“Aisyah, bila hang nak
kahwin? Geng-geng kau semua dah kahwin cuma ko je yang belum lagi”.
Tersentap aku mendengar pertanyaan sedemikian. Tup, tup dapat soalan direct tanpa berkias dan muqaddimah. Aku cuba bersifat cool dan tersenyum.
“ Kan Aisyah tengah sambung study ni. Mungkin belum sampai masa lagi. Ko tak payah risau, nanti bila Aisyah dah sedia, I will invite you ok.”

“ Nak sedia apa ke benda? Ko sendiri yang tak pernah usaha
dan mencari pasangan. Asyik duk sibuk dengan program, bisnes, study. Takkan
sorang pun ko tak berkenan? Ko pun dah sambung master, tak bimbang ke kalo
orang lelaki di luar sana takut nak lamar ko?”
Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku tidak seperti
kebanyakkan wanita. Mudah cair dan hanyut dengan ayat-ayat cinta yang dilafaz
penuh romantis dari Sang Arjuna. Masing-masing punyai pendirian dan pendapat
tersendiri tentang jodoh dan perkahwinan.
Perkahwinan adalah dua ikatan dua individu berbeza. Berbeza
latar belakang, pendidikan, emosi, cara berfikir, cara bertindak, hubungan
kekeluargaan, status ekonomi dan lain lain. Cabaran terbesar perkahwinan adalah
menangani perbezaan yang selalu menyebabkan konflik. Jadi cara untuk
menyelesaikannya adalah :
1. Rapatkan jurang perbezaan
2. Sentiasa berbincang
3. Bertolak ansur menerima kekurangan masing masing
Kau kahwin dengan budak *ehemehem* atau bukan *ehemehem* sama je perbezaan di atas yang kau akan hadapi. Tapi kalau kau kahwin dengan yang bukan *ehemehem* tambah satu lagi perbezaan yang kau kena selesaikan....iaitu perbezaan fikrah."

Semasa aku masih dalam pengajian degree pernah juga
ditempatkan dengan orang roommate yang berlainan fikrah. Ya Allah, betapa tidak
serasi dan tidak selesa. Biarpun kami tidak pernah bermasam muka dan bertengkar.
Masing- masing membawa diri. Bukan aku tidak pernah mengajak dia keluar
bersama, aktiviti bersama, study bersama tetapi zup dan aura belum hadir. Aku
cuba bayangkan seandainya bila mana aku sudah berkahwin nanti, pasangan yang
bagaimana aku inginkan? Adakah aku dapat menerima dia sepenuh jiwa sekiranya
diantara kami sendiri ada perbezaan fikrah?
Jika saat ini kita masih sendiri, itu bukan bererti JODOH terlambat
datang, tapi waktunya saja yg belum tiba buatmu menemukan dirinya pasangan
tulang rusukmu. Usah risau dgn sendirimu, usah bertanya-tanya yang hanya
membuatmu kian gusar & gelisah.
Tapi sebaiknya, cubalah terus perBAIKI diri, bergaul dgn
orang² BAIK & SOLEH/AH, jangan lupa JAGA prasangka & niatmu utk
menemukannya krn dari sanalah sesungguhnya akan mendekatkan dirimu pd apa yang
kita cari, kita inginkan & kita harapkan.