Sunday, May 8, 2011

KENANGAN RUMAH JMK 3-5-12

Assalamualaikum.

Entry kedua buat hari ini.

Aisyah berkali-kali ke rak buku dan almari pakaian. Tidak tahu nak kemas yang mana satu dahulu. Akhirnya Aisyah bertelaku di atas kerusi memandang keadaan segenap ruang bilik. Hampir setahun Aisyah tinggal di bilik ini. Terlalu banyak kenangan Aisyah di rumah ini. Begitu juga dengan ahli bait yang terdiri daripada sahabat-sahabat JMK. Hampir setiap hari keadaan sama yang berulang. Namun acapkali juga, niat untuk mengemas terbantut begitu sahaja. Syahdu pula menerpa. Ah, emosi!

Nak kemas yang mana satu dulu???

Aisyah sengaja menguak jendela, membiarkan angin lembut mengelus-elus masuk melalui celah jendela yang terbuka dari aras 5 KHAR. Melihat pemandangan luar yang penuh kehijauan bukit-bukau. Jauh di lubuk hati, tiba-tiba Aisyah terasa ingin mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Penat mengangkut dan memindahkan barang-barang kemudian mengemas semula di rumah baru...fuhh (rasanya mcm sedikit je, tapi bila dikumpulkan..mak oii macam mana barang boleh jadi banyak ni…?? Getus hati, biasalah orang perempuan)

Pemandangan dari jendela bilik, melihat kehijauan bukit.


Aisyah antara yang paling muda dan bongsu di dalam rumah (cewahhhh) Rumah kami mendapat gelaran ‘Rumah Kayangan’ kerana kedudukannya di aras 5 berbanding rumah JMK yang lain di aras 1 sahaja. Nasib baik ada lif.

Kak Mariyah (24) Exco Akademik dan Kerjaya, Kak Jah (23) Setiausaha Agung, Zalikha (22) Exco Latihan Pembangunan Sahsiah, Zurin (22) Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa dan roommate Aisyah sendiri, Fatin (22) Exco Kebajikan. Kak Jah dan Kak Mariyah satu jurusan Pendidikan Khas yang sama, manakala Zalikha, Zurin dan Fatin satu jurusan Bahasa Melayu juga. Cuma Aisyah seorang sahaja yang berbeza. Kasihan, kalau buat assignment terpaksa buat sendiri. Huhu.

Mulai semester hadapan Aisyah tidak tinggal bersama mereka lagi. Kak Mariyah dan Kak Jah bakal berpraktikum di sekolah. Aisyah dan Fatin pula tidak menyambung perkhidmatan sebagai JMK pada sidang hadapan (kami berdua masih setia menjadi roommate lagi sem depan). Tambahan pula semester hadapan Aisyah perlu mengambil kursus-kursus yang agak berat terutama dalam subjek minor. Akhirnya Aisyah sudah mengambil keputusan untuk berada sampai di sidang ini sahaja.

Menjadi mahasiswa yang dianggap senior biarpun baru semester 4, kini Aisyah bakal jadi pelajar tahun 3 semester 5. Cukup pantas masa berlalu. Terlalu banyak kenangan Aisyah di dalam rumah 3-5-12. Ahli rumah yang sentiasa ceria, usik-mengusik, ketawa, makan bersama, masak bersama (siap ada jadual memasak lagi…giliran Aisyah hari Khamis- menu yang selalu disajikan buat ahli rumah tercinta ialah bubur nasi, sup, telur dadar, sambal kicap).
Masing-masing antara kami memahami fiil sendiri. Susah senang bersama. Kalau merajuk pun sekejap saja, kemudian baik semula. Itulah lumrah kehidupan. Sedih pula menerpa di dalam hati. Aisyah begitu bahagia mempunyai keluarga 3-5-12 sebegini. Aisyah pasti rindu akan kalian semua. Muawhhh…!!!

Sekian.



Sebahagian buku yang berada di rak, sebahagian lagi sudah simpan dalam kotak


Ruang solat dan usrah kami


Fuh, penat juga mengemas. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya.


Baju dan buku sudah dimasukkan ke dalam kotak



Banyak betul barang yang perlu dipindahkan. Huhu. Nak pengsan rasanya.

1 comment:

Izzati Hashim said...

selamat bercuti Aishah!

indahkan ukhuwwah bila semuanya kerana Allah (=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails