Saturday, May 7, 2011

BUKU TEKS

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah memberikan Aisyah kekuatan dan ruang waktu untuk mengetip papan kekunci laptop untuk berkongsi bersama dengan para pembaca. Terasa sudah seminggu tidak mengupdate blog biarpun cuti semester telah bermula. Sebenarnya Aisyah baru sahaja mengikuti program Peningkatan Penggunaan Buku Teks/Modul KBSM selama 4 hari bermula 3-6 Mei di Dewan Seri Tanjong UPSI.

Program ini banyak memberi pendedahan kepada Aisyah bagaimana hendak menghasilkan buku teks mengikut sukatan mata pelajaran. Memandangkan Aisyah merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik,maka Aisyah lebih tertumpu dalam menghasilkan modul-modul matematik yang bersesuai untuk dimasukkan di dalam buku teks Matematik Tingkatan 1 KBSM.

Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis buku ( bukan penulis novel tetapi penulis buku sekolah..hehe).


Bakal-bakal guru sedang sibuk menghasilkan modul-modul subjek untuk dimasukkan di dalam buku teks.


Sebenarnya buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai sukatan mata pelajaran di dalam sesi P&P. Penulis (merujuk pada guru) buku teks perlu menghasilkan buku yang menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (pelajar UPSI diwajibkan menghafal falsafah pendidikan) yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan buku-buku teks yang dibekalkan sentiasa diperbaharui dan dikemaskini supaya pelajar menerima data dan maklumat yang tepat. Oleh kerana itu program sebegini diadakan bagi mengumpulkan idea-idea baru daripada bakal-bakal guru dan memberi penambahbaikan pada buku teks yang sedia ada. Tiba-tiba Aisyah teringat zaman sekolah dulu apabila melihat buku teks yang pernah digunakan semasa berada di SMASH dan MRSM Pasir Salak (mengimbau nostalgia sewaktu bergelar pelajar sekolah…hehe)

Program ini melibatkan 15 subjek yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Matemati, Sains, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam. Aisyah mewakili subjek Matematik bersama 4 orang lagi rakan sekuliah. Kami dibantu oleh seorang guru pakar yang merupakan guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Putrajaya, Pn Norazura bt Ibrahim. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam pembikinan buku teks selaras dengan sukatan mata pelajaran dan memberi kami tips-tips untuk menjadi Guru Cemerlang dan teknik mengajar yang berkesan.

Sekian.


Kumpulan subjek Matematik
Dari kiri: Syafiq, Izzaty, Elaine, Pn Norazura, Aisyah dan Sofia



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails