Assalamualaikum wbt.
Terasa lama tidak berkongsi sesuatu di blog ini. Entah
mengapa sejak akhir-akhir ini saya begitu tertarik melihat anak-anak kecil
terutama anak murid ummi saya di PASTI. Saya juga pernah berpengalaman mengajar
anak-anak PASTI setelah menamatkan pengajian peringkat matrikulasi sebelum
mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan.
Sejuk hati ini melihat kerenah mereka. Sedari kecil telah didik dengan erti jihad
dan perjuangan. Tiba-tiba perasaan memiliki anak-anak seperti itu menerpa ke
dalam diri. Bercita-cita mempunyai anak-anak yang diberi tarbiyatul aulad.
Sangat menarik bila kita mengambil contoh nyata dari
aplikasi Sang syahid Dr Abdullah Azzam bagaimana beliau cuba menjauhkan
anak-anaknya dari cinta dunia yang menjadi punca utama kemalapan api jihad.
Dalam wasiatnya beliau menyeru :
Wahai kaum wanita!
Jauhilah kehidupan mewah dan megah kerana kemewahan itu
musuh disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak
terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan primer. Binalah anak-anak
kalian untuk menjadi orang yang berani dan siap berjihad. Tanamkanlah jiwa
anak-anak kalian cinta jihad dan perjuangan. Hiduplah dengan penuh perhatian
terhadap masalah kaum muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam sepekan
hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan
sekerat roti kering dan beberapa teguk air.
Wahai anak-anak!
Jauhkanlah diri kalian dari bualan lagu-lagu dan muzik-muzik
orang-orang pengumbar nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari kasur orang-orang
yang hidup bermewah-mewahan.
Seruan ini sangat relevan dan boleh diaplikasikan. Ini semua
bergantung dan terpulang kepada ibubapa yang benar-benar serius dan benar-benar
cintakan perjuangan ini. Ia hanya boleh diaplikasikan oleh mereka yang mengerti
benar bahawa kecenderungan kepada duniawi hanya menyeret jiwa-jiwa manusia yang
mudah tertipu dengannya agar melupakan kewajipan besar yang menunggu.
Apabila bibit-bibit jihad telah menyerap ke dalam jiwa
anak-anak, kita mengharapkan semoga Allah SWT terus membuka hati dan ruang yang
luas kepada mereka untuk berjuang bagi mengembalikan izzah Islam dan umatnya.
Disamping itu perlu ditekankan bahawa jihad dakwah ini
mestilah beriringan dengan islah diri sendiri dengan mengambil semangat dari
kata-kata, “Perbaiki diri kamu dan serulah orang lain.”
No comments:
Post a Comment