Tuesday, March 29, 2011

TAIP JE

Assalamualaikum wbt

Hari ini Aisyah bersemangat datang awal ke kuliah Muamalat Islam (salah satu subjek Pengayaan Diri yang melibatkan jam kredit). Kelas bermula pada jam 5-7 petang. Tiba sejam lebih awal kerana kumpulan Aisyah akan buat pembentangan tajuk tugasan kami iaitu ‘Kad Kredit dalam Perbankan Islam’. Bukan tidak sabar nak buat pembentangan tetapi tak sabar nak habis cepat. Seperti biasa sebelum buat pembentangan kita kena bersedia terlebih dahulu. Rujuk bahan bacaan yang bersesuaian dan buat sedikit catatan. Maklumlah Aisyah antara satu-satunya pelajar Pendidikan Matematik yang ambil subjek tersebut. Kebanyakkan cousemate Aisyah terdiri daripada jurusan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Mereka telah mempelajari subjek ini dalam kursus major sebelum ini. So, sedikit sebanyak mereka mudah fahami berbanding Aisyah yang baru bermula dari sifar berkaitan muamalat. Kan seronok kalau subjek ini ‘Muamalat dan Munakahat dalam Islam’, kedua-duanya digabung sekali. Hehe

Aisyah pun hairan kenapa kelas nampak kosong sahaja. Pelik. Selalunya geng ustazah-ustazah sampai awal daripada Aisyah tapi sekarang sudah lewat 15 minit Aisyah tunggu, kenapa mereka tidak muncul-muncul lagi. Entah-entah kelas pada hari ini dibatalkan (tapi kenapa tiada seorang pun maklumkan pada Aisyah…huhu). Sudahlah kelas ini jauh daripada kolej kediaman kerana terletak di Proton City, bersebelahan dengan kilang Proton. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lebih malang lagi, hampir setengah jam Aisyah menunggu bas kat bus stop KUO tu seorang diri, dibawah pancaran matahari petang yang sangat terik. Demi menuntut ilmu, Aisyah gagahi juga, (ecece….hehe).

Aisyah pun call salah seorang daripada mereka, rupanya memang kelas pada hari tersebut batal. Huhu. Terpaksalah Aisyah berpatah balik dan menunggu bas semula. (lain kali kena ambil lesen awal-awal, senang untuk bergerak ke sana ke sini, tidak perlu menunggu bas yang selalu menyebabkan kita sering kelewatan tiba ke kuliah)

Sebut tentang pembentangan, tiba-tiba Aisyah teringat salah satu kumpulan yang pernah buat pembentangan dalam subjek EDU Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar pada semester lepas. Pembentangan kumpulan dan slide yang disediakan oleh mereka agak bagus. Entah mengapa mata Aisyah ni rasa runsing sahaja melihat salah seorang ahli kumpulan mereka (merujuk kepada pelajar lelaki). Pemakaian dah kemas, baju gosok, kasut dah kilat tapi gaya rambutnya seolah-olah macam tidak ada sikat sehinggakan menutup mata dan telinga. Korean style kot (getus hati). Kalau ikutkan hati, rasa macam nak gunting je rambut dia tu. Menyalahi etika peraturan sebagai bakal guru. Tidak salah sekiranya ingin berfesyen tapi biarlah bertempat. Nasib baiklah pensyarah menegur dan menyuruhnya agar mematuhi peraturan.


Fesyen rambut terkini. Nampak serabai je~ ish3

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu(time sekolah rendah), Aisyah mempunyai 3 orang adik lelaki. Tetapi masa itu, cuma 2 orang adik lelaki sahaja bersekolah, yang seorang lagi masih bayi. Ummi yang selalu gunting rambut mereka tapi guna mesin rambut. (Jimat kerana tidak perlu pergi ke kedai gunting). Biasalah, kalo guna mesin rambut, hampir keseluruhan kepala nampak botak. Kedua-dua adik lelaki Aisyah ni selalu merajuk, malu nak pergi sekolah.

“Kenapa ummi mesin rambut Yusri macam ni? Mesti kawan-kawan panggil Yusri dogol.” rajuk Yusri. (Kelakar sangat, kerana dia antara yang paling berisi dalam family tapi suka merajuk)

“Yusri nak tahu tak, budak-budak yang belajar kat sekolah tahfiz tu semuanya botak-botak belaka. Sebab itu mereka senang nak hafal Al-quran. Kalau rambut botak, ilmu senang nak masuk dalam kepala. Bila cikgu ajar kat kelas, lagi mudah Yusri senang nak faham tau. Mesti Yusri sentiasa dapat nombor satu.” pujuk ummi kerana pada ketika itu Yusri memang bercita-cita nak masuk sekolah tahfiz.

“ Yeke ummi? Kalo macam tu Yusri tak kisah rambut botak asalkan Yusri dapat nombor satu peperiksaan penggal akhir tahun. Nanti boleh dapat hadiah.” Riak wajahnya kembali ceria. ( Alhamdulillah, masa sekolah rendah Yusri sentiasa dapat nombor satu dan nombor depan-depan)

Kan comel bila kelihatan begini~

Pandai sungguh ummi memujuk dan menggunakan contoh teori yang berkesan kepada adik laki Aisyah.

“ Haah, betul tu. Yusri tak payah guna syampoo dan gel rambut. Kan senang? Lagi handsome kalau Yusri pakai songkok je pergi sekolah” tambahku lagi.

Ini kisah 10 tahun yang lalu. Ummi sebenarnya ingin anak-anaknya kelihatan kemas ke sekolah. Tambahan pula agar mereka sentiasa berasa selesa kerana di sekolah mereka selalu berpeluh dan panas.

P/s: Sekiranya sudah bergelar guru kelak, Aisyah pasti akan ikut cara ummi. Tiada lagi salon di bilik pengetua dan guru disiplin sebagai barber.

Entry kali ini, Aisyah taip je, membiarkan jari-jemari menaip semata-mata. Maka terhasil cerita di atas...

Sekian.

1 comment:

azwa amani said...

rimas tengok rambut gitu.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails