Alhamdulillah biarpun cuti hanya 3 hari, saya sempat bertemu
beberapa orang sahabat dan ketemu adik-adik sefikrah dan seperjuangan. Bertanya
khabar sesama sendiri.Melihat ketekunan mereka melaksanakan program itu dan
ini, mengingatkan saya akan zaman memegang taklifan suatu ketika dahulu.
Bermacam-macam perkara yang saya pelajari.
“Kak Aisyah, saya teringin nak jadi macam akak.” Ujar salah
seorang adik.
“Aik…?? Kenapa nak jadi macam akak pula?” soalku.
“Saya tengok Kak Aisyah ni selalu ceria, gembira dan macam
tak de masalah. Senyum sokmo. Lepas tu macam mana akak boleh buat banyak kerja
dalam satu masa?”
Pada ketika itu agak berat untuk saya memberikan jawapan.
Mungkin tiada skema jawapan kot. Mungkin. Hmm…
Sedarlah, dunia ini tempat ujian, maka hati memerlukan visi
yang jelas untuk menuntunnya sampai penghujung usia. Memiliki visi yang jelas
dan terang membolehkan hati menzahirkan peradaban yang utuh bagi menggambarkan
jiwa seseorang.
Saya juga merupakan seorang manusia yang lemah dan masih
banyak perkara yang perlu dipelajari. Saya selalu meletakkan bahawa saya mampu
melakukan biarpun tidak tahu. Yang penting kena cuba dan rajin sahaja.
Nabi saw juga bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah
menyukai seorang hamba yang melakukan kerja dengan tekun.”
Tekun di sini bererti teliti, cermat, berkualiti, terancang
dan rapi. Kerja pula merangkumi segala aspek, sama ada kerja dunia, mahupun
ibadah khusus seperti solat dan puasa. Agama Islam menuntut penganutnya rajin
bekerja, sentiasa berusaha dengan tidak mengabaikan amalan fardhu. Islam
membenci manusia yang pemalas dan memberikan sejuta alasan untuk berkhidmat.
Insyaallah, dengan belajar dan bekerja dengan tekun, natijahnya adalah
kejayaan.
Pelajaran yang cemerlang dan profesion yang mantap mampu
menjadikan muslim itu lebih baik. Dengan adanya generasi Mukmin yang
membudayakan kesungguhan dan kegigihan ini, maka zahirlah wajah Islam yang
indah dan teguh. Inilah visi untuk hati yang harus direalisasi.
Akhir kalam, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan
tahniah dan takziah buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam memegang taklifan
pada sesi kali ini. Semoga kita semua dapat menjadi sebuah pasukan yang menjadi
ikon dalam bergerak kerja.
3 comments:
Assalamu`alaikum.... visit to :
http://www.salafyciampeabogor.blogspot.com
baarakallahu fiikum
Assalamu`alaikum.... visit to :
http://www.salafyciampeabogor.blogspot.com
baarakallahu fiikum
Assalamu`alaikum.... visit to :
http://www.salafyciampeabogor.blogspot.com
baarakallahu fiikum
Post a Comment