Tuesday, May 5, 2015

UMMI'S IMAGINE

Ibu mana tak risau bila melihat anak perempuan yang dah masuk umur 25  tidak ada calon dan tiada perancangan untuk berkahwin. It's me la tu. Saya bukan jenis memilih, mungkin belum sampai waktunya lagi. Relaksss...

kadang- kadang boleh jadi isu di rumah. Antara sebab setiap kali cuti sekolah, mesti dah plan untuk travel punya. Kalo bercuti lama-lama di rumah jenuh nak menjawab pertanyaan keluarga... haha, mengelat no.1!!!

Ummi's imagine:  bila anak perempuan dah masuk 25 tahun mesti pandai masak, mengemas rumah, ketawa tutup mulut, berjalan sopan santun, sentiasa nampak ayu. Hihi. Mungkin ummi nak saya jadi seperti itu. Tapi saya pulak sebaliknya.

Kadang-kadang betul juga. Orang perempuan ini memang terdedah pelbagai risiko. Umi dan abi semakin tua. Adik-beradik jauh. Siapakah yang boleh diharapkan apabila berlaku perkara yang tidak diingini???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails