Thursday, August 11, 2011

CIUM DAN KASIHI ANAK-ANAK DAPAT PAHALA


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam

Jika kamu sayangkan anak kamu,
maka didiklah mereka dengan nilai-nilai Islam~

Tuesday, August 9, 2011

DRAMA MELAYU


Assalamualaikum wbt.

Hari ini sudah masuk hari terakhir fasa pertama Ramadhan. Terasa masa berlalu begitu pantas. Tup,tup dah 10 ramadhan. Alhamdulillah, puasa masih penuh lagi.

Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang TV. Actually I never really like to watch the television. First reason, full of jahiliyyah elements dominating compared educational and religious shows. Saya suka mendengar radio especially IKIM.fm ataupun I Luv Islam lagi kerana dalam masa yang sama saya boleh buat kerja lain seperti lipat kain ke, kemas rumah ke, memasak ke. Tak perlu menghadap berjam-jam di hadapan tv tanpa melakukan apa-apa pun.

Actually I am one of those typical people, who sit and complain of Malaysian entertainment industry.

“Eleh, balik-balik jalan cerita macam ni. Dah tahu sangat ending cerita. Kalo buat plot cerita mesti ada part cinta, makan, kahwin, beranak. Macam dah xde idea lain ke?”
(Memang laser punyer kritikan)

Satu lagi, drama Melayu ni suka sangat perasan jadi orang kaya. How many of us really are super rich people, living in a three storey bungalows with swimming pools and extravagant cars? Maybe just 5% of Malaysian citizens, more or less. Always shotting at similar house. Then, suka perasan becoming managers of giant companies at young age. Ada anak syarikat itu dan ini konon, koya betul! And notice their desk, its always empty and clean. And they take personal affairs into office, emotions and girlfriend matter and such. Memang tidak berintegriti langsung! (Kalau saya marah dan tak suka, mesti TERspeaking...tettt)

Cerita Melayu penuh dengan wanita yang hanya Islam pada nama tapi dedah aurat, dating dan bersentuh sesama non muhrim. Sekejap watak pakai tudung, sekejap buka tudung. Satu lagi, memaparkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya. Mencemarkan imej Islam! Melakonkan watak-watak seperti tidak menghormati ibu bapa, demi cinta sanggup melawan ibu bapa yang telah banyak berjasa sejak mereka kecil hingga dewasa. Banyak yang negatif berbanding positif.

Namun, saya tidak menafikan dalam realiti kehidupan memang ada segelintir masyarakat yang bersikap sedemikian. Tapi tidak salah sekiranya penerbit atau pengarah menghasilkan cerita yang memaparkan kisah-kisah yang dapat diteladani oleh masyarakat. Ini tidak, mengapa harus ada aksi merempit, bohsia, gaduh, minum arak, hisap dadah. Sekiranya perkara ini berlanjutan, maka remaja-remaja yang kini sedang mencari-cari indentiti mereka sendiri mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negative dalam diri mereka.

Ada juga pengarah yang cuba menonjolkan cerita yang berbentuk islamik, watak muslimah yang berpurdah tetapi sayangnya terpesong dari landasan Islam sehingga menjatuhkan wanita berniqab dan pelajar jurusan islamik sepertimana yang dilakonkan. Malah para daie' pula dianggap kolot, jumud, berfikiran sempit. Seharusnya mereka merujuk kepada alim ulama’ atau mereka yang arif dalam bidang agama sebelum menghasilkan karya sesebuah cerita islamik.

Lastly, I pray for a better TV industry, especially Malay dramas. I know my field is not media~ Insyaallah I am going to help the society integrate more of Islam in our lives with everything of my ability.

( Mood: Banyak sangat drama Melayu yang ditayangkan di televisyen sepanjang Ramadhan)

Sekian.


Sunday, August 7, 2011

LAKSAM

Assalamualaikum wbt.

Last Saturday, I learned how to make laksam from Pn Yati. Memang dah lama mengidam nak makan laksam sangat-sangat. Dalam bab-bab memasak ini saya memang excited apatah lagi kalau masak makanan kegemaran saya. Yang penting bahan-bahan masakan mesti cukup dan lengkap. Saya agak mementingkan rasa dan keenakan. Kalau tidak sedap pun, belasah je. Hehe. Dan saya bukanlah seorang yang suka makan pedas. Huhu

By the way, I miss ummi recipe. Entah mengapa saya teringin nak buat pizza sendiri. Kan best kalo boleh bawa oven kat sini.
Here is recipe of Laksam.

Tepung Laksam :
•3cwn tpg beras
•1/2 cwn tpg gandum
•4cwn air suam

bahan kuah:
•Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
•Sedikit halia
•Sedikit bwg putih
•Sedikit bwg merah/besar
•Sdkt lada hitam
•Santan
•Sedikit garam

Bahan ulam:
•taugeh,daun kesum(dipotong halus),

Sambal Belacan:
•cili merah
•garam
•cuka

Cara-cara
1. Cara buat laksam: Panaskan kukus. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Letak tudung periuk dlm kukus & ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk (jgn terlalu tebal). Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: Kisar isi ikan & tapis ke dlm periuk. Kemudian, kisar halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk sambal belacan: Blend cili merah ,tambah garam skit dan letakkan sedikit cuka

Selamat Mencuba!!!!!!!!

Sedang khusyuk menggulungkan tepung laksam

Tepung laksam yang sudah digulungkan

Tepung laksam yang sudah siap dipotong-potong


Laksam dan Nasi Briyani menu berbuka kami

KETUK-KETUK BERSAMA DATIN

Assalamualaikum wbt.

Yesterday I had ‘Ketuk-ketuk Kuali bersama Datin’ and iftar together with adik-adik Cik Suesue, Cik Syisyi, Awin, Yuni and Fatin. Don’t ask who is Datin…tettt!! Gelaran yang masih lekat dibibir JMK. Cis, dah habis sidang pun masih nak panggil Datin lagi. Haha. Femes gitu...(^_^). Well, siapa yang tak kenal datin glamor yang selalu menceriakan keadaan. Hihi

Biasalah ‘ladies corner’ memang sinonim dengan Datin gitu. Memang riuh betul! Masak-masak sambil bercerita bukan bergosip ye. Nanti kurus pahala puasa.

Masak simple je. Main campak-campak dalam periuk, nasib baik sedap (I guess). Apa saja masakan yang dimasak oleh saya mesti ada perkataan Datin di belakang. Tomyam Datin, Nasi Datin, Sardin Datin, dan apa-apa saja. Ish3x.

Tadaaa..!! Tomyam Datin yang kaya dengan fish kek, haha
(p/s: masak guna rice cooker)
Klik pada link ini, Hot Chocolate: Tomyam Datin

Wednesday, August 3, 2011

MY RAMADHAN

Alhamdulillah syukur lillah for giving me the opportunity to enjoy the Ramadhan blessings this year. I'm gonna spend the whole Ramadhan at home (not at Parit) but KHAR,UPSI with my lovely roommate. Alhamdulillah the first and 3rd day ramadhan has been going well. I had a proper sahur and a nice Iftar with Fatin.

Then, we went to foyer blok 2 to perform Isyak and Tarawih prayers, the things we usually do together every year, alhamdulillah.

Sometimes, I miss my housemate 3-5-12 (Kak Jah, Kak Mariyah, Zurin and Ika). Huhu~
Klik Kenangan Rumah 3-5-12

Iftar together with my housemate 3-5-12 (last ramadhan)


Tuesday, August 2, 2011

BICARA AD-DIN BERSAMA USTAZ ABU HASSAN DIN AL- HAFIZ

Assalamualaikum wbt

Salam satu aqidah, salam satu ummah!

Apa khabar? Macam mana puasa? InsyaAllah ok kan? Rileks la.. Baru 2 hari. Semoga antum sentiasa berada di dalam kebahagiaan dan ketenangan insyaAllah.

Saya baru usai dari ceramah Y. Bhg Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz pagi tadi. Semangat sedang bergelodak dan tangan ingin terus menaip. Berpeluang menaip setelah kerja-kerja di pejabat sudah selesai.

Hari ini ada Program Bicara Ad-din di Dewan Seri Tanjong UPSI. Sempena bulan Ramadhan, tajuk ceramah pun menarik, “Mencari Barakah Ramadhan Membina Perubahan Diri”. Saya begitu gembira, sudah lama tidak hadir ke majlis ilmu. Hati sudah kering kontang bak pasir di gurun sahara, malah lebih kontang lagi kerana gurun sahara juga masih ada kaktus.

"Allah, tempat duduk barisan hadapan semua dah penuh. Tak best pulak kena duduk belakang…huhu.” Saya mengetus dalam hati. Lain kali datang awal sikit ye Cik Aisyah.


Biarpun saya duduk belakang, suara ustaz jelas didengari

Periang, penuh ilmu dengan diselitkan humor. SubhanAllah, ustaz memang best! Beliau bercerita bermacam-macam tentang Ramadhan. Termasuk juga kisah waktu berbukanya bersama keluarga di rumah.

Nak cerita dari mana dulu ek? Tatkala memandang catatan yang saya buat tadi sepanjang ceramah. Sebijik macam tulisan doktor. Cakar ayam betul! Hanya saya seorang je yang boleh faham akan tulisan sendiri. Huhu

Saya percaya hampir semua pembaca entry ini sudah mengetahui A hingga Z tentang bab puasa. Apa itu definisi puasa, rukun puasa, syarat sah puasa, syarat wajib puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kesemua ini kita pernah pelajari di sekolah dulu. Ingat tak?

“Ramai yang beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin. Diharapkan dengan itu timbul rasa simpati dan empati terhadap mereka. Anggapan ini kurang tepat walaupun ada kebenarannya. Justeru, jika benarlah itu tujuan utama berpuasa, mengapa orang miskin yang selalu kelaparan itu masih diwajibkan berpuasa?”

“Bukankah mereka sudah biasa merasai kelaparan? Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja diwajibkan berpuasa. Namun tidak begitu. Orang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini menunjukkan ada tujuan lain yang lebih utama di sebalik rasa “lapar” semasa berpuasa. Amat besar bezanya berlapar kerana Allah (semasa berpuasa) dengan berlapar kerana tidak ada makanan untuk dimakan. Lapar kerana kesempitan hidup sangat jauh bezanya dengan lapar kerana berpuasa.”

Itu baru introduction.

Sebenarnya saya ingin kongsikan tentang mendidik anak berpuasa. Dah ada anak ke, belum kahwin ke, kita harus tahu tentang ‘melatih anak berpuasa.”

Persoalannya, pada umur berapakah kanak-kanak boleh disuruh untuk berpuasa?

Oklah, straight to the point. Kebanyakkan ibu bapa lebih fokus untuk ajar anak berpuasa dulu daripada ajar anak solat. Kebanyakkan ibu bapa akan proud dan rasa heaven kalau anak mereka puasa penuh pada seawal usia 4 dan 5 tahun. Lepas itu, hebohlah duk canang cerita pada orang lain yang anak dia kecik-kecik lagi dah puasa penuh.

“Wah, hebatnya anak ko Bedah. Kecik-kecik lagi dah latih berpuasa.”

Satu lagi sikap ibu bapa zaman sekarang, siap bagi reward pada anak yang berpuasa. Sehari RM 1. Kalau puasa penuh dapat duit raya banyak. Dapat main bunga api dan mercun. Lepas itu janji nak beli baju raya. Betulkah cara kita itu?

Bila dari kecil kita ajar anak untuk buat ibadah kerana ganjaran dunia, kelak pemahaman mereka tentang kewajiban menunaikan ibadah tu sudah terpesong.

Melatih anak berpuasa memang penting, tapi kalau dari kecik lagi kita selalu menekankan puasa daripada penekanan solat kepada anak-anak, maka akan wujudlah golongan umat manusia yang berpuasa tapi solatnya berlubang-lubang. Lupakah kita bahawa perkara pertama yang ditanya di akhirat kelak adalah solat.

Berdasarkan pandangan ini, bukan umur yang menjadi fokus tetapi lebih kepada kemampuan kanak-kanak tersebut. Kalau anak kita tidak larat, jangan dipaksa-paksa mereka untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

“Kak Long larat tak ni…?”

Si anak mengelengkan kepala dengan lemah, sambil bergenang air matanya di pipi.

“Kalau macam itu, kak long boleh berbuka awal. Esok kita berlatih puasa lagi ye.”

Kemampuan kanak-kanak dalam berpuasa boleh dibina melalui latihan dan disiplin, di samping itu kelembutan dan tolak ansur daripada ibu bapa amat perlu. Pada usia anak 4/5 tahun, sebaiknya tak perlu ajar anak berpuasa penuh sepanjang hari kerana mereka masih memerlukan nutrients untuk membesar. Mereka masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka berpuasa.

Secara kesimpulannya, sekiranya hendak ajar anak puasa kita kena beritahu sebab kenapa kita berpuasa. Jelaskan supaya mereka faham.Puasa harus ikhlas kerana Allah, puasa mengajar kita bersyukur, memperbaiki diri kita, mengawal nafsu dan macam-macam lagi.

Saya harap pembaca jelas apa yang ingin saya kongsikan di sini. Di akhir ceramah tadi benar-benar membuka minda kami dan saya sempat bertanyakan soalan kepada ustaz biarpun saya sudah mengetahui jawapannya. Saya sengaja buat demikian kerana saya mahu masyarakat atau para hadirin jelas di sebalik kekeliruan sepanjang menjalani ibadah puasa.

Sekian.

Inilah Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz~ Ustaz tersenyum tatkala saya mengambil gambar beliau.
(sekali pandang macam muka Abi...hihi)

Sunday, July 31, 2011

WAD

Assalamualaikum. Entry kali ini santai-santai saja. Mengisi masa sambil-sambil menyediakan juadah bersahur. Masak awal kerana excited nak bersahur, nanti hanya panaskan saja.

Al kisah, ada seorang mak cik yang berasal dari Kelantan ni, dia datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana ingin menziarahi salah seorang saudara maranya yang terlibat dalam kemalangan. Setiba di HKL, mak cik tersebut terus bertanya kepada salah seorang jururawat di situ…

Dalam loghat Kelate la.


“Nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase?”

Dengan selamba jururawat itu menjawab.


“Wad kencing masam tak ada…tapi wad kencing manis ader la..”


Haha~

Saturday, July 30, 2011

MASAK SENDIRI

Semalam saat Kak Jah ahli bait saya yang pulang bercuti dari praktikal di sekolah untuk melepaskan rindu bersama adik-adiknya (siapa lagi kalau bukan kami berdua, Datin dan Fatin) yang sentiasa riuh dan ceria-ceria selalu. Sempat juga kami merancang aktiviti untuk hari Sabtu dan Ahad. Almaklumlah kami ini bukan jenis suka melekat di rumah, mesti ada je perkara yang hendak dibuat. Memang tidak reti duduk diam langsung!

Kami menyapu, membersih, menyusun atur, dan kemas apa yang patut demi menyambut Ramadhan agar suasana rumah lebih selesa dan menenangkan untuk beribadah di bulan Ramadhan. Demi Ramadhan.

Ramadhan kali ini saya menyambut bersama roommate tercinta, Fatin. Hanya kami berdua sahaja yang masih berada di UPSI. Petang tadi, kami pergi membeli belah barang-barang dapur untuk juadah berbuka. Sepanjang bulan Ramadhan ini kami akan masak menu berbuka puasa sendiri. Maklum sahaja, masing-masing di antara kami dihambat kesibukkan sendiri. Kerja, kerja dan kerja. Kami hanya berkelapangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan dapur.

Beli barang-barang dapur di pasar~

Sempat juga berborak dengan ummi.

“Aisyah pandai masak ke?”

“Setakat buat sup dan goreng-goreng tu lepaslah kot. Hehe. Nanti Aisyah campak-campak je. Ummi jangan bimbang, Aisyah boleh tengok resepi masakan kat internet. Menajamkan skill memasak..hihi”

“Amboi betul-betul wanita moden ini. Hehe.”

“Bazar Ramadhan tak bukak ke kat UPSI?”

“Bukak, tapi kalau masak sendiri lagi jimat. Kebersihan pun terjamin.”

Sebenarnya saya bukanlah jenis yang suka bersesak-sesak di bazaar Ramadhan semata-mata untuk membeli juadah berbuka. Kalau pergi mesti tekak teringin nak makan bermacam-macam. Teringin nak makan itu dan ini. Tanpa sedar, perbelanjaan berbuka puasa menjadi lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Kita harus berjimat-cermat ketika berbuka puasa. Ketika perut terasa lapar, mata sentiasa menggalakkan nafsu untuk membeli pelbagai juadah berbuka.

Kemewahan masyarakat kita hari ini telah mengatakan bahawa Ramadhan sebagai bulan pesta makanan. Terlalu banyak makanan sehingga pembaziran sudah menjadi satu kelaziman. Bukan apa, saya ini suka buat anggaran pengiraan. Bayangkan jika setiap muslim di negara ini membazirkan RM1 sahaja sehari pada makanan, maka sekurang-kurangnya RM16 juta dilaburkan ke tong sampah setiap hari (dengan anggaran 16 juta penduduk muslim di Malaysia)! Satu jumlah yang begitu besar.

Justeru itu, saya juga ingin menyaran kepada semua pembaca entry ini agar makanlah apa-apa saja yang dimasak oleh ibu atau isteri. Berbelanja di luar itu bukan satu kemestian, boleh dilakukan sekali-sekala. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan bersederhanalah dalam berbelanja.

Sekian

Thursday, July 28, 2011

LATIHAN KEHAMBAAN

Assalamualaikum wbt

Jika sebelum ini kita pernah mengikuti berpuluh-puluh kursus ke, perkhemahan ke, tamrin ke ataupun aktiviti lasak yang berbentuk training untuk melatih kepimpinan dan kepakaran. Maka Ramadhan adalah training yang kita yang sebenar, ‘Latihan Kehambaan’. Yang mana jangka waktunya adalah selama sebulan. Seandainya kita bagi komitmen yang sebenar-benarnya, maka kita akan dapat objektif program tersebut iaitu ‘Taqwa’ dan ‘Malam penganugerahan lailatul qadar’

Ramadhan bulan yang dinanti-nantikan oleh segenap umat Islam tak kira di mana berada. Bulan yang menjanjikan pahala-pahala amalan yang berlipat kali ganda. Bulan yang mana pintu-pintu syurga terbuka luas dan pintu-pintu neraka tertutup rapat. Bulan di mana syaitan-syaitan dibelenggu. Bulan yang di permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Itulah Ramadan Al-Mubarak. Ramadan penuh berkat.

Sempat juga saya membaca majalah SOLUSI sewaktu menunggu kakak-kakak keluar dari dewan SITC. Tiba-tiba saya tertarik dengan ruangan ‘Check List Ramadhan’. Lebih kurang macam jadual Mutaba’ah. Dulu sewaktu belajar di matrikulasi saya pernah menyuarakan pandangan berkaitan cadangan membuat jadual mutaba’ah.

“Mengapa perlu ada jadual mutaba’ah. Pada saya, semua ini bakal mengganggu keikhlasan kita dalam beramal ibadah. Nanti kita beramal semata-mata hendak memenuhkan ruang-ruang kotak dalam jadual mutaba’ah berkenaan.” Tersenyum sendirian. Terkenang zaman usrah di matrikulasi dulu, saya selalu argue dan memberi pandangan sendiri tapi naqibah tidak pernah menyalahkan saya dan mereka selalu berlapang dada malah saya amat berpuas hati dengan jawapan mereka.


Bagus juga Check List Ramadhan ini. Setidak-tidaknya puasa kita ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga malah terisi dengan amalan-amalan yang lain. Setiap umat Islam perlu membuat penilaian terhadap amal ibadah yang dilakukan. Penilaian ini penting bagi membolehkan kita membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Kita tentu tidak mahu puasa kita hanya setakat puasa golongan awam selama-lamanya bukan?

Ramadhan bakal menjelang dua hari lagi, sudah pasti ada antara pembaca entry ini sudah meletakkan sasaran dan harapan ramadhan kali ini supaya mutu puasa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, puasa hendaklah dilaksanakan dengan pakej latihan yang berbentuk ‘hablumminallah dan hablummi annas’. Antara pakej latihan itu ialah solat Tarawih, membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf di masjid dan qiamullail. Seperti mana kita buat latihan intensif atau latih tubi bagi menghadapi peperiksaan, begitu juga latih tubi pada bulan Ramadhan. Latihan ini adalah persediaan untuk kita menjadi Muslim yang lebih bertakwa, menghadapi hari-hari penuh cabaran dan ujian selepas Ramadhan nanti.

Sekian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails