disebut di dalam Al-quran. Apabila ibu bapa memberi nama-nama yang baik pada anak-anak mereka, mereka menyandarkan satu harapan pada nama itu. Moga-moga anak-anak mereka berperwatakan seperti nama yang diberi.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “ Hak anak yang harus dilaksanakan oleh orang tua ada tiga, iaitu:

“Memilih nama yang baik ketika lahir”

“Mengajari kitab Allah s.w.t (Memberi didikan agama)”

“Mengkahwinkan anak jika telah dewasa”

Sewaktu di sekolah rendah dahulu, ramai guru dan rakan gemar memanggil nama saya ‘Puteri’ kerana di dalam kelas kami terdapat dua orang yang bernama ‘Aisyah’. Biarlah ada dua orang nama ‘Aisyah’ sekalipun, tapi saya tetap menyuruh mereka panggil saya AISYAH juga.

Memandangkan kini saya memasuki bidang perguruan, maka panggilan nama saya telah berubah dengan panggilan CIKGU. Ramai juga yang menyangka bahawa saya mengambil jurusan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab lalu memanggil saya USTAZAH (hehe)

Yang paling lucu sekali, keluarga JMK gemar sangat memanggil saya sebagai ‘DATIN’. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan cerita ‘Datin Wannabe’ (kerana saya selalu buat trademark watak Datin dalam cerita itu). Boleh ker tidak..? Boleh ker tidak..? Hehe. Alih-alih terlekat panggilan DATIN pada saya (kalau ada rezeki kahwin dengan Dato’ pula)

Ah, entah apa yang saya karutkan ini. Hehe

Terus terang saya katakan, saya sangat suka orang memanggil saya dengan nama penuh. Jauh lebih saya sukai kalau panggil saya ‘Aisyah’ kerana saya akui nama saya memang agak panjang (Puteri Nor Aisyah bt Megat Muhammad Hatim). Maknanya yang hidup bahagia! Moga-moga keperibadian Saidatina Aisyah yang kaya dengan pekerti tinggi, lemah lembut serta sopan santun menyerap dalam diri saya.


Mungkin persoalan panggilan nama ini kita rasa remeh. Namun lupakah kita bahawa nama itu merupakan satu DOA~

Justeru itu, hargailah nama yang telah diberikan oleh ibu bapa kita.

P/s : Buat teman-teman seperjuangan yang sudah bergelar pendidik mahupun bakal pendidik, panggillah nama penuh anak-anak murid mu, biarlah panjang mana sekalipun nama itu. (**,)

Sekian.

2 comments:

erika nuris said...

akak...nama fb kita..nurul erika nuris suhada...so cm ne ye...hmmm...tapi semua orang panggil kita su...kita nak sangat orang panggil kita nurul..ada pernah la..sorang cikgu kat sekolah..dia akan panggil su nurul..sukanya...:)

azwa amani said...

awin pun tak nak anak murid panggil awin..pangil cikgu NORAZWANI.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails