Thursday, December 31, 2015

BACKPACKER KE PERTH ( Part 1)

Kali ini saya ingin bercerita pengalaman backpacker saya dan kawan-kawan ke Perth, Australia. Perancangan ini dibuat 2 bulan sebelum fly ke Perth. Menjadi kebiasaan kami, pada asalnya sembang-sembang kosong je pun, tup tup terus jadi beli tiket flight...hahaha.

Sepatutnya setahun satu negara je, tapi tahun 2015 ini 3 buah negara yang saya travel secara backpacker. Kalau ikutkan plan asal, family nak kahwinkan saya bulan December, hahaha. Tapi faham-faham jelah masalah bajet, yang penting bajet utk travel backpacker sentiasa ada. Mujur bakal suami jenis tak kisah dan sanggup menerima bakal isteri yang suka travel. Jangan risau, duit travel i pakai duit sendiri tau!

Nama pun backpacker, everything kena buat sendiri. So, kami bahagikan tugasan sebab masing-masing busy dengan kerjaya.

Tiket flight ( Abg Isam)
Itenary Perth ( Saya, Pn Yati)
Bajet ( Saya, Pn Yati)
Penginapan ( Saya, Abg Isam, Abg Riey)
Pengangkutan ( Bro Syardi owner homestay di Perth)
Makanan ( Geng mak-mak...hahaha)

Lebih kurang macam tulah gerak kerja kami dalam tempoh dua bulan. Kejap on kejap off sebab bertimbun kerja kat sekolah. Geng backpacker saya ini hampir semua guru dan orang kuat UPSI sebab tu mudah untuk kami selaraskan tarikh cuti. Kannnn...

Setelah urusan beli tiket flight selesai, saya mengambil alih untuk mencari penginapan. Alhamdulillah, jumpe kat blog je pun. Saya berhubung dengan owner homestay melalui whatsapp je. Nama owner tu adalah Bro Shardy merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Perth hampir 15 tahun. Masih bujang lagi. Mula-mula call, ingat beliau ini adalah student Malaysia yang study kat Perth. Then minta die send gambar homestay supaya senang saya nk forward pada ahli rombongan.

Ada 2 homestay kiri dan kanan yang dimiliki oleh Bro Shardy

Inilah homestay kami di alamat 33 Elward Way Balga, Perth WA

 Ruang dapur & ruang tamu

 Ruang luar dan BBQ

 Ruang BBQ

Taddaaaa...inilah  Bro Shardy, 39 tahun, bujang dan pemilik homestay


 Siap kemudahan dan kelengkapan memasak. Best!!!i

Bila Bro Shardy send gambar homestay beliau, terus kami confirm je. Bertambah teruja nk sampai ke Perth. Lagipun beliau orang Malaysia dan sangat memahami budaya kita. Nak berurusan pun senang. Ok, settle bab booking penginapan untuk 2 buah homestay selama 6 hari 5 malam. Dengan muka x malu jugak, saya meminta Bro Shardy carikan kereta untuk kami sekali. Akhirnya kami dapat Estima & Hyundai I Max ( kalo kat Malaysia panggil Starex). Ahli backpacker kami seramai 13 org dewasa & 2 org kanak-kanak, Untuk pengetahuan, penginapan kat sini pun ikut kapasiti, bukan macam setingan main sumbat je dalam satu rumah. That's why i booking 2 buah homestay. Begitu juga dengan pengangkutan, kanak-kanak pun dikira 1 seat. Parent tak boleh nk riba baby, baby kne duduk kat baby seat. 

 Possing depan homestay dan kereta

Possing dengan Estima pulak

Entry seterusnya nk cerita itenary pulak.

3 comments:

mashitah rusli said...

Slm dik..bole x contact no owner homestay ni? Sy nak ke perth in sept with family..

Anonymous said...

As Salam,

Kami bercadang ke Perth pada bulan October ini. Blh dapat mobile no Bro Shardi?

Terima kasih
Wan

Aisyah Mawarddah said...

+61402533915 ( Bro Shardy)
Saya berhubung melalui watsap je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails