Sunday, April 3, 2016

PENGETUA LEGEND

Pada tanggal 1 April 2016 berakhirlah amanah yang telah dipikul oleh Tuan Haji Omar Bin Bakar selaku ayahanda pengetua Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA) selama 16 tahun .Beliau seorang insan yang banyak menabur bakti bagi kecemerlangan SARJANA. Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang dikecapi serta suka duka yang diharungi bersama untuk membangunkan sekolah tercinta ini.Segala usaha Tuan Haji Omar bin Bakar amatlah kami hargai. 

Mula-mula posting SARJANA, memang cuak jugak dengan Cikgu Omar. Bayangkan, sejak saya berada di bangku sekolah dah biasa mendengar beliau. Saya mula melapor diri sebagai guru di SARJANA pada tahun 2014. Pertama kali saya berjumpa dengan beliau secara face to face.Dari segi perwatakan, beliau seorang yang tegas tetapi mendidik. Secara peribadi, saya sangat selesa bekerja dengan beliau. Terasa seperti " Ayah & Anak". Muka garang tapi dalam hati ada taman. Sepanjang berurusan dengan beliau, tak pernah lagi bajet yang saya minta ditolak. Setuju ajeee....itu yang best kerana beliau yakin dengan kemampuan diri kita. Kalau kena tegur. biasalah tu. Anggap ia sebagai teguran untuk mematangkan kita sebagai guru muda yang baru mengenali dunia pendidikan. Insyaallah, saya akan realisasikan majalah sekolah SARJANA tahun ini.


Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baru. Kalau ada rezeki, bawalah saya pindah ke SIS juga...opppss. 



 Seperti "Ayah & Anak"

Ayahanda mantan pengetua, Cikgu Omar

 Langkah bagai seorang pahlawan

Senyuman beliau paling mahal 



1 comment:

anaid_amsirak said...

inilah pengetua yang paling saya sayang.. walaupun saya hanya baru mengenalinya setahun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails