Friday, January 29, 2010

RAKAN PENGGERAK AD-DIN


Pada pukul 6.30 petang td, 29 Jan 2010, ana telah mengadakan usrah kali ke-2 bersama ahli usrah ana sendiri. Seperti biasa pada kali kehadiran kurang dari separuh hanya 5 orang sahaja yang dpt menghadirkan diri di surau KHAR. Mungkin minggu ini ramai yang pulang ke kampung sempena cuti Thaipusam. Ana sudah menjangka hal tersebut, tetapi ana terpaksa buat juga memandangkan setiap bulan harus mengadakan 2 kali perjumpaan,alhamdulillah pada bulan ini sudah selesai cume ana akan mengadakan usrah tambahan bg ahli-ahli usrah yang tidak pernah langsung turun usrah walaupun ana sudah memaklumkan kepada mereka melalui mesej.

Pengisian pada hari ini lebih tertumpu kepada solat berjemaah. Ana beranggapan bahawa masih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa yang tidak tahu cara bagaimana utk solat berjemaah seandainya mereka tidak sempat mengikuti imam pada awal takbir, ini kerana ana pernah melihat ramai yang solat sendiri apabila imam telah rukuk, sujud, atau solat pada rakaat kedua dan sebagainya. Alangkah rugi sekiranya kita terlepas daripada solat berjemaah kerana ganjaran yang Allah janjikan adalah lebih banyak berbanding solat sendirian. Usrah pada kali ini lebih berbentuk praktikal dan ana turut mengajar susunan jemaah dalam solat.

Pengisian kedua, ana biasanya lakukan selepas solat maghrib. Ana memberikan pengisian berkaitan perhiasan wanita. Kecantikan mmg tidak dapat dipisahkan dengan wanita, begitu juga dgn diri ana. Memang tidak dapat dinafikan bahawa naluri wanita itu suka akan kelihatan cantik dan menawan sepanjang masa. Tetapi harus diingatkan sebagai muslimah, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam berhias mengikut syariat agar tampil sopan dan kemas. Antara aspek yang ana tekankan adalah pemakaian wangi-wangian dan aurat wanita itu sendiri. Alhamdulillah kebanyakkan ahli usrah ana memberi respon pada usrah kali ini, pelbagai soalan yang diajukan. Ana harapkan ahli usrah ana sedikit sebanyak dapat menimba ilmu agama walaupun diri ana seorang insan yang masih kerdil dalam agama, insyaallah ana akan berusaha memperbaiki diri ana sendiri kerana telinga ana lebih dekat dengan mulut, semoga apa yang dipelajari hari ini dapat diamalkan buat sahabat usrah ana dan diri ana sendiri.

Pertemuan usrah diakhiri dengan tasbih kafarah dan juga surah Al-Asr dan segera menunaikan solat isyak berjemaah.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails