Sebuah mesej memasuki kantung pesanan Facebook. Sejak
meninggalkan sekolah itu, pelajar-pelajar masih tetap menghubungi saya
menggunakan pelbagai medium. Ternyata mereka amat memanfaatkan kecanggihan
teknologi.
“Ustazah, bagaimana mahu menegur guru-guru perempuan supaya menutup
aurat dengan sempurna? Saya sukar hendak belajar apabila guru perempuan
memasuki kelas. Tumpuan saya terganggu,” luah pelajar lelaki yang semakin
meningkat remaja itu.
“Kenapa?”
“Ustazah faham-fahamlah. Saya dan kawan-kawan terpaksa memejamkan
mata kerana pakaian guru yang nipis serta jarang. Jadi, untuk mengelak melihat
aurat mereka, kami memerhatikan bayang-bayang tangan mereka sahaja sewaktu
mengajar.”
Saya terpempan. Tidak menduga pelajar yang baru belasan
tahun sudah begitu peka deria imannya.
Sebagai jalan terakhir, pelajar tersebut tadi telah berpakat
bersama kawan-kawannya untuk menulis sebuah pesanan bagi diletakkan di atas
meja guru perempuan tersebut sebagai sebuah teguran.
“Guru, bagi kami kamulah ibu. Meski kami bukanlah daripada kantung rahimmu, tetapi hakikat kamu sebagai ‘ibu yang mendidik’ langsung tidak kami ragui. Tanpa dirimu siapalah kami, pasti dalam kebutaan dan kejahilan selamanya. Terima kasih ibu dan guru! Tetapi, tahukah kamu wahai ibu, anak-anakmu ini dilanda kesedihan dan kerisauan yang berat. Setiap kali kamu memasuki kelas, hati kami gembira. Namun, apabila kamu mula menulis di atas papan putih bersih itu, kami mulai bimbang. Bagaimana tidak, andai setiap kali kamu mahu mencurah ilmu, kamu turut mendedahkan auratmu yang sepatutnya ditonjolkan hanya kepada suami dan orang yang halal untukmu. Meyakini kamu tidak menyedari perkara ini, kami mengambi kesempatan ini untuk memberitahu. Tolonglah wahai ibu, kami menyayangimu dan tidak mahu kamu terus-terusan ‘dihukum’ atas perbuatan mulia yang kamu lakukan (mengajar). Dan, bantulah kami agar perasaan dan hati kami tenteram semula ketika belajar. Wahai guru, semoga kamu dapat menerima kata-kata anak-anakmu ini dengan rela hati. Tidaklah kami melakukan ini melainkan kerana menyayangimu. Halalkanlah ilmu yang telah kamu curahkan, wahai ibu!
Pelajar Tingkatan 4 ABM di SMK Vokasional Slim River
Sesi P&P (Makroteaching)
Fasa sesi penilaian. Matematik itu Mudah
3 comments:
sebagai pelajar mmg susah..lebih2 lagi bila dh masuk U, belajar dgn non-muslim..
so penyelesaiannya, tengok bibir je =)
tersentuh dgn pesanan unt guru tu.. :)
tersentuh dgn pesanan unt guru itu :)
Post a Comment