Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum.



Baru sebentar tadi ummi telefon.



“ Aisyah jadi tak balik minggu depan?”



“Insyaallah, Aisyah nak siapkan proposal minggu ini dulu. Kalau dah siap Aisyah balik ye. Doakan agar Allah permudahkan segala urusan Aisyah”



“ Aisyah, ummi dah tempah baju raya taw. Mak Cik Ita (tailor, kawan ummi) terima tempahan sebelum bulan puasa. Baju Aisyah ikut size Aqilah (adik).”



“ Aik? awalnya ummi tempah. Semangatnya ummi ni. Hehe.



Terharunya. Dah masuk 21 tahun pun ummi masih lagi pilih baju raya untuk puteri-puterinya. Kasih ummi tiada penghujung. Sentiasa mekar harum mewangi.



“Ummi, abi sihat tak? Abi jaga pemakanan tak?”



“Alhamdulillah. Biasalah sakit-sakit tua.”



“Ummi, nanti sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa aisyah kat abi ye”



Ummi ketawa. Ummi sangat memahami fiil puteri sulungnya. Sejak dulu lagi Aisyah memang jarang berbual dengan abi. Abi lebih banyak diam daripada bercakap. Setiap kali Aisyah berbual dengan abi, Aisyah bagaikan bercakap seorang diri. Hohoho. Tapi Aisyah tahu bahawa abi sebenarnya memang ambil kisah. Kalau Aisyah minta apa-apa walau pada mulanya abi tidak respon tapi lepas itu mesti dapat! Haha.Dari itu, saya belajar tentang perangai lelaki. Teringat masa sekolah rendah dulu, cikgu bagi kad laporan peperiksaan, waktu tu result sangat teruk. Kalau tunjuk pada ummi confirm kena marah, so Aisyah pun tunjuk kat Abi. Abi melihat keputusan tersebut tanpa berkata apa-apa dan terus sign kad laporan. Fuh, lega sangat. Teruk kan? Akhirnya ummi dapat tahu juga...haha. Setelah itu, Aisyah berazam agar usaha dengan gigih lagi.



Abi sangat menitik beratkan berkaitan soal agama. Terutama sekali bab solat dan aurat. Abi yang selalu kejutkan kami untuk bangun solat Subuh. Cara abi mengejutkan kami adik-beradik senang saja, tak perlu melaung-laung untuk suruh bangun, Cuma renjiskan air wuduq yang masih basah lagi pada tangan abi ke wajah kami. Apalagi, kami adik-beradik berlumba-lumba ke bilik air. Memang efektif cara tu! Ummi pula selalu semak bacaan solat kami terutama doa iftitah, tahiyat, doa qunut, bacaan surah-surah lazim.



Aisyah telah dilatih untuk memakai tudung sejak berusia 5 tahun lagi. Mini tudung. Kalau Aisyah nak keluar bermain, sidai baju di ampaian, kalau sedara-sedara lelaki datang ke rumah, keluar jalan-jalan, abi mesti arahkan Aisyah untuk bertudung. Pada mulanya, Aisyah berasa malu dan kurang selesa kerana belum ada kawan-kawan dan sepupu perempuan yang lain bertudung seawal usia Aisyah (zaman tadika dan sekolah rendah). Mudah sahaja jawapan yang diberi oleh abi.



Kalau seseorang anak itu tidak solat dan tidak menutup aurat, ibu bapa yang kena tanggung dosa-dosanya . Aisyah sanggup lihat ummi dan abi masuk neraka kerana menanggung dosa Aisyah kerana tidak mahu menutup aurat dan tidak solat? Aisyah tidak kasihan pada ummi dan abi kah?



Waa…!!! Abi sangat tahu kelemahan Aisyah yang mudah rasa sedih kalau sentuh bab-bab ‘ummi dan abi’. Sebab itu, kalau ada program motivasi di sekolah dulu yang berkaitan pengorbanan ibu bapa, air mata Aisyah mudah sangat mengalir. Kalau dengar lagu-lagu nasyid tentang kasih ibu dan ayah pun Aisyah cepat menangis juga. Huhuhu.



Dari kecil lagi Aisyah dan adik-adik didik untuk menjadi anak soleh dan solehah oleh ummi dan abi. Ya Allah, jasa mereka terlalu besar. Kasih sayang mereka tiada nilaian ganti. Begitu besar pengharapan mereka inginkan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.



"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil." (Surah al-Isra', ayat 24)




Sebenarnya, Aisyah nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat Abi.



Sekian.


Encik Megat Muhammad Hatim

Monday, June 13, 2011

BERPROGRAM SAMBIL BERCUTI

Assalamualaikum wbt.

Nak tahu tak? Hampir seminggu saya tidak masuk ke pejabat bermula 6 hingga 10 Jun 2011 kerana mengikuti program Kursus Pemantapan JMK 2011/2012. Bos saya begitu sporting dan baik hati biarpun saya baru sebulan bekerja dah dapat cuti selama seminggu…hehe. Makasih Cik Ina!

Kursus kali ini bertempat di Pulau Pangkor. Saya begitu teruja sekali kerana sudah lama saya tidak bercuti di tempat peranginan seperti itu dan melakukan aktiviti lasak. Bak kata orang, menyelam sambil minum air. Yeay! Dah lama saya tidak berkayak, snorkelling, water confident, naik bot laju-laju, pergi coral island, BBQ, berbasikal sekitar Pulau Pangkor dan sebagainya.

Tempat penginapan kami

Kebiruan laut yang memukau pandangan


Si kembar Akhdan dan Ariq...cantik tak gambar ini??


Subhanallah. Dapat melihat ikan yang berwarna-warni.


Aktiviti Snorkelling


Cuti-cuti Malaysia






Alhamdulillah, sepanjang kursus ini saya tidaklah mabuk laut dan muntah-muntah seperti di Pulau Langkawi. Semua aktiviti saya dapat laksanakan dengan baik. Yang paling sedih, kulit saya dah gelap akibat kepanasan…sun burn!! Ahh!!

Sebenarnya kursus ini adalah khas buat JMK baru bagi sidang 2011/2012. Sebagai mantan, kami perlu memberi pendedahan kepada mereka tentang tugas-tugas JMK dan apa itu JMK sebenarnya. Memberi gambaran kehidupan realiti sebagai seorang JMK. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin dan memimpin orang lain.

JMK lelaki sidang 2011/2012

JMK perempuan sidang 2011/2012

Buat JMK baru, ingatlah sentiasa pesanan Kak Aisyah, kita dilahirkan sebagai pemimpin dan kita bakal memimpin orang lain. Di sini tiada apa yang boleh dijadikan rujukan dan panduan melainkan pengalaman orang-orang lama. Banyakkan bertanya dan merujuk kepada mantan-mantan, kami sedia membantu segala aspek. Selamat menjalani kehidupan sebagai JMK.

Sekian.


Bersama JMK sidang 2010/2011 dan JMK sidang 2011/2012


Saturday, June 11, 2011

CERITA TENTANG KAMI JMK

Keluarga JMK 10/11

Aisyah tidak mahu membuka ruang kenangan, kerana ia pastinya menyebabkan air hangat bertakung dalam kolam hati. Lama-kelamaan, ianya akan pecah dan limpah dan menghanyutkan diri ini ke dalam arus kerinduan. Tapi Aisyah nak tulis juga dalam blog ini.

Selama setahun mengharungi pelbagai tranformasi, revolusi, bertukar tampuk kepimpinan bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Ya, pahit dan manis itu ada. Namun segalanya dapat kami tempuhi bersama kerana Allah menyatukan hati-hati kita. Biarpun pelbagai prasangka, tuduhan dan sindiran terpalit, segalanya tidak diendahkan. Kami sangat tabah!

Wajah sahabat-sahabat JMK akan sentiasa terus mekar dalam ingatan Aisyah. Aisyah pasti rindu akan tawa riang, usik-megusik, sakat-menyakat setiap kali menjejak kaki ke bilik JMK.Setiap kali Aisyah lalu di hadapan bilik JMK, Aisyah pasti terbayang wajah kalian. Terima kasih kerana sentiasa buat Aisyah ceria, memberi sokongan dan pujuk diri ini setiap kali Aisyah merajuk. Tidak lupa juga gelaran ‘Datin’ yang diberi…hehe.


Buat YDP Abg Isam anda sangat cool dan serius dalam bekerja. Andalah orang yang selalu menyakat saya. Anda sangat terbuka dan baik hati. Anda akan berusaha menjaga kebajikan kami. Anda sangat bijak dalam membuat tindakan. Kita berdua memang serasi dalam bab-bab mengutuk XXXX tu ketika dia buat masalah!!! (tak baik, tak baik) Pandang mata ke atas, letak tangan ke bahu.Terima kasih Abg Isam.

Abg Wak pula umpama penyejuk keadaan. Pandai mengambil hati dan mengembalikan mood kami semula di kala konflik mendatang. Buat Kak Onechan, akak seorang NYDP yang mempunyai motivasi diri yang cukup kuat. Sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Aisyah. Makasih kak Onechan dan selamat pengantin baru.

Buat Kak Jah dan Abg Abu, anda sangat bersifat terbuka dan baik hati walaupun kami sangat suka menggosipkan kalian berdua setiap kali meeting …haha. Tiba-tiba teringat judul buku “Alahai Jijah, Abang Abu bagi dua cendol ” kat KLCC tempoh hari.

Menteri kewangan yang paling efisyen Kak Lyn dan Kak Ilya. Kerja kalian berdua sangat perfect! Bagi Aisyah, kalian ada style tersendiri. Aisyah akan merindui kalian berdua. Selamat menjalani praktikal.

Buat Fatin, susah senang sama-sama. Anda banyak membantu. Sukar dipisahkan ikatan ini. Fatin selalu ada untuk Aisyah. Fatin selalu memahami Aisyah. Fatin seorang roommate yang best!

Buat Dato’ Francis (partner dengan Datin Aisyah…olok-olok saja). Anda seorang sangat sporting dan selalu memberi idea yang bernas. Anda banyak menyelesaikan konflik-konflik dan masalah rakan-rakan seperjuangan. Anda tidak pernah meninggalkan kami dalam keadaan terkontang-kanting.

Buat Pak Din, Fizan ,Abg Riey dan Mirul, saya sangat suka bekerja dengan kalian. Kalian sentiasa nampak tenang biarpun dalam keadaan penat. Selalu merasionalkan kembali setiap perkara yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dan bijak dalam membuat keputusan. Terima kasih kerana kalian selalu pinjamkan motor untuk saya pergi ke kedai….hehe. Saya tidak sangka dapat berjumpa orang sebaik kalian. Makasih sekali lagi.

Buat Awen, Shirah, Sue, dan Lian. Anda semua ibarat adik-adik Kak Aisyah. Kita sentiasa berkongsi cerita dan sentiasa bergurau senda. Terima kasih atas segala kenangan. Kak Aisyah sangat menyanyangi kalian semua….muawhhhh!!!

Kak Mariyah seorang kakak yang bersifat keibuan. Selalu masak untuk kami. Selalu membebel macam mak cik. Sesungguhnya bebelan itu adalah hiburan kita semua..hehe. Tidak lupa juga buat Wawa, anda seorang yang lucu dan sentiasa nampak tenang. Anda tidak pernah melemahkan semangat kami semua.

Buat Abg Atau, anda memang seorang kaunselor yang baik. Saya sangat suka dengan pandangan dan pendapat anda. Anda selalu sabar dengan perangai saya. Terima kasih kerana sentiasa bergading bahu dalam mendidik anak buah dan melaksanakan program biro kediaman dengan baik.

Buat Syahril, selamat menerajui keterampilan unggul JMK sidang JMK 11/12. Gunakanlah segala pengalaman sebelum ini sebaik mungkin. Kita dilahirkan sebagai pemimpin dan kita akan memimpin orang lain. All the best, kami akan sokong anda!!

Buat Ika, Aisyah percaya pada kemampuan Ika. Anda seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa. Ketegasan yang ada pada diri adalah kekuatan anda yang tidak mudah mengalah.
Zurin dan Hala, kita masih lagi satu keluarga seperti dulu. Aisyah masih rindu kalian. Kalian memang superb. Terima kasih kerana jadi kawan susah senang. Aisyah selalu ada untuk kalian.

Ahh, Aisyah memang terlalu sayang sangat dengan mereka.Yang selalu ada dalam hidup saya susah dan senang. Tanpa mereka, tentu hidup saya tidak ada indahnya di bumi UPSI ini, tanpa mereka bagaimana saya mampu merasakan manisnya ukhwah kerana ALLAH, dan tanpa mereka siapalah saya. Saya sangat sayang keluarga JMK sidang 10/11.



Mereka keluarga saya




BARAKALLAHU KAK NISAH

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 5 June 2011, hari bahagia bagi salah seorang sahabat seperjuangan JMK 2010/2011, Kak Anisah bersama pasangan yang merupakan mantan JMK sidang 2005/2006 iaitu Cikgu Rusdi. Wah tidak sangka bertemu jodoh dalam kalangan JMK juga! . Barakallahu fik ya ukhti.

Bersama keluarga belah JMK (ada ke..???...hehe)

Selamat Pengantin Baru Kak Nisah, opps..!! lepas ini kami kena panggil Puan Anisah (hehe…bertukar status)

Cuti semester IPTA selama 4 bulan, dan kebetulan pula sekarang ini musim cuti sekolah. Banyak undangan ke majlis perkahwinan yang Aisyah terima daripada sahabat-sahabat UPSI (asif ye kerana tidak dapat memenuhi semua undangan)

Nak tahu tak? Aisyah rasa cukup bertuah kerana Aisyah yang ambil ukuran baju pengantin Kak Nisah!! ! (sebab Kak Nisah kata Aisyah kan belajar jahitan sem lepas, so kena ambil ukuran baju pengantin untuk akak) Nasib baik muat dan nampak cantik.
Baju pengantin Kak Nisah yang diukur oleh saya (ukur saja, bukan jahit...hihi)

Buat Kak Nisah, selamat melayari bahtera rumah tangga. Doakan semoga kami bertemu jodoh yang soleh.

Menurut hasil perbincangan sesama JMK, kami ingin membuat takwim perkahwinan JMK…haha. Satu cadangan yang baik. Ajk pun dah complete! Hehe…Rasa-rasa macam ramai sahaja kawan-kawan JMK yang dah stimulate nak kahwin dah ni.
Siapa yang bakal menyusul mendirikan rumah tangga antara kami ini...???

Friday, June 3, 2011



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis lagi. Saya pun tidak tahu nak klasifikasikan tajuk entry saya ini sebagai apa, tapi saya hanya membiarkan jari jemari ini menaip dan berfikir.

Semalam, saya sempat berbual dengan rakan seperjuangan JMK, saudara Hafizan. Entah bagaimana kami boleh berbincang pasal topik kewangan terutama gaji yang bakal masuk dalam akaun. Masing-masing menanti gaji pertama yang dijangka masuk pada 10 Jun ini. Alangkah bagus sekiranya gaji masuk awal sekurang-kurangnya ada duit poket untuk ke Pulau Pangkor pada 7-10 Jun ini...hehe (ada kursus di sana)

Semalam keputusan biasiswa KPM juga telah keluar. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya.Hanya beberapa program pendidikan yang ditawarkan biasiswa tersebut. Hati sedikit cemburu. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu membayar balik pinjaman duit PTPTN yang berpuluh-puluh ribu.

Tidak mengapalah. Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki dan memenuhi segala kecukupan untuk saya dan rakan-rakan yang lain. Mungkin sekarang ini saya sedang diajar oleh-Nya erti sabar, kuat semangat, bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan.


Ummi selalu berpesan supaya kita selalu berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki. Amalkan solat sunat Dhuha setiap hari dan selalu bersangka baik dengan Allah.

Mungkin ini tarbiyyah dari Allah untuk saya supaya saya mengenal erti kehidupan sebenar. Sejak saya bekerja di Canselori dan menjadi guru tuisyen, barulah saya sedar bahawa bukan mudah ibu bapa kita mencari rezeki. Tambahan pula saya berasal dari keluarga yang besar. Abi dan ummi perlu menanggung kami enam beradik yang masih lagi sedang belajar. Tiga antara kami sudah memasuki universiti. Memerlukan kos yang tinggi. Tiga orang lagi masih berada di sekolah menengah.

Ummi juga pernah berkata kepada saya, walaubagaimana payah sekalipun, ummi dan abi mesti usahakan agar anak-anaknya dapat belajar asalkan kami bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Saya hanya mampu menitiskan air mata saat ummi bercerita.


Saya juga selalu berpesan kepada adik-adik saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Hargai jasa ummi dan buatlah ummi dan abi tersenyum bangga melihat kejayaan kita adik-beradik. Jangan sibuk fikir perkara lain, fokus pada study.

Alhamdulillah, kedua-dua orang adik saya yang menuntut di UPM berjaya mendapatkan biasiswa JPA, setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan ummi dan abi.


Sehingga sekarang saya masih lagi tidak jemu mencari lubang-lubang penaja atau biasiswa mahupun bantuan dari mana-mana pihak. Saya akui bahawa persaingan amat tinggi terutama dalam kalangan mahasiswi. Sejujurnya, keperluan sebagai seorang student terlalu banyak dan kini harga barang semakin meningkat. Kos sara hidup juga semakin tinggi.

“Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit”

Kadang-kadang saya letih berfikir tentang duit. Sehinggakan saya menangis sendiri.

Abi bukanlah seorang kakitangan kerajaan yang mempunyai pencen, manakala ummi adalah seorang guru tadika. Berapalah sangat gaji mereka untuk membiayai kami adik-beradik yang semuanya masih lagi belajar. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu meminta duit melainkan di tanya.


Sebagai anak sulung, biarlah saya belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Biarlah saya mendidik diri agar menjadi insan yang tabah. Apa yang penting, saya mahu habiskan pengajian ini tepat pada masanya supaya saya dapat menggembirakan hati kedua ibubapa saya dan juga membalas jasa-jasa dan penat lelah mereka. Saya mahu merealisasikan impian saya sebagai seorang pendidik.

Semoga saya diberi peluang untuk menyenangkan hati mereka. Semoga saya diberi peluang untuk membuat mereka rasa sedikit bangga. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka rasa gaji pertama saya. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka hidup yang lebih selesa. Semoga saya diberi peluang untuk posting di sekolah berhampiran dengan rumah. Semoga saya diberi peluang untuk memberi yang terbaik buat mereka pula.

Semoga Allah memberi peluang pada saya untuk melaksanakan semua itu. Semoga Allah memudahkan jalan ini. Semoga Allah meminjamkan saya sedikit kekuatan-Nya untuk saya meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah merahmati kedua ibubapa saya setiap masa.



Siapa pun anda yang terbaca entri ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua agar setiap langkah dalam hidup saya dipermudahkan dan dirahmati-Nya insyaAllah.

Ingatlah, ketika anda merasakan susah, janganlah mengeluh kerana ada lagi yang lebih susah dari anda. Ketika anda berasa senang, janganlah kufur dan melupai Dia. Segalanya milik Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Semoga saya terus diberi kekuatan.

Wednesday, June 1, 2011

REZEKI

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang untuk kita bernafas dalam jiwa hamba. Juga segala puji bagi-Nya yang sentiasa membuka ruang untuk kita bertaubat di atas segala dosa dan khilaf yang kita lakukan. Cuma kita, yang kadangkala lalai dan sentiasa lalai, dengan melepaskan setiap masa-masa emas yang datang dan kemudian ia pergi takkan pernah kembali lagi walau sesaat.

Sejak Aisyah bekerja sebagai 'Skim Pelajar' dan mengajar tuisyen, laptop and internet are no longer my first passion everytime i'm being home . Kadang-kadang nak update blog pun kurang rajin (ikut mood). Aisyah lebih suka mengisi masa dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah dan memasak (practice dari sekarang…hehe)

Diam tak diam sudah hampir sebulan Aisyah bekerja di Bahagian Sumber Manusia, unit Cuti Belajar (pensyarah2 USPI yang sambung pengajian di luar negara). Sejak bekerja di bahagian ini, tiba-tiba perasaan Aisyah ini stimulate untuk sambung Master ( degree pun belum habis dah berangan nak sambung Master…hehe). Ummi pesan, kita perlu merancang untuk jangka masa panjang, setidak-tidaknya melihat diri kita 5 tahun akan datang. Aisyah bertambah semangat dan bermotivasi melihat pensyarah-pensyarah atau tutor yang bersudah bergelar Doktor Falsafah sebelum mencecah usia 30 tahun. Aisyah perlu berusaha lebih gigih untuk menjadi seperti mereka!

Tempat Aisyah bekerja di Bangunan Canselori UPSI


~Pejabat saya di unit Cuti Belajar~


Rakan-rakan sekerja

Dear my roommate Fatin, thank you for being the most understanding and supportive me which always cheer me up whenever I feel tired. Remind me whenever I forget, make joke for me to laugh. Setiap hari kami berpisah berjam-jam lamanya. Komitmen kami berbeza. Aisyah di Canselori dan Fatin di pejabat KHAR. Belum lagi dengan tuisyen yang hampir setiap malam. Namun perpisahan itu kami rasakan persahabatan semakin erat dan akrab (ecece…mesti Fatin touching bila baca ni, hihi)


My lovely roommate~ Fatin and me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails