Saturday, June 11, 2011

CERITA TENTANG KAMI JMK

Keluarga JMK 10/11

Aisyah tidak mahu membuka ruang kenangan, kerana ia pastinya menyebabkan air hangat bertakung dalam kolam hati. Lama-kelamaan, ianya akan pecah dan limpah dan menghanyutkan diri ini ke dalam arus kerinduan. Tapi Aisyah nak tulis juga dalam blog ini.

Selama setahun mengharungi pelbagai tranformasi, revolusi, bertukar tampuk kepimpinan bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Ya, pahit dan manis itu ada. Namun segalanya dapat kami tempuhi bersama kerana Allah menyatukan hati-hati kita. Biarpun pelbagai prasangka, tuduhan dan sindiran terpalit, segalanya tidak diendahkan. Kami sangat tabah!

Wajah sahabat-sahabat JMK akan sentiasa terus mekar dalam ingatan Aisyah. Aisyah pasti rindu akan tawa riang, usik-megusik, sakat-menyakat setiap kali menjejak kaki ke bilik JMK.Setiap kali Aisyah lalu di hadapan bilik JMK, Aisyah pasti terbayang wajah kalian. Terima kasih kerana sentiasa buat Aisyah ceria, memberi sokongan dan pujuk diri ini setiap kali Aisyah merajuk. Tidak lupa juga gelaran ‘Datin’ yang diberi…hehe.


Buat YDP Abg Isam anda sangat cool dan serius dalam bekerja. Andalah orang yang selalu menyakat saya. Anda sangat terbuka dan baik hati. Anda akan berusaha menjaga kebajikan kami. Anda sangat bijak dalam membuat tindakan. Kita berdua memang serasi dalam bab-bab mengutuk XXXX tu ketika dia buat masalah!!! (tak baik, tak baik) Pandang mata ke atas, letak tangan ke bahu.Terima kasih Abg Isam.

Abg Wak pula umpama penyejuk keadaan. Pandai mengambil hati dan mengembalikan mood kami semula di kala konflik mendatang. Buat Kak Onechan, akak seorang NYDP yang mempunyai motivasi diri yang cukup kuat. Sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Aisyah. Makasih kak Onechan dan selamat pengantin baru.

Buat Kak Jah dan Abg Abu, anda sangat bersifat terbuka dan baik hati walaupun kami sangat suka menggosipkan kalian berdua setiap kali meeting …haha. Tiba-tiba teringat judul buku “Alahai Jijah, Abang Abu bagi dua cendol ” kat KLCC tempoh hari.

Menteri kewangan yang paling efisyen Kak Lyn dan Kak Ilya. Kerja kalian berdua sangat perfect! Bagi Aisyah, kalian ada style tersendiri. Aisyah akan merindui kalian berdua. Selamat menjalani praktikal.

Buat Fatin, susah senang sama-sama. Anda banyak membantu. Sukar dipisahkan ikatan ini. Fatin selalu ada untuk Aisyah. Fatin selalu memahami Aisyah. Fatin seorang roommate yang best!

Buat Dato’ Francis (partner dengan Datin Aisyah…olok-olok saja). Anda seorang sangat sporting dan selalu memberi idea yang bernas. Anda banyak menyelesaikan konflik-konflik dan masalah rakan-rakan seperjuangan. Anda tidak pernah meninggalkan kami dalam keadaan terkontang-kanting.

Buat Pak Din, Fizan ,Abg Riey dan Mirul, saya sangat suka bekerja dengan kalian. Kalian sentiasa nampak tenang biarpun dalam keadaan penat. Selalu merasionalkan kembali setiap perkara yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dan bijak dalam membuat keputusan. Terima kasih kerana kalian selalu pinjamkan motor untuk saya pergi ke kedai….hehe. Saya tidak sangka dapat berjumpa orang sebaik kalian. Makasih sekali lagi.

Buat Awen, Shirah, Sue, dan Lian. Anda semua ibarat adik-adik Kak Aisyah. Kita sentiasa berkongsi cerita dan sentiasa bergurau senda. Terima kasih atas segala kenangan. Kak Aisyah sangat menyanyangi kalian semua….muawhhhh!!!

Kak Mariyah seorang kakak yang bersifat keibuan. Selalu masak untuk kami. Selalu membebel macam mak cik. Sesungguhnya bebelan itu adalah hiburan kita semua..hehe. Tidak lupa juga buat Wawa, anda seorang yang lucu dan sentiasa nampak tenang. Anda tidak pernah melemahkan semangat kami semua.

Buat Abg Atau, anda memang seorang kaunselor yang baik. Saya sangat suka dengan pandangan dan pendapat anda. Anda selalu sabar dengan perangai saya. Terima kasih kerana sentiasa bergading bahu dalam mendidik anak buah dan melaksanakan program biro kediaman dengan baik.

Buat Syahril, selamat menerajui keterampilan unggul JMK sidang JMK 11/12. Gunakanlah segala pengalaman sebelum ini sebaik mungkin. Kita dilahirkan sebagai pemimpin dan kita akan memimpin orang lain. All the best, kami akan sokong anda!!

Buat Ika, Aisyah percaya pada kemampuan Ika. Anda seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa. Ketegasan yang ada pada diri adalah kekuatan anda yang tidak mudah mengalah.
Zurin dan Hala, kita masih lagi satu keluarga seperti dulu. Aisyah masih rindu kalian. Kalian memang superb. Terima kasih kerana jadi kawan susah senang. Aisyah selalu ada untuk kalian.

Ahh, Aisyah memang terlalu sayang sangat dengan mereka.Yang selalu ada dalam hidup saya susah dan senang. Tanpa mereka, tentu hidup saya tidak ada indahnya di bumi UPSI ini, tanpa mereka bagaimana saya mampu merasakan manisnya ukhwah kerana ALLAH, dan tanpa mereka siapalah saya. Saya sangat sayang keluarga JMK sidang 10/11.



Mereka keluarga saya




7 comments:

azwa amani said...

sedih laaahh datin...

Cahaya Murabbiyah Islam said...

saya sayang anda semua..moga ukhwah kita berkekalan hingga akhirnya ..Amin...

snow queen said...

sayang semua..sediy la...:)

Tn. Hafizan said...

rindu kome sume....teringt time sesi kutuk mengutuk..umpat mengumpat...dan yg best..rindu nak bersuara..nak membangkang2..haha..kt pejabat xleh bangkang2 dh..xde meetg..klu ad meeting nak gaduh2 lg..kan best..hehe..sbg kenangan jer... :)

Tn. Hafizan said...

rindu kome sume..teringat time sesi kutuk mengutuk, umpat menmgumpat, gaduh..n yg paling teringt nak bersuara n membangkang...rindu nak meetg g..tapi ape pn jadikan sbg kenangan manis..cme doa yg boleh kite smpykan kt pewaris2 kiter..

Pak Din HENSHIN said...

Kerana wujudnya masalah dalam organisasilah yang sentiasa membuatkan kita semua rapat..

Sayang semua..

Pak Din HENSHIN said...

Sayang juga semua.
Kalau tidak kerana masalah dalam organisasi, mungkin kita tidak serapat sebegini. Selalu berkongsi mslh, berkongsi kegembiraan, berkongsi kesedihan, mengumpat, memujuk, memuji dan sebagainyalah yg mmbawa kasih sayang sebegini rupa..
<3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails