Assalamualaikum wbt.
Sudah 17 Ramadhan,its Nuzul Quran.
Al-Quran adalah Kitab Allah (Kitabullah). Al-Quran
mengandungi wahyu atau ayat-ayat Allah yang diturunkan secara langsung oleh Allah
melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w
Oleh itu Al-Quran tidak boleh disamakan dengan kitab-kitab
yang lain. Membaca Al-Quran adalah satu amalan ibadah yang sangat utama. Orang
yang membaca Al-Quran hendaklah mengamalkan adab-adab membaca Al-Quran supaya
dapat mengambil manfaat sebanyak mungkin daripada pembacaannya.
Begitu tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Quran di sisi
Allah sehingga Allah menyebut orang yang membaca Al-Quran itu di dalam ayat
yang sama dengan orang yang mengerjakan solat dan menginfakkan (mendermakan)
harta. Orang yang membaca Al-Quran berserta dengan adab-adabnya akan
disempurnakan pahala dan ditambahkan kurnia oleh Allah.
Rasulullah bersabda:
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
“Sebaik-baik orang di antara kamu ialah orang yang belajar
Al-Quran dan mengajarkannya.”
Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu bahawa beliau berkata: “Saya
mendengar Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berkata:
اقرؤا القرآن فانه يأتى يوم القيامة شفيعا لاصحابه
“Bacalah olehmu sekalian akan Al-Quran, kerana sesungguhnya
Al-Quran itu akan menjadi penolong bagi para pembacanya pada Hari Kiamat.”
Jatuh cinta dengan orang yang jatuh cinta dengan ALQURAN.
Kecintaan pada AlQuran adalah kecintaan kepada Agama. Kecintaan kepada Agama
adalah kecintaan kepada Allah. Dan sungguh, kecintaan kepada Allah adalah
segala-galanya.
Sejuk mata melihat pelajar-pelajar membawa dan membaca Al-Quran ke hulu ke hilir,
mengimarahkan bulan berkah dengan bacaan Al Quran.
Alhamdulillah, biah sebegini ini ada di sekolah saya.
Salam Ramadhan Kareem.
No comments:
Post a Comment