Monday, February 13, 2012

TERIMA KASIH


Assalamualaikum wbt.

Selamat berjumpa lagi. Anda apa khabar? Sihat? Syukur. Kurang sihat? Pun syukur. Takkan disebabkan tidak sihat kita nak kufur pulak. Kita tetap bersyukur sebab kesakitan dan penyakit yang menimpa adalah kifarah.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas tatkala usia baru sahaja mencecah 22 tahun. Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang bertalu-talu wish dan mendoakan kesejahteraan diri ini. Yang belanja makan, yang beri hadiah. Makasih banyak-banyak ye. Termasuk juga individu-individu yang ingin menjadi orang pertama yang wish ulang tahun buat saya di wall facebook!

Sebelum itu, saya ingin menyusun sepuluh jari atas kelewatan untuk membalas semua ucapan dan mesej wish. Buat makluman sahabat-sahabat sekalian, pada ketika itu saya berada di dalam hutan (camping). Tahu-tahu je lah, bukan ada line sangat dalam hutan.

Hadiah yang paling berharga dan istimewa buat saya adalah menerima ucapan dari ummi tercinta. Mendengar suara ummi sudah cukup membuatkan hati saya berbunga-bunga. Ceria sepanjang hari.

“Ummi, terima kasih kerana melahirkan Aisyah. Mendidik Aisyah penuh kasih sayang sehingga dewasa. Sentiasa menghadiahkan kata-kata tarbiyah buat Aisyah.”





6 comments:

SuFi Haraki said...

salam....hepi belated birthday....masih muda ni 22 tahun..ummi dh bising2 spy kahwin ke?xsabar nk dapat menantu la tu..hehe...apa2 pn, smga hidup adik aisyah mawaddah sntiasa dirhmati dn diberkati Allah hendaknya....amenn=): Entry Terbaru : Variasi Ummat Manusia

Aisyah Mawarddah said...

terima kasih kak

Adam Malik said...

selamat hari jadi *dah terlambat kot* hehe ,,.. syok layan lagu selamat hari lahir ..

azwa amani said...

akak... sanah helwah.. :) heheh maaf lambat ye...

Panglima Muda said...

salam

One Artz said...

Salam Alaik..
semoga dapat terus berkongsi ilmu bermanfaat kepada dunia blogger..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails