Assalamualaikum wbt.
Sudah lama tidak menulis di sini. Dah bersawang pun blog ni.
Sejak akhir-akhir ini, saya agak jarang menjengah blog. Baik blog sendiri,
mahupun blog sahabat-sahabat lain. Mungkin kerana Facebook lebih mendapat
sambutan, lebih mudah dan lebih cepat & banyak update. Mungkin. Saya pun, bukanlah selalu punya 'masa lebih'
untuk melayan alam maya (konon). Setiap masa yang ada, terisi dengan tuntutan
tersendiri. Ya Allah, berkatilah setiap detik masa ada ini, agar tidak sia-sia.
Alhamdulillah, diberi kesempatan masa menulis. Maklumlah
hari ini bos tiada di pejabat. Outstation..hehe. Mengambil peluang yang ada ini
untuk mencoret sesuatu.
Sebenarnya saya dah lama start cuti sejak bulan Oktober yang lepas. Tapi dalam kamus hidup saya tiada istilah cuti. Lepas habis praktikal terus masuk kerja. Orang famous memang sentiasa menjadi rebutan. (Perasan…). Seperti biasa jadual pejabat masuk 8.00 pagi habis kerja jam 5.00 petang. Yang paling seronok rakan sekerja saya adalah sahabat-sahabat JMK. Waduh, kami dah kenal sejak semester 1 lagi. Boleh dikatakan kami agak rapat, biarpun selalu je bergaduh. Teettt…!! Yang paling gembira result praktikal kami semua dapat 4.00 flat. Syukur sangat.

Bagi yang mengenali diri saya, mungkin mereka tahu bagaimana
sikap dan tingkah laku saya. Hahaha… biarpun saya ini boleh dianggap paling
muda (perasan lagi, yelah…dorang semua lahir tahun 1989 tapi saya 1990), saya
akan cuba mencari sesuatu perkara atau idea yang best agar hari-hari yang kami
lalui di UPSI ini menarik. Ada sahaja
cadangan idea yang saya lontarkan.
Kali ini saya cadangkan kawan-kawan untuk berniaga. Tak
perlu modal besar pun. Kalau perasan di facebook saya, saya ada upload
gambar-gambar felt craft. Sebenarnya saya tak sangka saya ni amat berbakat
dalam bidang jahitan rupanya… (Perasan lagi…lalala). Kami share duit beli
barang-barang craft seperti kain felt, benang, butang, fibre, hiasan yang
comel2. Tak sampai pun RM 100 pun modal
yang kami keluarkan. Saya mencari supplier yang jual murah sahaja. Kebanyakkan
barang saya beli online.
Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan, ramai yang tempah
hasil craft kami. Sampai tak menang tangan nak buat. Tapi saya akan stop
sementara mulai bulan Feb hingga Jun untuk memberi laluan masa menghabiskan
semester terakhir saya di UPSI. Insyaallah saya akan teruskan jahitan craft sementara
menunggu posting or sambung master. Doakan saya ye.
No comments:
Post a Comment