Saturday, June 11, 2011

CERITA TENTANG KAMI JMK

Keluarga JMK 10/11

Aisyah tidak mahu membuka ruang kenangan, kerana ia pastinya menyebabkan air hangat bertakung dalam kolam hati. Lama-kelamaan, ianya akan pecah dan limpah dan menghanyutkan diri ini ke dalam arus kerinduan. Tapi Aisyah nak tulis juga dalam blog ini.

Selama setahun mengharungi pelbagai tranformasi, revolusi, bertukar tampuk kepimpinan bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Ya, pahit dan manis itu ada. Namun segalanya dapat kami tempuhi bersama kerana Allah menyatukan hati-hati kita. Biarpun pelbagai prasangka, tuduhan dan sindiran terpalit, segalanya tidak diendahkan. Kami sangat tabah!

Wajah sahabat-sahabat JMK akan sentiasa terus mekar dalam ingatan Aisyah. Aisyah pasti rindu akan tawa riang, usik-megusik, sakat-menyakat setiap kali menjejak kaki ke bilik JMK.Setiap kali Aisyah lalu di hadapan bilik JMK, Aisyah pasti terbayang wajah kalian. Terima kasih kerana sentiasa buat Aisyah ceria, memberi sokongan dan pujuk diri ini setiap kali Aisyah merajuk. Tidak lupa juga gelaran ‘Datin’ yang diberi…hehe.


Buat YDP Abg Isam anda sangat cool dan serius dalam bekerja. Andalah orang yang selalu menyakat saya. Anda sangat terbuka dan baik hati. Anda akan berusaha menjaga kebajikan kami. Anda sangat bijak dalam membuat tindakan. Kita berdua memang serasi dalam bab-bab mengutuk XXXX tu ketika dia buat masalah!!! (tak baik, tak baik) Pandang mata ke atas, letak tangan ke bahu.Terima kasih Abg Isam.

Abg Wak pula umpama penyejuk keadaan. Pandai mengambil hati dan mengembalikan mood kami semula di kala konflik mendatang. Buat Kak Onechan, akak seorang NYDP yang mempunyai motivasi diri yang cukup kuat. Sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Aisyah. Makasih kak Onechan dan selamat pengantin baru.

Buat Kak Jah dan Abg Abu, anda sangat bersifat terbuka dan baik hati walaupun kami sangat suka menggosipkan kalian berdua setiap kali meeting …haha. Tiba-tiba teringat judul buku “Alahai Jijah, Abang Abu bagi dua cendol ” kat KLCC tempoh hari.

Menteri kewangan yang paling efisyen Kak Lyn dan Kak Ilya. Kerja kalian berdua sangat perfect! Bagi Aisyah, kalian ada style tersendiri. Aisyah akan merindui kalian berdua. Selamat menjalani praktikal.

Buat Fatin, susah senang sama-sama. Anda banyak membantu. Sukar dipisahkan ikatan ini. Fatin selalu ada untuk Aisyah. Fatin selalu memahami Aisyah. Fatin seorang roommate yang best!

Buat Dato’ Francis (partner dengan Datin Aisyah…olok-olok saja). Anda seorang sangat sporting dan selalu memberi idea yang bernas. Anda banyak menyelesaikan konflik-konflik dan masalah rakan-rakan seperjuangan. Anda tidak pernah meninggalkan kami dalam keadaan terkontang-kanting.

Buat Pak Din, Fizan ,Abg Riey dan Mirul, saya sangat suka bekerja dengan kalian. Kalian sentiasa nampak tenang biarpun dalam keadaan penat. Selalu merasionalkan kembali setiap perkara yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dan bijak dalam membuat keputusan. Terima kasih kerana kalian selalu pinjamkan motor untuk saya pergi ke kedai….hehe. Saya tidak sangka dapat berjumpa orang sebaik kalian. Makasih sekali lagi.

Buat Awen, Shirah, Sue, dan Lian. Anda semua ibarat adik-adik Kak Aisyah. Kita sentiasa berkongsi cerita dan sentiasa bergurau senda. Terima kasih atas segala kenangan. Kak Aisyah sangat menyanyangi kalian semua….muawhhhh!!!

Kak Mariyah seorang kakak yang bersifat keibuan. Selalu masak untuk kami. Selalu membebel macam mak cik. Sesungguhnya bebelan itu adalah hiburan kita semua..hehe. Tidak lupa juga buat Wawa, anda seorang yang lucu dan sentiasa nampak tenang. Anda tidak pernah melemahkan semangat kami semua.

Buat Abg Atau, anda memang seorang kaunselor yang baik. Saya sangat suka dengan pandangan dan pendapat anda. Anda selalu sabar dengan perangai saya. Terima kasih kerana sentiasa bergading bahu dalam mendidik anak buah dan melaksanakan program biro kediaman dengan baik.

Buat Syahril, selamat menerajui keterampilan unggul JMK sidang JMK 11/12. Gunakanlah segala pengalaman sebelum ini sebaik mungkin. Kita dilahirkan sebagai pemimpin dan kita akan memimpin orang lain. All the best, kami akan sokong anda!!

Buat Ika, Aisyah percaya pada kemampuan Ika. Anda seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa. Ketegasan yang ada pada diri adalah kekuatan anda yang tidak mudah mengalah.
Zurin dan Hala, kita masih lagi satu keluarga seperti dulu. Aisyah masih rindu kalian. Kalian memang superb. Terima kasih kerana jadi kawan susah senang. Aisyah selalu ada untuk kalian.

Ahh, Aisyah memang terlalu sayang sangat dengan mereka.Yang selalu ada dalam hidup saya susah dan senang. Tanpa mereka, tentu hidup saya tidak ada indahnya di bumi UPSI ini, tanpa mereka bagaimana saya mampu merasakan manisnya ukhwah kerana ALLAH, dan tanpa mereka siapalah saya. Saya sangat sayang keluarga JMK sidang 10/11.



Mereka keluarga saya




BARAKALLAHU KAK NISAH

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 5 June 2011, hari bahagia bagi salah seorang sahabat seperjuangan JMK 2010/2011, Kak Anisah bersama pasangan yang merupakan mantan JMK sidang 2005/2006 iaitu Cikgu Rusdi. Wah tidak sangka bertemu jodoh dalam kalangan JMK juga! . Barakallahu fik ya ukhti.

Bersama keluarga belah JMK (ada ke..???...hehe)

Selamat Pengantin Baru Kak Nisah, opps..!! lepas ini kami kena panggil Puan Anisah (hehe…bertukar status)

Cuti semester IPTA selama 4 bulan, dan kebetulan pula sekarang ini musim cuti sekolah. Banyak undangan ke majlis perkahwinan yang Aisyah terima daripada sahabat-sahabat UPSI (asif ye kerana tidak dapat memenuhi semua undangan)

Nak tahu tak? Aisyah rasa cukup bertuah kerana Aisyah yang ambil ukuran baju pengantin Kak Nisah!! ! (sebab Kak Nisah kata Aisyah kan belajar jahitan sem lepas, so kena ambil ukuran baju pengantin untuk akak) Nasib baik muat dan nampak cantik.
Baju pengantin Kak Nisah yang diukur oleh saya (ukur saja, bukan jahit...hihi)

Buat Kak Nisah, selamat melayari bahtera rumah tangga. Doakan semoga kami bertemu jodoh yang soleh.

Menurut hasil perbincangan sesama JMK, kami ingin membuat takwim perkahwinan JMK…haha. Satu cadangan yang baik. Ajk pun dah complete! Hehe…Rasa-rasa macam ramai sahaja kawan-kawan JMK yang dah stimulate nak kahwin dah ni.
Siapa yang bakal menyusul mendirikan rumah tangga antara kami ini...???

Friday, June 3, 2011



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis lagi. Saya pun tidak tahu nak klasifikasikan tajuk entry saya ini sebagai apa, tapi saya hanya membiarkan jari jemari ini menaip dan berfikir.

Semalam, saya sempat berbual dengan rakan seperjuangan JMK, saudara Hafizan. Entah bagaimana kami boleh berbincang pasal topik kewangan terutama gaji yang bakal masuk dalam akaun. Masing-masing menanti gaji pertama yang dijangka masuk pada 10 Jun ini. Alangkah bagus sekiranya gaji masuk awal sekurang-kurangnya ada duit poket untuk ke Pulau Pangkor pada 7-10 Jun ini...hehe (ada kursus di sana)

Semalam keputusan biasiswa KPM juga telah keluar. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya.Hanya beberapa program pendidikan yang ditawarkan biasiswa tersebut. Hati sedikit cemburu. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu membayar balik pinjaman duit PTPTN yang berpuluh-puluh ribu.

Tidak mengapalah. Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki dan memenuhi segala kecukupan untuk saya dan rakan-rakan yang lain. Mungkin sekarang ini saya sedang diajar oleh-Nya erti sabar, kuat semangat, bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan.


Ummi selalu berpesan supaya kita selalu berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari dan selalu bersangka baik dengan Allah.

Mungkin ini tarbiyyah dari Allah untuk saya supaya saya mengenal erti kehidupan sebenar. Sejak saya bekerja di Canselori dan menjadi guru tuisyen, barulah saya sedar bahawa bukan mudah ibu bapa kita mencari rezeki. Tambahan pula saya berasal dari keluarga yang besar. Abi dan ummi perlu menanggung kami enam beradik yang masih lagi sedang belajar. Tiga antara kami sudah memasuki universiti. Memerlukan kos yang tinggi. Tiga orang lagi masih berada di sekolah menengah.

Ummi juga pernah berkata kepada saya, walaubagaimana payah sekalipun, ummi dan abi mesti usahakan agar anak-anaknya dapat belajar asalkan kami bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Saya hanya mampu menitiskan air mata saat ummi bercerita.


Saya juga selalu berpesan kepada adik-adik saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Hargai jasa ummi dan buatlah ummi dan abi tersenyum bangga melihat kejayaan kita adik-beradik. Jangan sibuk fikir perkara lain, fokus pada study.

Alhamdulillah, kedua-dua orang adik saya yang menuntut di UPM berjaya mendapatkan biasiswa JPA, setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan ummi dan abi.


Sehingga sekarang saya masih lagi tidak jemu mencari lubang-lubang penaja atau biasiswa mahupun bantuan dari mana-mana pihak. Saya akui bahawa persaingan amat tinggi terutama dalam kalangan mahasiswi. Sejujurnya, keperluan sebagai seorang student terlalu banyak dan kini harga barang semakin meningkat. Kos sara hidup juga semakin tinggi.

“Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit”

Kadang-kadang saya letih berfikir tentang duit. Sehinggakan saya menangis sendiri.

Abi bukanlah seorang kakitangan kerajaan yang mempunyai pencen, manakala ummi adalah seorang guru tadika. Berapalah sangat gaji mereka untuk membiayai kami adik-beradik yang semuanya masih lagi belajar. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu meminta duit melainkan di tanya.


Sebagai anak sulung, biarlah saya belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Biarlah saya mendidik diri agar menjadi insan yang tabah. Apa yang penting, saya mahu habiskan pengajian ini tepat pada masanya supaya saya dapat menggembirakan hati kedua ibubapa saya dan juga membalas jasa-jasa dan penat lelah mereka. Saya mahu merealisasikan impian saya sebagai seorang pendidik.

Semoga saya diberi peluang untuk menyenangkan hati mereka. Semoga saya diberi peluang untuk membuat mereka rasa sedikit bangga. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka rasa gaji pertama saya. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka hidup yang lebih selesa. Semoga saya diberi peluang untuk posting di sekolah berhampiran dengan rumah. Semoga saya diberi peluang untuk memberi yang terbaik buat mereka pula.

Semoga Allah memberi peluang pada saya untuk melaksanakan semua itu. Semoga Allah memudahkan jalan ini. Semoga Allah meminjamkan saya sedikit kekuatan-Nya untuk saya meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah merahmati kedua ibubapa saya setiap masa.



Siapa pun anda yang terbaca entri ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua agar setiap langkah dalam hidup saya dipermudahkan dan dirahmati-Nya insyaAllah.

Ingatlah, ketika anda merasakan susah, janganlah mengeluh kerana ada lagi yang lebih susah dari anda. Ketika anda berasa senang, janganlah kufur dan melupai Dia. Segalanya milik Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Semoga saya terus diberi kekuatan.

Wednesday, June 1, 2011

REZEKI

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang untuk kita bernafas dalam jiwa hamba. Juga segala puji bagi-Nya yang sentiasa membuka ruang untuk kita bertaubat di atas segala dosa dan khilaf yang kita lakukan. Cuma kita, yang kadangkala lalai dan sentiasa lalai, dengan melepaskan setiap masa-masa emas yang datang dan kemudian ia pergi takkan pernah kembali lagi walau sesaat.

Sejak Aisyah bekerja sebagai 'Skim Pelajar' dan mengajar tuisyen, laptop and internet are no longer my first passion everytime i'm being home . Kadang-kadang nak update blog pun kurang rajin (ikut mood). Aisyah lebih suka mengisi masa dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah dan memasak (practice dari sekarang…hehe)

Diam tak diam sudah hampir sebulan Aisyah bekerja di Bahagian Sumber Manusia, unit Cuti Belajar (pensyarah2 USPI yang sambung pengajian di luar negara). Sejak bekerja di bahagian ini, tiba-tiba perasaan Aisyah ini stimulate untuk sambung Master ( degree pun belum habis dah berangan nak sambung Master…hehe). Ummi pesan, kita perlu merancang untuk jangka masa panjang, setidak-tidaknya melihat diri kita 5 tahun akan datang. Aisyah bertambah semangat dan bermotivasi melihat pensyarah-pensyarah atau tutor yang bersudah bergelar Doktor Falsafah sebelum mencecah usia 30 tahun. Aisyah perlu berusaha lebih gigih untuk menjadi seperti mereka!

Tempat Aisyah bekerja di Bangunan Canselori UPSI


~Pejabat saya di unit Cuti Belajar~


Rakan-rakan sekerja

Dear my roommate Fatin, thank you for being the most understanding and supportive me which always cheer me up whenever I feel tired. Remind me whenever I forget, make joke for me to laugh. Setiap hari kami berpisah berjam-jam lamanya. Komitmen kami berbeza. Aisyah di Canselori dan Fatin di pejabat KHAR. Belum lagi dengan tuisyen yang hampir setiap malam. Namun perpisahan itu kami rasakan persahabatan semakin erat dan akrab (ecece…mesti Fatin touching bila baca ni, hihi)


My lovely roommate~ Fatin and me

Friday, May 27, 2011

ANAK DIDIK




Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini sekadar berkongsi rasa dan cita seorang pendidik muda yang baru mengenal dunia pendidikan.Langkah permulaan mengajar anak didik di tahap sekolah rendah sebelum melangkah ke dunia pendidikan sekolah menengah. Mudah mudahan menyemarak semangat membina generasi pewaris.

Hari Pertama Mengajar Tuisyen ( 3 minggu yang lepas)

“Baiklah, malam ini Kak Aisyah akan ajar chapter baru iaitu Fraction atau pecahan. Banyak soalan daripada tajuk ini akan keluar dalam UPSR. Sebelum itu, Kak Aisyah mahu Ashraf menjadi imam doa kita hari ini.” kataku sebelum memulakan tuisyen.

Setelah Ashraf selesai membaca doa, kami mengaminkan doanya beramai-ramai. Subhanallah, begitu lancar bacaannya.

“Kak Aisyah tidak pasti berapa kuat pemahaman Ashraf, Firdaus dan Azim dalam chapter ini. Apa-apa pun, chapter ini tidak boleh diambil mudah, kerana hampir separuh soalan peperiksaan memerlukan kecekapan kamu mengendalikan pecahan dan pembahagian. Biasanya soalan menghendaki kamu menyelesaikan improper fraction, proper fraction, mixed fraction, equivalent fraction, simplify the fraction, dan penyataan masalah. Mahu atau tidak, benci atau suka, kamu tidak boleh lari dari chapter ini,” ujarku dengan tegas

“ Sekarang, kamu cuba lihat contoh soalan ini…Ini soalan asas sahaja.” kataku sambil menulis soalan itu dan membacakannya kepada Ashraf, Firdaus dan Azim. “ One over four plus one over five…” aku menulis angka-angka dan symbol-simbol itu lebih besar sebagai tanda bahawa ia amat penting dan patut ditekankan.

Masing-masing di antara mereka sedang tekun melihat angka tersebut. Menanti jawapan.

“Sebelum itu, Kak Aisyah nak beritahu bahawa angka yang berada di atas ini dipanggil numerator manakala angka di bawah ini dipanggil denominator.

“Kak Aisyah mahu kamu semua ikut akak sebut perkataan ini.” kataku sambil mengeja perkataan tersebut. “ Numerator…” aku mengulangi perkataan itu sebanyak tiga kali. Mereka mnyebut beramai-ramai, diikuti pula dengan perkataa ‘Denominator’

“Baiklah, langkah yang pertama sekali kita perlu melihat angka yang berada di bawah atau denominator. Adakah angka kedua-dua ini sama? Aku memandang wajah mereka. Mereka menggeleng-gelengkan kepala..

“Tidak sama bukan? Jadi kita perlu menyamakan nilai angka yang berada di ‘denominator’ ini.

“Hah, Ashraf, Firdaus dan Azim dah hafal sifirkan? soalku

Mereka yang menggeleng-geleng sambil tersengih..

Tiba-tiba diri ini diuluti perasaan seperti tidak percaya. Kebolehan mendarab dan membahagi yang sepatutnya telah dikuasai sepenuhnya apabila berada di Tahun 6. Nampaknya aku perlu berusaha lebih sedikit agar mereka mampu mengikut topic-topik yang terdahulu. Masih sempat lagi sebelum UPSR yang hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi.

Lantas aku memotivasikan diri,sedangkan aku pernah mengajar pelajar Kemboja yang tidak pernah belajar matematik mampu menguasai topik asas dalam tempoh masa 3 bulan. Insyaallah, kali ini anak didik kita pasti mampu asalkan mereka rajin dan bersungguh. Chayok!!!

Ummi berpesan, “Kita perlu mengajar anak orang sebaiknya dengan harapan orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya,”

Aku juga bersyukur kerana diberi peluang untuk mendidik anak-anak yang masih bersih dan suci. Sesungguhnya hati-hati mereka masih lagi terang dan mudah terdidik bukan sahaja dari segi akademik malah nilai-nilai agama Islam. Insyaallah. Itulah tugas sebagai bakal guru.

2 hari lepas

“Kak Aisyah, cikgu kata saya dapat markah paling tinggi dalam subjek Matematik.” Kata Ashraf dengan girangnya sebaik sahaja aku tiba di rumahnya sebelum memulakan tuisyen.

“Alhamdulillah. Pandainya adik akak ni. Kan Kak Aisyah pernah cakap yang Ashraf ni pasti boleh jawab punyer soalan . ( Tip: Kita perlu sentiasa memuji kanak-kanak walaupun sekecil-kecil perkara yang dilakukan agar mereka sentiasa berterusan melakukan kebaikan)

“Hari ini Kak Aisyah nak ajar subjek apa pula?” tanya Ashraf.

“Hmmm..akak ingat nak ajar subjek Sains hari ini supaya Ashraf dapat markah tinggi juga dalam subjek ini.”

Ashraf sedang tekun belajar


Apa yang lucu sangat tu..???

Focus on study~

Friday, May 20, 2011

ZAMAN MATRIKULASI

Assalamualaikum.

Result exam baru sahaja keluar beberapa jam yang lalu (kepada pelajar UPSI sila semak keputusan di mysis). Alhamdulillah, result meningkat sedikit (Anugerah Dekan) berbanding semester lepas walaupun saya akui semester ini saya terlalu sibuk dan sedikit sahaja masa yang saya peruntukkan untuk mengulangkaji (sidang JMK 2010/2011 telah menganjurkan sebanyak 46 buah program).

Entah lah, saya seolah-olah tiada perasaan langsung, gembira tidak sedih pun tidak. (hati ini berkata, kalau dapat keputusan cemerlang bukannya boleh dapat biasiswa…huhu). Fakulti kami tidak menawarkan biasiswa langsung! (alasan yang diberi bahawa kerajaan tidak cukup duit) Kasihan jurusan pendidikan Matematik, Sains, Biology, Kimia dan Fizik kerana terpaksa berhutang dengan PTPTN.

Entry kali ini saya bukannya mahu mencanang cerita result exam saya (tettt….!!!).

Selagi kita masih lagi bergelar mahasiswa atau pelajar, insan-insan yang berada di sekeliling adalah sahabat kita. Kita akan sering bersama dengan mereka tidak kira masa (melainkan sekiranya anda seorang yang suka duduk di dalam bilik sahaja..!!!)


~KMPk batch 2008/2009~

Khas buat sahabat-sahabat di Matrikulasi Perak terutamanya geng ‘AiBiFi’. Itulah singkatan nama geng kami, Aisyah, Bibi dan Fiera. Tidak lupa juga buat Asiah kerana pensyarah (Pn Fad) selalu menggelarkan kami berdua sebagai ‘Air Asia’ yang bermaksud Aisyah dan Asiah. Biarpun masing-masing sudah mempunyai hala tujuan sendiri tetapi masih lagi berhubung dan berchatting. Kami masih lagi setia dan rapat seperti dulu sehinggakan ketua kelas (saudara Lokman) cemburu dengan keakraban kami…hehe. Ah, saya benar-benar rindu dengan mereka.

Geng AiBiFi~ Aisyah, Bibi dan Fiera


Gelaran 'Air Asia' = Aisyah dan Asiah(tengah)


Rindunya…

Rindu kat Bibi (Dietetik di USM)

Rindu kat Asiah (IPG)

Rindu kat Fiera (Perubatan di UMS)

Rindu kat Farah (Perubatan USM)

Peranan kawan sangat mempengaruhi pembentukan diri kita. Cuba lihat dan pandang sekeliling kita. Tengok kanan, tengok kiri. Kemudian bertanya pada diri kita. Siapa sahabat kita selama ini. Setelah itu, tengok diri kita pula. Cerminkan diri kita.

Saya masih ingat lagi pesanan ummi tercinta sewaktu zaman persekolahan dulu.

“Aisyah kalau kita ingin pandai, kita perlu berkawan dengan orang yang pandai. Kalau kita mahu jadi baik, kita perlu cari kawan yang baik.”

Memang benar pesanan ummi. Sifat dan tingkah laku kita banyak dipengaruhi oleh sahabat-sahabat kita.

Sekiranya sahabat-sahabat kita suka study, kita mesti terpengaruh sekali untuk study. Aura mood study telah merebak ke dalam jiwa kita.

Sekiranya sahabat-sahabat kita suka pergi library, kita mesti terpengaruh untuk ikut serta.

Sekiranya sahabat-sahabat kita kaki wayang, kita mesti nak tengok wayang juga.

Sekiranya sahabat-sahabat kita suka shopping, kita pun akan berjangkit untuk pergi shopping.

Sahabat merupakan cerminan kepada diri kita~ Oleh itu, pilihlah sahabat dalam bersahabat.

~Sahabat merupakan cerminan kepada diri kita~

Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Bagi yang pernah belajar di matrikulasi batch 2008/2009, hampir 3 tahun masa itu berlalu. Walaupun hanya setahun di matrikulasi, terlalu banyak kenangan yang terkumpul. Kenangan bersama classmate, roommate, lecturemate. Facebook sangat-sangat membantu menghubungkan kembali kami semua. Pelbagai peristiwa yang mewarnai persahabatan kami sepanjang berada di KMPk.

Ramai yang mengatakan bahawa geng kami ini pelajar skema. Selalu datang awal ke dewan kuliah (cop tempat duduk, sehinggakan tiada seorang pelajar yang berani duduk kat tempat kami). Study kat library setiap malam. Setiap hari wajib buat study group dan siapkan tutorial. Selalu jumpa pensyarah. Suka berpuasa sunat (diet). Beriadah dan berjoging pun rajin juga. Kalau ada pembentangan selalu nak jadi kumpulan pertama yang present.

Tadaaa...!!! eksperimen kami berjaya

Mungkin kisah-kisah ini tidak penting bagi orang lain tetapi ia amat bermakna dan bersejarah bagi mereka-mereka yang terlibat di dalamnya. Semoga semua berjaya di dalam haluan dan bidang-bidang masing!

~Lecturemate saya~

Tuesday, May 10, 2011

BERSEDIAKAH DIRI INI?

Assalamualaikum wbt.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya rajin pula untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Sesekali, melakar kisah dan menulis cerita di dalam monolog sepi memberi kesenangan buat hati kerana kebebasan untuk mencoretkan apa sahaja catatan kehidupan.

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas Allah kirimkan dengan pelbagai berita. Setiap yang Allah hidangkan pastinya disediakan peluang untuk mengaudit diri sendiri (muhasabbah) dan berfikir. Melihat teman-teman yang sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata adakalanya membuat saya terfikir.



Saya menuju kearah wanita yang pernah saya kenali sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Sultan Shah iaitu Amalina (staf UPSI). Rakan sebaya saya yang sudah memiliki seorang cahaya mata sulung yang sungguh comel seawal usia 21 tahun. Kulit bayi itu putih melepak seperti ibunya. Dia melompat-lompat riang di atas riba ibunya. Sesekali dia memanjat ibunya dan menarik-narik tudung rakan saya yang sudah bergelar ibu muda.

“Comelnya anak Ama. Geram Aisyah tengok dia ini” sambil mencubit pipi gebunya. Saya merenung wajah bayi tersebut. Nampak mudah, mesra dan periang bayi itu.

“Kalau nak baby, kahwinlah cepat-cepat” sambut Amalina sambil membetulkan tudungnya yang ditarik oleh bayinya.

“Belum habis belajar lagi.” jawabku. Lantas bayi itu bertukar tangan dan saya meribanya dengan penuh kasih sayang.

Adakalanya saya menjadi takut apabila terfikirkan sesuatu.

Takut untuk melahirkan zuriat di zaman akan datang yang saya tidak tahu bagaimana situasi dan keadaannya. Adakah lebih baik dari sekarang atau sebaliknya? Dengan pengaruh-pengaruh serta anasir-anasir asing yang kian melarat, akhlak dan moral yang semakin miskin dan juga masalah jenayah yang kian meningkat hari demi hari. Adakah saya mampu mentarbiah amanah-amanah yang Allah berikan itu dengan baik dan sempurna mungkin? Adakah saya mampu menjadikan mereka harta saya yang paling berharga di akhirat kelak? (Getus hati, jauhnya berfikir. Kahwin pun belum lagi, dah fikir soal anak)



Ditambah pula dengan karier saya pada masa akan datang yang masih tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya yang sebenar(mungkin jadi pengetua ke? Penolong Kanan ke? Menteri Pelajaran ke?..jauhnya berangan, hehe..cewwahh). Adakah saya punya cukup masa untuk anak-anak? Adakah saya berpeluang melihat setiap perkembangan mereka sepanjang proses mereka membesar? Adakah saya mampu mendidik dan mentarbiah mereka sepertimana ummi dan abi mendidik saya atau mungkin lebih daripada itu? Adakah saya mampu merawat jiwa zahir dan batin anak-anak ketika diperlukan? Oh tidak, saya betul-betul risau.

Rasa takut dan risau itulah yang mendorong diri saya untuk berusaha sebaik mungkin mempercukupkan diri agar bersedia mendidik anak-anak saya dengan sebaik-baik didikan.



Sepertimana apabila bapa Imam Shafie ditanya bagaimana beliau mendidik Imam Shafie sehingga menjadi seorang manusia yang hebat. Beliau menjawab,

"Aku mula mendidiknya sejak 40 tahun sebelum kelahirannya lagi".

Bukankah ini bermaksud, didikan dan pentarbiahan anak bermula daripada diri dan peribadi si ibubapa lagi?

Untuk mendapat zuriat yang baik, diri kita perlu baik terlebih dahulu. Seperti juga jika ingin menanam pokok yang elok, mestilah tanahnya juga elok. Jika tanahnya elok, campaklah apa sahaja biji benih sekalipun maka akan hiduplah benih tersebut menjadi pohon yang subur dan menghijau. Apatah lagi jika benih tadi di siram dengan air yang cukup, dibaja dengan secukupnya dan dijaga dengan penuh rapi, pasti saja pokok itu tampak lebih cantik dan indah.




Jika ditanya sekarang adakah saya sudah bersedia kepada sebuah perkahwinan, Jawapan yang pasti adalah tidak buat masa ini kerana saya masih dalam usaha mempersiapkani. Hingga kini saya masih menganggap selagi usia belum mencecah 23 tahun adalah pra dewasa (terpulang pada individu masing-masing sama ada untuk bersetuju mahupun tidak). Apa yang saya yakini, 'the right time' InsyaAllah akan tiba dan mungkin pada masa itulah tandanya persiapan dan persediaan saya itu sudahpun meyakinkan.

"Usah sibuk mengharap dan berkehendakkan suami yang soleh tetapi sibuklah bina ciri-ciri solehah dalam dirimu terlebih dahulu".

Dan untuk mencari 'the right person' saya mestilah berusaha ke arah untuk menjadi 'the right person' juga. Barulah usaha dan kehendak itu seimbang.

Sekian~

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU

~Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada~

Assalamualiakum wbt.

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang insan yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya sebanyak 3 kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya.

Sempena Hari Ibu ini, Aisyah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia amnya dan yang paling khusus buat ummi tercinta Pn Rushida bt Elias. Aisyah sayang ummi sampai bila-bila…muawwhhh!!

Wajah ummi yang cukup memberi ketenangan pada diri.
P/s: Sebelah itu adik bongsu Aisyah yang paling manja lagi sihat walafiat. Harap maklum.



Selamat Hari Ibu juga buat opah yang dikasihi

Sunday, May 8, 2011

KENANGAN RUMAH JMK 3-5-12

Assalamualaikum.

Entry kedua buat hari ini.

Aisyah berkali-kali ke rak buku dan almari pakaian. Tidak tahu nak kemas yang mana satu dahulu. Akhirnya Aisyah bertelaku di atas kerusi memandang keadaan segenap ruang bilik. Hampir setahun Aisyah tinggal di bilik ini. Terlalu banyak kenangan Aisyah di rumah ini. Begitu juga dengan ahli bait yang terdiri daripada sahabat-sahabat JMK. Hampir setiap hari keadaan sama yang berulang. Namun acapkali juga, niat untuk mengemas terbantut begitu sahaja. Syahdu pula menerpa. Ah, emosi!

Nak kemas yang mana satu dulu???

Aisyah sengaja menguak jendela, membiarkan angin lembut mengelus-elus masuk melalui celah jendela yang terbuka dari aras 5 KHAR. Melihat pemandangan luar yang penuh kehijauan bukit-bukau. Jauh di lubuk hati, tiba-tiba Aisyah terasa ingin mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Penat mengangkut dan memindahkan barang-barang kemudian mengemas semula di rumah baru...fuhh (rasanya mcm sedikit je, tapi bila dikumpulkan..mak oii macam mana barang boleh jadi banyak ni…?? Getus hati, biasalah orang perempuan)

Pemandangan dari jendela bilik, melihat kehijauan bukit.


Aisyah antara yang paling muda dan bongsu di dalam rumah (cewahhhh) Rumah kami mendapat gelaran ‘Rumah Kayangan’ kerana kedudukannya di aras 5 berbanding rumah JMK yang lain di aras 1 sahaja. Nasib baik ada lif.

Kak Mariyah (24) Exco Akademik dan Kerjaya, Kak Jah (23) Setiausaha Agung, Zalikha (22) Exco Latihan Pembangunan Sahsiah, Zurin (22) Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa dan roommate Aisyah sendiri, Fatin (22) Exco Kebajikan. Kak Jah dan Kak Mariyah satu jurusan Pendidikan Khas yang sama, manakala Zalikha, Zurin dan Fatin satu jurusan Bahasa Melayu juga. Cuma Aisyah seorang sahaja yang berbeza. Kasihan, kalau buat assignment terpaksa buat sendiri. Huhu.

Mulai semester hadapan Aisyah tidak tinggal bersama mereka lagi. Kak Mariyah dan Kak Jah bakal berpraktikum di sekolah. Aisyah dan Fatin pula tidak menyambung perkhidmatan sebagai JMK pada sidang hadapan (kami berdua masih setia menjadi roommate lagi sem depan). Tambahan pula semester hadapan Aisyah perlu mengambil kursus-kursus yang agak berat terutama dalam subjek minor. Akhirnya Aisyah sudah mengambil keputusan untuk berada sampai di sidang ini sahaja.

Menjadi mahasiswa yang dianggap senior biarpun baru semester 4, kini Aisyah bakal jadi pelajar tahun 3 semester 5. Cukup pantas masa berlalu. Terlalu banyak kenangan Aisyah di dalam rumah 3-5-12. Ahli rumah yang sentiasa ceria, usik-mengusik, ketawa, makan bersama, masak bersama (siap ada jadual memasak lagi…giliran Aisyah hari Khamis- menu yang selalu disajikan buat ahli rumah tercinta ialah bubur nasi, sup, telur dadar, sambal kicap).
Masing-masing antara kami memahami fiil sendiri. Susah senang bersama. Kalau merajuk pun sekejap saja, kemudian baik semula. Itulah lumrah kehidupan. Sedih pula menerpa di dalam hati. Aisyah begitu bahagia mempunyai keluarga 3-5-12 sebegini. Aisyah pasti rindu akan kalian semua. Muawhhh…!!!

Sekian.



Sebahagian buku yang berada di rak, sebahagian lagi sudah simpan dalam kotak


Ruang solat dan usrah kami


Fuh, penat juga mengemas. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya.


Baju dan buku sudah dimasukkan ke dalam kotak



Banyak betul barang yang perlu dipindahkan. Huhu. Nak pengsan rasanya.

Saturday, May 7, 2011

BUKU TEKS

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah memberikan Aisyah kekuatan dan ruang waktu untuk mengetip papan kekunci laptop untuk berkongsi bersama dengan para pembaca. Terasa sudah seminggu tidak mengupdate blog biarpun cuti semester telah bermula. Sebenarnya Aisyah baru sahaja mengikuti program Peningkatan Penggunaan Buku Teks/Modul KBSM selama 4 hari bermula 3-6 Mei di Dewan Seri Tanjong UPSI.

Program ini banyak memberi pendedahan kepada Aisyah bagaimana hendak menghasilkan buku teks mengikut sukatan mata pelajaran. Memandangkan Aisyah merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik,maka Aisyah lebih tertumpu dalam menghasilkan modul-modul matematik yang bersesuai untuk dimasukkan di dalam buku teks Matematik Tingkatan 1 KBSM.

Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis buku ( bukan penulis novel tetapi penulis buku sekolah..hehe).


Bakal-bakal guru sedang sibuk menghasilkan modul-modul subjek untuk dimasukkan di dalam buku teks.


Sebenarnya buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai sukatan mata pelajaran di dalam sesi P&P. Penulis (merujuk pada guru) buku teks perlu menghasilkan buku yang menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (pelajar UPSI diwajibkan menghafal falsafah pendidikan) yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan buku-buku teks yang dibekalkan sentiasa diperbaharui dan dikemaskini supaya pelajar menerima data dan maklumat yang tepat. Oleh kerana itu program sebegini diadakan bagi mengumpulkan idea-idea baru daripada bakal-bakal guru dan memberi penambahbaikan pada buku teks yang sedia ada. Tiba-tiba Aisyah teringat zaman sekolah dulu apabila melihat buku teks yang pernah digunakan semasa berada di SMASH dan MRSM Pasir Salak (mengimbau nostalgia sewaktu bergelar pelajar sekolah…hehe)

Program ini melibatkan 15 subjek yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Matemati, Sains, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam. Aisyah mewakili subjek Matematik bersama 4 orang lagi rakan sekuliah. Kami dibantu oleh seorang guru pakar yang merupakan guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Putrajaya, Pn Norazura bt Ibrahim. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam pembikinan buku teks selaras dengan sukatan mata pelajaran dan memberi kami tips-tips untuk menjadi Guru Cemerlang dan teknik mengajar yang berkesan.

Sekian.


Kumpulan subjek Matematik
Dari kiri: Syafiq, Izzaty, Elaine, Pn Norazura, Aisyah dan Sofia



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails