Sedang asyik menyiapkan assignment, tiba-tiba Aisyah menerima panggilan telefon. Nombor yang tertera pada skrin handset macam pelik sahaja. Sangkaan awalnya mungkin ada pelajar sakit atau pintu rumah mereka terkunci ataupun ada pelajar yang kena histeria. Sudah menjadi kebiasaan time lewat malam sebegini menerima panggilan. Tapi memandangkan nombor yang membuat panggilan itu bukan dari Malaysia, rasa was-was nak jawab. Getus hati, lebih baik guna loudspeaker sebagai langkah berjaga-jaga. Banyak kes yang pelik-pelik berlaku apabila menjawab panggilan telefon nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum, Aisyah bercakap. Ni siapa ye?”
“Waalaikumussalam, saya Yusuf.” Suaranya agak bergetar, loghat pun memang sah bukan orang Malaysia.
“Yusuf? Maaf saya tak kenal. Awak ni salah nombor.” Jawabku, nada agak sedikit tinggi.
“Cikgu tidak kenal saya ke? Yusuf dari Kemboja. Pelajar cikgu.” balasnya
“Ermm..astaghfirullahalazim. Cikgu hampir terlupa pasal kamu semua. Apa khabar? Ali besar, Ali kecil dan Asari macam mana sekarang?” hampir 3 bulan mereka kembali ke Kemboja. Teringat pula kenangan sewaktu mengajar mereka dulu.
“ Cikgu akan datang ke Kemboja pada 31 Mac ini?” soal Yusuf kembali
“Ooo..cikgu minta maaf kerana tidak dapat ke sana. Cikgu ada kelas dan peperiksaan. Dato’ (Canselor UPSI) dan kawan-kawan cikgu akan ke sana.” Jelasku
“Maksudnya cikgu tidak mahu datang ke kampung kami? Kami rindu pada cikgu. Kami mahu jumpa cikgu. Ali kecil sangat rindu pada cikgu tapi dia malu nak cakap.” (agak geli sedikit bila dengar ayat tu biarpun dengan loghat bahasa mereka)
“Bukan cikgu tidak mahu ke sana tetapi cikgu betul-betul tidak dapat ke sana kerana ada urusan lain.” Sukar untuk menjelaskan kepada mereka hanya pegawai sahaja yang akan berangkat ke sana untuk melihat tapak pembinaan sekolah yang akan dibangunkan oleh pihak UPSI bagi membantu taraf pendidikan di negara sana. Aisyah Cuma sebagai tenaga pengajar bukan pegawai. Tambahan pula, musim imtihan semakin hampir.
“ Yusuf dan Ali dah makan ke?” soalku seolah bercakap dengan pelajar sekolah rendah. Soalan yang dikemukan kepada mereka mesti soalan yang mudah dan senang kerana mereka baru sahaja mempelajari bahasa Melayu. Pengalaman mengajar di PASTI banyak membantuku untuk berkomunikasi dan cara seorang guru melayani kerenah pelajarnya.
Gagang telefon bertukar tangan. Lepas seorang-seorang daripada mereka ingin bercakap denganku. Pada masa itu, Aisyah kekeringan idea untuk bersembang dengan mereka. Jauh di lubuk hati, amboi rancak juga mereka berbual di dalam telefon, tapi dalam kelas pendiam. Tambah2 lagi bila suruh jawab soalan kat depan kelas. Pemalu bebenor (terutama Ali kecil).. Ish3.
Sekian
No comments:
Post a Comment