Mula-mula posting SARJANA, memang cuak jugak dengan Cikgu Omar. Bayangkan, sejak saya berada di bangku sekolah dah biasa mendengar beliau. Saya mula melapor diri sebagai guru di SARJANA pada tahun 2014. Pertama kali saya berjumpa dengan beliau secara face to face.Dari segi perwatakan, beliau seorang yang tegas tetapi mendidik. Secara peribadi, saya sangat selesa bekerja dengan beliau. Terasa seperti " Ayah & Anak". Muka garang tapi dalam hati ada taman. Sepanjang berurusan dengan beliau, tak pernah lagi bajet yang saya minta ditolak. Setuju ajeee....itu yang best kerana beliau yakin dengan kemampuan diri kita. Kalau kena tegur. biasalah tu. Anggap ia sebagai teguran untuk mematangkan kita sebagai guru muda yang baru mengenali dunia pendidikan. Insyaallah, saya akan realisasikan majalah sekolah SARJANA tahun ini.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baru. Kalau ada rezeki, bawalah saya pindah ke SIS juga...opppss.
Seperti "Ayah & Anak"
Ayahanda mantan pengetua, Cikgu Omar
Langkah bagai seorang pahlawan
Senyuman beliau paling mahal
1 comment:
inilah pengetua yang paling saya sayang.. walaupun saya hanya baru mengenalinya setahun..
Post a Comment