Tuesday, August 2, 2011

BICARA AD-DIN BERSAMA USTAZ ABU HASSAN DIN AL- HAFIZ

Assalamualaikum wbt

Salam satu aqidah, salam satu ummah!

Apa khabar? Macam mana puasa? InsyaAllah ok kan? Rileks la.. Baru 2 hari. Semoga antum sentiasa berada di dalam kebahagiaan dan ketenangan insyaAllah.

Saya baru usai dari ceramah Y. Bhg Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz pagi tadi. Semangat sedang bergelodak dan tangan ingin terus menaip. Berpeluang menaip setelah kerja-kerja di pejabat sudah selesai.

Hari ini ada Program Bicara Ad-din di Dewan Seri Tanjong UPSI. Sempena bulan Ramadhan, tajuk ceramah pun menarik, “Mencari Barakah Ramadhan Membina Perubahan Diri”. Saya begitu gembira, sudah lama tidak hadir ke majlis ilmu. Hati sudah kering kontang bak pasir di gurun sahara, malah lebih kontang lagi kerana gurun sahara juga masih ada kaktus.

"Allah, tempat duduk barisan hadapan semua dah penuh. Tak best pulak kena duduk belakang…huhu.” Saya mengetus dalam hati. Lain kali datang awal sikit ye Cik Aisyah.


Biarpun saya duduk belakang, suara ustaz jelas didengari

Periang, penuh ilmu dengan diselitkan humor. SubhanAllah, ustaz memang best! Beliau bercerita bermacam-macam tentang Ramadhan. Termasuk juga kisah waktu berbukanya bersama keluarga di rumah.

Nak cerita dari mana dulu ek? Tatkala memandang catatan yang saya buat tadi sepanjang ceramah. Sebijik macam tulisan doktor. Cakar ayam betul! Hanya saya seorang je yang boleh faham akan tulisan sendiri. Huhu

Saya percaya hampir semua pembaca entry ini sudah mengetahui A hingga Z tentang bab puasa. Apa itu definisi puasa, rukun puasa, syarat sah puasa, syarat wajib puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kesemua ini kita pernah pelajari di sekolah dulu. Ingat tak?

“Ramai yang beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin. Diharapkan dengan itu timbul rasa simpati dan empati terhadap mereka. Anggapan ini kurang tepat walaupun ada kebenarannya. Justeru, jika benarlah itu tujuan utama berpuasa, mengapa orang miskin yang selalu kelaparan itu masih diwajibkan berpuasa?”

“Bukankah mereka sudah biasa merasai kelaparan? Ikut logiknya, biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja diwajibkan berpuasa. Namun tidak begitu. Orang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini menunjukkan ada tujuan lain yang lebih utama di sebalik rasa “lapar” semasa berpuasa. Amat besar bezanya berlapar kerana Allah (semasa berpuasa) dengan berlapar kerana tidak ada makanan untuk dimakan. Lapar kerana kesempitan hidup sangat jauh bezanya dengan lapar kerana berpuasa.”

Itu baru introduction.

Sebenarnya saya ingin kongsikan tentang mendidik anak berpuasa. Dah ada anak ke, belum kahwin ke, kita harus tahu tentang ‘melatih anak berpuasa.”

Persoalannya, pada umur berapakah kanak-kanak boleh disuruh untuk berpuasa?

Oklah, straight to the point. Kebanyakkan ibu bapa lebih fokus untuk ajar anak berpuasa dulu daripada ajar anak solat. Kebanyakkan ibu bapa akan proud dan rasa heaven kalau anak mereka puasa penuh pada seawal usia 4 dan 5 tahun. Lepas itu, hebohlah duk canang cerita pada orang lain yang anak dia kecik-kecik lagi dah puasa penuh.

“Wah, hebatnya anak ko Bedah. Kecik-kecik lagi dah latih berpuasa.”

Satu lagi sikap ibu bapa zaman sekarang, siap bagi reward pada anak yang berpuasa. Sehari RM 1. Kalau puasa penuh dapat duit raya banyak. Dapat main bunga api dan mercun. Lepas itu janji nak beli baju raya. Betulkah cara kita itu?

Bila dari kecil kita ajar anak untuk buat ibadah kerana ganjaran dunia, kelak pemahaman mereka tentang kewajiban menunaikan ibadah tu sudah terpesong.

Melatih anak berpuasa memang penting, tapi kalau dari kecik lagi kita selalu menekankan puasa daripada penekanan solat kepada anak-anak, maka akan wujudlah golongan umat manusia yang berpuasa tapi solatnya berlubang-lubang. Lupakah kita bahawa perkara pertama yang ditanya di akhirat kelak adalah solat.

Berdasarkan pandangan ini, bukan umur yang menjadi fokus tetapi lebih kepada kemampuan kanak-kanak tersebut. Kalau anak kita tidak larat, jangan dipaksa-paksa mereka untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

“Kak Long larat tak ni…?”

Si anak mengelengkan kepala dengan lemah, sambil bergenang air matanya di pipi.

“Kalau macam itu, kak long boleh berbuka awal. Esok kita berlatih puasa lagi ye.”

Kemampuan kanak-kanak dalam berpuasa boleh dibina melalui latihan dan disiplin, di samping itu kelembutan dan tolak ansur daripada ibu bapa amat perlu. Pada usia anak 4/5 tahun, sebaiknya tak perlu ajar anak berpuasa penuh sepanjang hari kerana mereka masih memerlukan nutrients untuk membesar. Mereka masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka berpuasa.

Secara kesimpulannya, sekiranya hendak ajar anak puasa kita kena beritahu sebab kenapa kita berpuasa. Jelaskan supaya mereka faham.Puasa harus ikhlas kerana Allah, puasa mengajar kita bersyukur, memperbaiki diri kita, mengawal nafsu dan macam-macam lagi.

Saya harap pembaca jelas apa yang ingin saya kongsikan di sini. Di akhir ceramah tadi benar-benar membuka minda kami dan saya sempat bertanyakan soalan kepada ustaz biarpun saya sudah mengetahui jawapannya. Saya sengaja buat demikian kerana saya mahu masyarakat atau para hadirin jelas di sebalik kekeliruan sepanjang menjalani ibadah puasa.

Sekian.

Inilah Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz~ Ustaz tersenyum tatkala saya mengambil gambar beliau.
(sekali pandang macam muka Abi...hihi)

2 comments:

Tn. Hafizan said...

xgtaw pn beliau dtg yer..

Aisyah Mawarddah said...

saya pun baru tahu pagi yg ustaz dtg~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails