Pernah satu
ketika seorang sahabat bertanya kepada saya.
“Apakah tujuan
Aisyah berblog?”
“Hmm...pada
mulanya sekadar suka-suka sahaja. Maklumlah, terlalu banyak pengalaman yang
ingin saya kongsikan. Tambahan pula bila saya dah tua kelak, bolehlah cucu-cucu
saya baca ‘Open Diary’ opahnya...haha. Selain itu, dengan berblogging, saya
dapat menyampaikan mesej kepada rakan-rakan mahupun pembaca setia blog ini sama
ada dari sudut agama, isu semasa, pengalaman sekali gus meluaskan network
kenalan di alam maya.”
Blog bukan
semata-mata satu riadah pemikiran. Ada orang gunakan
blog untuk berbisnes. Ada juga yang berblogging untuk mencari kenalan
sehinggakan mencecah ribuan follower.
Ada juga yang
menjadikan blog sebagai medan dakwah. Ya, saya sangat bersetuju. Ini kerana
kita menyedari bahawa blog mempunyai satu gapaian yang luas dan mampu untuk
kita transformasikan sebagai alat dakwah kepada masyarakat dan pembaca.
Dalam menyebarkan
dakwah Islam, tidak semestinya perlu dalam bentuk artikel yang panjang-panjang.
Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh,
pengalaman pun boleh, macam-macamlah.
Nampak?
Anda minat apa?
Tulis diari? Okey. Anda ini apa? Pelajar lagi ke. Okey.
Jadi kita buat
begini. Apa kata anda tulis diari anda sebagai seorang pelajar, sahabat baik
anda, guru anda, penglibatan anda di sekolah atau kampus, peristiwa-peristiwa
sekitar sekolah atau kampus itu, dan anda cuba ekstrak pengajaran-pengajaran
daripadanya, dan hubungkan dengan Allah. Itu sahaja sudah cukup memberi kesan
kepada pembaca atau follower blog anda.
“Sampaikanlah
ilmu walaupun sepotong ayat.”
Justeru kewujudan
blog-blog dakwah adalah satu perkara dan sangat perlu pada zaman ini.
Akhir sekali,
jadikanlah blog kita sebagai ‘medan
memperbaiki diri dan medan mengajak orang lain ke arah yang sama.’
Senantiasa online di mana sahaja
InsyaAllah, manfaatkanlah minat berblog ini.
No comments:
Post a Comment