Sunday, March 20, 2011

ZIARAH


Salam buat pengunjung-pengunjung blog ini. Seperti biasa ruang masa hujung minggu ini diisi dengan aktiviti sendiri dan sememangnya Aisyah tidak lekat berada di rumah pada hari Sabtu dan Ahad. Ada sahaja aktiviti yang hendak dibuat. Menziarahi rumah sewa kakak-kakak senior yang kini sedang berpraktikum seusai sahaja tamat seminar bersama masyarakat sekitar Hulu Selangor. Melihat mereka tengah sibuk menyemak kertas-kertas ujian bulanan. Tambahan pula, esok sesi persekolahan bakal bermula setelah hampir seminggu mereka bercuti sekolah. Sempat juga Aisyah dijamu makan buah durian bersama. Memang seronok kalau makan buah durian secara beramai-ramai. Tiba-tiba terasa rindu apabila terkenangkan seawal usia berada di bumi murabbi ini. Kakak-kakak senior lah tempat kita bermanja, meluahkan masalah, rehlah bersama, usrah, talaqi,bercerita dan sebagainya. Tidak putus-putus nasihat yang diberikan buat kami di sini. Kini, kita pula bakal melakukan perkara yang sama buat adik-adik biarpun Aisyah masih merangkak-rangkak untuk membiasakan diri. Mungkin kerana suasana tidak sama seperti dulu. Apa-apa pun hidup ini perlu memberi.

Wallahu 'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails