Kali ini nak share sikit pengalaman saya sepanjang di Krabi, Thailand. Trip kali ini saya tak naik flight mahupun keretapi, tetapi menaiki kereta secara konvoi. Excited sangat!!
Kebiasaannya kalo kakitangan kerajaan perlu mohon pelepasan ke luar negara sebulan awal. Tapi kali ini saya memang tak sempat. Dua hari sebelum tarikh baru nak plan. So memang berdoa banyak-banyak agar selamat pergi dan balik.Mujur pasport masih belum tamat tempoh.
Saya pergi bersama keluarga angkat saya di UPSI. Sejak saya bergelar pelajar hinggalah dah bekerja, kami masih keep in touch. Dah macam family sendiri je uolss. Pada mulanya saya berhajat nk ke Krabi naik train dengan member MRSM Pasir Salak hujung tahun ini. Sorry beb, aku survey tempat dulu. Hahaha...nnti senang kita nak ke sana.
Memandangkan family angkat yang dah buat itinerary untuk kami, saya memang follow je. Balik dari sekolah hari Khamis saya terus ke Ipoh kerana kami akan bertolak dari sana jam 2.30 pagi jumaat.
Sepanjang perjalanan di highway memang jem kot. Satu Malaysia cuti sempena Hari Pekerja. RnR pun sesak dengan umat manusia kot. Pukul 7 pagi baru dapat solat Subuh kat surau RnR. Kami meneruskan perjalanan ke Imegresen di Bukit Kayu Hitam. Memang kritikal kot. Perjalanan sejauh 20km memakan masa 5 jam. Mak aihhh... waktu jem je saya drive. Hahaha...gilir-gilir jadi driver.
Baru saya tahu rupanya harga minyak petrol di Thailand sangat mahal berbanding Malaysia. Yang untungnya negara Thailand tiada tol.
Punyalah jauh perjalanan, akhirnya kami tiba ke hotel Aonang Beach. Apa yang best di Thailand adalah tomyam yang sangat sedapppp. Sampai sekarang terbayang-bayang keenakan dan kelazatan tomyam itu. Makanan halal pun banyak. Sebenarnya sarapan kami masak sendiri. Bawa peralatan masakan dan barang mentah dari Malaysia. Chef mestilah Pn Yati, nasi lemak yang debommm.
Antara tempat yang kami Emerand Pool & Hot Stream. Hari berikutnya kami membuat Hoping Island. So aktiviti snorkeling dan mandi laut yang sangat jernih di Krabi. Saya perlu belajar berenang lepas ini. Huhu...
Family angkat saya
Blue Pool
Masak-memasak
Keindahan salah sebuah pulau di Krabi
Hoping Island
Bawa bibik sekali, memang sentiasa menjaga kebersihan sungguh dalam kereta.
No comments:
Post a Comment