Nak tahu tak? Hampir seminggu saya tidak masuk ke pejabat bermula 6 hingga 10 Jun 2011 kerana mengikuti program Kursus Pemantapan JMK 2011/2012. Bos saya begitu sporting dan baik hati biarpun saya baru sebulan bekerja dah dapat cuti selama seminggu…hehe. Makasih Cik Ina!
Kursus kali ini bertempat di Pulau Pangkor. Saya begitu teruja sekali kerana sudah lama saya tidak bercuti di tempat peranginan seperti itu dan melakukan aktiviti lasak. Bak kata orang, menyelam sambil minum air. Yeay! Dah lama saya tidak berkayak, snorkelling, water confident, naik bot laju-laju, pergi coral island, BBQ, berbasikal sekitar Pulau Pangkor dan sebagainya.
Subhanallah. Dapat melihat ikan yang berwarna-warni.
Aktiviti Snorkelling
Cuti-cuti Malaysia
Sebenarnya kursus ini adalah khas buat JMK baru bagi sidang 2011/2012. Sebagai mantan, kami perlu memberi pendedahan kepada mereka tentang tugas-tugas JMK dan apa itu JMK sebenarnya. Memberi gambaran kehidupan realiti sebagai seorang JMK. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin dan memimpin orang lain.Aktiviti Snorkelling
Cuti-cuti Malaysia
Alhamdulillah, sepanjang kursus ini saya tidaklah mabuk laut dan muntah-muntah seperti di Pulau Langkawi. Semua aktiviti saya dapat laksanakan dengan baik. Yang paling sedih, kulit saya dah gelap akibat kepanasan…sun burn!! Ahh!!
JMK lelaki sidang 2011/2012
JMK perempuan sidang 2011/2012
Buat JMK baru, ingatlah sentiasa pesanan Kak Aisyah, kita dilahirkan sebagai pemimpin dan kita bakal memimpin orang lain. Di sini tiada apa yang boleh dijadikan rujukan dan panduan melainkan pengalaman orang-orang lama. Banyakkan bertanya dan merujuk kepada mantan-mantan, kami sedia membantu segala aspek. Selamat menjalani kehidupan sebagai JMK.
Sekian.
Sekian.
1 comment:
k.Aisyah..gambr cantik2..ade soft copy x?hehe..
Post a Comment