Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat Hari Guru saya ucapkan buat semua insan bergelar
pendidik secara formal mahupun tidak formal.
Ucapan ini saya layangkan khas buat ummi tercinta, Puan
Rushida bt Elias, guru PASTI Parit serta warga pendidik SK Subang Jaya, SK Seksyen
19, Shah Alam, SK Taman Cuepacs Cheras, SK Iskandar Shah Parit, SMK Sultan
Muhammad Shah Parit, MRSM Pasir Salak, Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Tidak lupa buat semua sahabat yang bakal bergelar pendidik
terutama teman-teman UPSI dan IPG. Terasa sweet kot apabila kalian membalas
ucapan ‘Selamat Hari Guru’.
Akhir sekali, terima kasih buat semua insan yang hadir dalam
kisah kehidupan saya,anda juga mengajar saya tentang sesuatu walaupun
kadang-kadang saya tidak menyedarinya.:)
Terima Kasih atas ilmu yang dicurahkan.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
No comments:
Post a Comment