Thursday, April 26, 2012

TEMAN MENCERMINKAN DIRI KITA


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi ruang dan peluang waktu untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi berkaitan sahabat ataupun teman.

Buat pembaca blog yang dikasihi sekalian.
Memilih teman sangat penting kerana teman bukan sekadar bermain dan belajar sahaja, malahan ia mencerminkan siapa kita. Sayidina Abdullah bin Mas’ud pernah berkata, “Nilailah seseorang dengan temannya. Ini kerana seseorang hanya berteman dengan orang yang satu jenis dengannya.”

Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA, kolej matrikulasi, sama ada di dalam mahupun di luar negara, ingatlah bahawa kita mesti bijak dalam memilih sahabat. Berteman dengan cerdik pandai mengajar kita menggunakan masa dengan efektif. Tokoh yang berjaya dalam hidup sangat memilih dalam pergaulan. Ia sedar, tersilap memilih teman dapat merosakkan akhlak dan budi pekerti, bahkan merosakkan hidup seluruhnya.

Jadi, siapakah orang yang boleh kita jadikan teman? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita hayati nasihat-nasihat para ulama berikut:

Berkata Imam al-Syafie: “Sesiapa yang tidak menyukai ilmu, maka tiada kebaikan pada dirinya. Maka, janganlah ada ikatan perkenalan dan persahabatan antara dirimu dengan dirinya.” Diriwayatkan al-Baihaqi dalam Kitab ‘Manaqib al-Syafie’.

Tanpa ilmu, manusia tidak berbeza dengan haiwan. Ia tidak mengenal Allah dan tidak tahu hukum-hukum agama. Pemuda Islam yang cinta akan ilmu suka bergaul dengan orang berilmu yang menambah dan mencambahkan ilmunya. Ia tidak suka berteman dengan orang yang tidak mencintai ilmu kerana orang seperti ini hanya mengganggu langkahnya menuju Allah swt.

Selain berilmu, seorang teman yang baik mestilah memiliki sifat-sifat yang disebutkan oleh Ibn Ataillah al-Sakandari. Beliau berkata, “Janganlah berteman dengan orang yang tidak meningkatkan keimananmu, dan ucapannya tidak menunjukkan dirimu kepada Allah.” Demikian ucapan beliau sebagaimana dalam kitab ‘Al-Hikam’.

Ini bermakna, kita perlu mencari teman-teman yang dekat hubungannya dengan Allah. Yakni, teman yang apabila kita lihat perbuatannya, membuat kita ingin mengikut dan meneladaninya. Jika kita mendengar ucapannya, ia mengingatkan kita kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhirat.

Jika ada orang seperti ini, maka jadikan ia teman kerana ia akan memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat. Sesiapa yang merindukan kawan seperti ini, hendaklah ia mempraktikkan semua sifat ini terlebih dahulu pada dirinya. Jadilah seseorang yang anda cari, nescaya orang itu akan dating kepada anda.

3 comments:

peace289 said...

nice entry...thnx

EPIQ said...

Syukran atas perkongsian...

hawa said...

saya suka baca teks ni.... pendapat saya dalam beberapa soal, saya lebih suka berkawan dengan semua orang sebab kadang-kadang orang yang yang dikatakan jahat ni ada nilai baiknya dalam dirinya.. Kalau bukan kita mendakati mereka dan meneur mereka siapa lagi. Tidak dapat dinafikan berkenaan pendapat saudari lebih tepat memandangkan setiap pergaulan kita dengan teman yang berlandaskan keikhlasan pada illahi membuatkan kita akan lebih selesa, dekat dan hampir dengan teman2 kita, Waallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails