Sunday, March 20, 2011

MENGUAP DAN MENGANTUK

Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa menziarahi blog Aisyah Mawaddah ini. Entry kali ini ingin berkongsi sahaja berkaitan ‘fenomena’ pelajar-pelajar di dalam bilik kuliah atau di dalam kelas iaitu fenomena mengantuk sewaktu proses P&P.



Ramai juga kawan-kawan, junior dan rexco yang bertanyakan soalan kepada Aisyah. Sebenarnya soalan ini juga merujuk kepada teman-teman JMK lain, mungkin disebabkan sikap Aisyah yang suka bercerita dan ramah (yeke???), so kebanyakkan soalan diajukan kepada Aisyah. ~(^-^)~

“Kak Aisyah dan JMK yang lain selalu tidur pukul berapa ye?”

“Kakak-kakak dan abang-abang tidak mengantuk ke dalam kuliah”

Mungkin kerana mereka yang bertanyakan soalan ini terlalu prihatin terhadap kami. Hampir setiap hari ada meeting dan setiap minggu memang ada program yang dianjurkan. Tambahan dengan assignment yang bertimbun. Mana tidaknya, saat dingin malam mendatang di kala semua pelajar sedang enak dibuai mimpi, kami semua masih berkumpul di bilik mesyuarat sehingga 3 pagi sedangkan esok kami perlu menghadiri kuliah jam 8 pagi. Dan yang paling penting bangun menunaikan solat Subuh. Paling awal pun mesyuarat tamat jam 2 pagi. Itu belum masuk lagi kes-kes pelajar sakit, hysteria jam 2-4 pagi. Bukan niat untuk membanggakan diri, cuma realiti yang dialami sepanjang memegang portfolio. Masing-masing mempunyai cabaran yang berbeza dalam memikul tugas dan tanggungjawab. Tidak boleh membandingkan dengan mana-mana organisasi kerana masing-masing mempunyai cara dan cabaran yang berlainan.

Jawapan yang Aisyah berikan adalah sama. “ Kami dah biasa.” Mungkin juga faktor biological cycle dalam badan menyebabkan perkara tersebut menjadi kebiasaan. Jam 4 pagi masih mampu bertahan. Alangkah baiknya jika masa tersebut digunakan untuk bermunajat kepada yang Esa. -Dunia-dunia-

Panjangnya mukaddimah Aisyah, isi belum masuk lagi ini. Hehe. Bila kita mengantuk, kita pasti menguap terlebih dahulu bukan? Semua orang menguap termasuk juga Aisyah. Tapi kalau dah terlalu penat sangat, menguap pun tak sempat, terus je lena tidak kira di mana jua kita berada. (^-^)~

Tutup mulut semasa menguap

Mengikut hukum, semasa menguap kita hendaklah menutup mulut. Ini rasanya kebanyakkan orang tahu. Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses menguap. Bermacam-macam bunyi yang kita dengar menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.
Huargh…huh…haah…!!!

Mengikut penjelasan seorang ustaz, syaitan amat menyukai bunyi meguap bahkan bunyi menguap itu merupakan satu hiburan bagi syaitan.
Astagfirullahalazim…
Begitu rupanya…
Lalainya kita…

Jadi pesan ustaz tersebut, kita bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian, tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan dan menghiburkan syaitan. Mahukah kita menjadi kawan syaitan? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadangkala tidak kita sedar.



Setidak-tidaknya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH S.W.T dan menjauhkan fitnah syaitan....

Menguap dalam Islam :

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap 'Yarhamkallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka".
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".

5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu 'Alam.

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

1 comment:

SHM said...

entry yg berguna..

"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu" penutup yg sgt bermakna..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails