Friday, May 27, 2011

ANAK DIDIK




Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini sekadar berkongsi rasa dan cita seorang pendidik muda yang baru mengenal dunia pendidikan.Langkah permulaan mengajar anak didik di tahap sekolah rendah sebelum melangkah ke dunia pendidikan sekolah menengah. Mudah mudahan menyemarak semangat membina generasi pewaris.

Hari Pertama Mengajar Tuisyen ( 3 minggu yang lepas)

“Baiklah, malam ini Kak Aisyah akan ajar chapter baru iaitu Fraction atau pecahan. Banyak soalan daripada tajuk ini akan keluar dalam UPSR. Sebelum itu, Kak Aisyah mahu Ashraf menjadi imam doa kita hari ini.” kataku sebelum memulakan tuisyen.

Setelah Ashraf selesai membaca doa, kami mengaminkan doanya beramai-ramai. Subhanallah, begitu lancar bacaannya.

“Kak Aisyah tidak pasti berapa kuat pemahaman Ashraf, Firdaus dan Azim dalam chapter ini. Apa-apa pun, chapter ini tidak boleh diambil mudah, kerana hampir separuh soalan peperiksaan memerlukan kecekapan kamu mengendalikan pecahan dan pembahagian. Biasanya soalan menghendaki kamu menyelesaikan improper fraction, proper fraction, mixed fraction, equivalent fraction, simplify the fraction, dan penyataan masalah. Mahu atau tidak, benci atau suka, kamu tidak boleh lari dari chapter ini,” ujarku dengan tegas

“ Sekarang, kamu cuba lihat contoh soalan ini…Ini soalan asas sahaja.” kataku sambil menulis soalan itu dan membacakannya kepada Ashraf, Firdaus dan Azim. “ One over four plus one over five…” aku menulis angka-angka dan symbol-simbol itu lebih besar sebagai tanda bahawa ia amat penting dan patut ditekankan.

Masing-masing di antara mereka sedang tekun melihat angka tersebut. Menanti jawapan.

“Sebelum itu, Kak Aisyah nak beritahu bahawa angka yang berada di atas ini dipanggil numerator manakala angka di bawah ini dipanggil denominator.

“Kak Aisyah mahu kamu semua ikut akak sebut perkataan ini.” kataku sambil mengeja perkataan tersebut. “ Numerator…” aku mengulangi perkataan itu sebanyak tiga kali. Mereka mnyebut beramai-ramai, diikuti pula dengan perkataa ‘Denominator’

“Baiklah, langkah yang pertama sekali kita perlu melihat angka yang berada di bawah atau denominator. Adakah angka kedua-dua ini sama? Aku memandang wajah mereka. Mereka menggeleng-gelengkan kepala..

“Tidak sama bukan? Jadi kita perlu menyamakan nilai angka yang berada di ‘denominator’ ini.

“Hah, Ashraf, Firdaus dan Azim dah hafal sifirkan? soalku

Mereka yang menggeleng-geleng sambil tersengih..

Tiba-tiba diri ini diuluti perasaan seperti tidak percaya. Kebolehan mendarab dan membahagi yang sepatutnya telah dikuasai sepenuhnya apabila berada di Tahun 6. Nampaknya aku perlu berusaha lebih sedikit agar mereka mampu mengikut topic-topik yang terdahulu. Masih sempat lagi sebelum UPSR yang hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi.

Lantas aku memotivasikan diri,sedangkan aku pernah mengajar pelajar Kemboja yang tidak pernah belajar matematik mampu menguasai topik asas dalam tempoh masa 3 bulan. Insyaallah, kali ini anak didik kita pasti mampu asalkan mereka rajin dan bersungguh. Chayok!!!

Ummi berpesan, “Kita perlu mengajar anak orang sebaiknya dengan harapan orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya,”

Aku juga bersyukur kerana diberi peluang untuk mendidik anak-anak yang masih bersih dan suci. Sesungguhnya hati-hati mereka masih lagi terang dan mudah terdidik bukan sahaja dari segi akademik malah nilai-nilai agama Islam. Insyaallah. Itulah tugas sebagai bakal guru.

2 hari lepas

“Kak Aisyah, cikgu kata saya dapat markah paling tinggi dalam subjek Matematik.” Kata Ashraf dengan girangnya sebaik sahaja aku tiba di rumahnya sebelum memulakan tuisyen.

“Alhamdulillah. Pandainya adik akak ni. Kan Kak Aisyah pernah cakap yang Ashraf ni pasti boleh jawab punyer soalan . ( Tip: Kita perlu sentiasa memuji kanak-kanak walaupun sekecil-kecil perkara yang dilakukan agar mereka sentiasa berterusan melakukan kebaikan)

“Hari ini Kak Aisyah nak ajar subjek apa pula?” tanya Ashraf.

“Hmmm..akak ingat nak ajar subjek Sains hari ini supaya Ashraf dapat markah tinggi juga dalam subjek ini.”

Ashraf sedang tekun belajar


Apa yang lucu sangat tu..???

Focus on study~

1 comment:

muhammadthoriq said...

permulaan yg baik, inilah smgt pendidik yg dicari2. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails