Assalamualaikum wbt.
Ramai yang berkata bahawa saya ini sangat beruntung. Apasal pulak? Hehe
“Dahlah rumah kat Perak. Tempat belajar pun selalu dapat kat area Perak je. Nak balik rumah selalu pun senang. Kalau naik keretapi ETS sekejap je, tak sampai sejam dah sampai."
Laa, pasal itu ke. Hehe. Saya memang tidak nafikan bahawa saya selalu dapat area Perak je. Harap-harap praktikal dan posting pun dekat juga. Opps, saya bukan kategori anak manja taw!
Entah apa yang saya karutkan di sini.
Saya akui sendiri yang saya ni jarang sangat berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri kalo bab-bab travel ini. Ye la, kalau saya hendak ke mana-mana sahaja mesti ada orang hantar atau berteman. Pergi pejabat naik kereta kawan, beli barang ke pekan pun kawan yang bawa motor, pergi kelas pak cik bus yang hantar sampai ke kampus.
Pada mulanya, saya sangka hanya saya seorang je, rupanya bila saya baca blog salah seorang sahabat saya, situasi kami hampir sama. Terutama sekali kebimbangan ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak risau melepaskan anak perempuan mereka keluar. Ke mana sahaja saya pergi, mesti saya maklumkan kepada mereka. Kalau saya balik rumah, saya memang sentiasa bersama ummi. Makan, minum, tidur, solat, masak, tonton tv, sidai kain dan macam2 aktiviti lagi kami lakukan bersama. Saya katakan pada ummi, bagi saya masa belajar inilah saya boleh peruntukkan masa sepenuhnya dengan ibubapa dan adik beradik saya kerana saya takut apabila sudah bekerja nanti saya tiada masa yang cukup untuk mereka.
Ummi dan abi sangat-sangat membantah bilamana mereka dapat tahu saya pergi ke mana-mana berseorangan. Puas saya memujuk mereka agar tidak terlalu khuatir. Saya pergi dengan niat yang baik. Saya hanya pinta mereka mendoakan keselamatan saya dan jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau mereka izinkan saya pergi, setiap 30 minit ummi pasti call dan tanya keberadaan saya di mana. Beruntungnya saya kerana memiliki ibu bapa yang sangat mengambil berat.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan, saya masih baru dalam landasan ini. Banyak perkara yang saya tidak tahu.
Entahlah... Saya kadangkala berasa kekok. Kekok dengan orang-orang di sekeliling saya. Rasa kekok itu membuatkan lidah saya kelu dan mata saya malu. Tapi saya cuba untuk menjadi diri sendiri.
Betul, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Saya merasakan kegagalan dalam setiap saat yang saya tempuhi. Akhlak saya, ibadah saya, ilmu saya, percakapan saya. Semuanya saya rasakan kurang sehinggakan saya takut untuk berhadapan dengan semua orang. Untuk menulis di sini pun, saya berfikir berkali-kali. Tarbiyyah dalam diri sangat kurang.
Dahulu dalam setiap matlamat saya, saya selalu melebihkan dunia. Bagi saya, Islam yang saya anuti ini hanyalah agama yang menyuruh penganutnya menyembah Allah semata-mata. Bagi saya, Ibadah itu hanyalah rukun Islam yang lima. Bagi saya, Al-Quran itu adalah untuk dikhatam sebelum umur mencecah belasan tahun. 'Islam is the way of life' hanyalah satu ayat yang memberi makna kosong buat saya.
Saya amat memerlukan tunjuk ajar daripada kalian.
Biar setiap apa yang kita lakukan meresap ke dalam jiwa. Bukannya terburu-buru tetapi pengakhirannya tetap kosong. Mulakan dengan perlahan tetapi istiqamah. Betul tak? Doakan agar saya diberi kekuatan dan mujahadah yang tinggi.
Sekian.
1 comment:
sy pon senasib gak ar...kg kat perak...blaja pon kat perak...hehe
Post a Comment