Banyak juga buku yang dibeli sepanjang pesta buku. Maklumlah semua buku dapat diskaun. Memang berbaloi-baloi. Selain itu, dalam sibuk-sibuk berprogram sempat juga jadi ‘ummi’ sementara kepada Mohd Danish Fakrullah,1 tahun yang merupakan anak kepada salah seorang kumpulan Rabbani, Ustaz Zulkifli atau Abg Jo selama 5 hari kerana ayahnya ada show di tempat lain. Satu pengalaman yang baru menjaga anak kecil. Danish memang manja dan mudah untuk dijaga. Tiba-tiba terasa teringin nak kahwin cepat dan ada anak sendiri. Apa-apa pun kena fokus pada study terlebih dahulu. Hehe.
Si kecil Danish yang manja
Melayan keletah Danish. Comel
Panduan persediaan awal bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah~
Memandangkan Aisyah ini memang peminat lagu-lagu nasyid, selaku pihak pengajur(JMK)kami telah menjemput artis-artis nasyid tempatan bagi memeriahkan lagi suasana pesta buku kami. Seronok juga dapat dengar lagu-lagu nasyid kegemaran Aisyah secara live. Tiba-tiba hati ini terasa sayu apabila teringatkan arwah Ustaz Asri kumpulan Rabbani. Lagu-lagu yang dinyanyi oleh arwah masih tergiang-giang di telinga. Pada malam tersebut kumpulan Rabbani mempersembahkan sebanyak 4 buah lagu. Lagu yang cukup memberi kesan adalah ‘Mana milik kita’ sedangkan lagu tersebut sudah banyak kali Aisyah dengar, tapi entah mengapa pada malam itu Aisyah berasa cukup sedih apabila menghayati bait-bait liriknya. Ahli kumpulan Rabbani juga berasa demikian, mereka menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.
Ustaz Akhil Hayy juga turut hadir bersama isterinya, Pn Waheeda. Sempat juga Aisyah berbual-bual dengan Waheeda Wasini. Maklumlah apabila orang suka bercakap bertemu dengan orang yang suka bercakap memang susah nak berhenti. Hehe. Pada majis penutupan, kumpulan nasyid Far-East turut hadir membuat persembahan. Hati Aisyah bertambah syahdu lagi apabila mendengar lagu ‘Menanti di Barzakh’ dan juga ‘Saat Lafaz Sakinah’. Kedua-dua lagu tersebut adalah kegemaran Aisyah juga.
Selaku penyelaras unit Penajaan program Pesta Buku dan Informasi, Aisyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak penaja kerana sudi menaja artis dan juga buku-buku untuk program kali ini. Tidak banyak gambar untuk dikongsi bersama pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah.
No comments:
Post a Comment