Thursday, December 31, 2015

BACKPACKER KE PERTH ( Part 2)

Sehari sebelum bertolak, barulah saya terhengeh-hengeh nk packing bagasi makanan. Bagasi pakaian dah 3 hari siap. Untuk bagasi makanan, anda kena semak kat internet terlebih dahulu barangan yang boleh dibawa ke Australia dan buat senarai dalam kertas. Makanan memang susah di bawa masuk ke Australia. Ia melanggar peraturan negara mereka. So, declare sahaja makanan yang kita bawa dengan buat list kertas. Sampai sana, mereka akan check bagasi makanan yang kita bawa.


Makanan yang BOLEH dibawa:
  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
  • ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
  • beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
  • rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • serunding daging/ayam
  • bahan makanan yang mengandugi telur
  • hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
  • minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
  • buah-buahan
  • rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
  • daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini


 Bagasi makanan saya :

Perjalanan kami dari KLIA 2 ke Perth memakan masa 5 jam setengah. Air Asia menjadi pilihan kami dengan harga tiket RM 980. Dari KLIA 2 kami bertolak jam 12.05 am so sampai sana dalam 5.30 am. Sepanjang dalam flight tido jelah sbb malam. Sebaik tiba di airport Perth, Bro Shardy dan Hj Yon menjemput kami untuk ke homestay mereka.

Hj Yon dan Bro Shardy menjemput kami di airport. 
Saya pun lupa nama kandang yang Hj Yon tarik dengan Estima. Maklum ler bagasi besar-besar belaka untuk diletakkan.

Sampai homestay, kami terus serbu dapur yang cantik. Al maklum ler, makan nasi lemak Pak Naser awal sangat dalam flight. Cepat sangat lapar. Bro Shardy telah menyediakan bahan mentah untuk kami memasak. Mujur ada geng mak-mak yang pandai masak. Kelengkapan memasak yang disediakan sangat tip top!!! 

Geng mak-mak menunjukkan skills masing-masing

Datin Masak, Dato' Suka

Orang berbudi, kita berbahasa. Kami turut menjamu Hj Yon dan isteri Mak Ila untuk sarapan bersama kami . Walaupun baru berjumpa, terasa macam keluarga sendiri. Hj Yon banyak membantu saya dalam menyusun itenary. Untuk hari pertama, kami hanya ronda-ronda sekitar bandar Perth dahulu.

Selepas bersarapan + rehat + makan tengahari, kami apalagi bersiap untuk berjalan-jalan dan beli bahan mentah untuk memasak. Kalau bab pergi kedai memang saya sukeeee...

 Big smile....!!!

 Biarlah mak-mak membeli dan memilih ikan, anak-anak jaga troli je...hihi

Bawang kat sini memang mahal, sbb masa kat airport dah kena rampas, so kena beli lagi.

Hari pertama survey harga Corelle... mmmg murahhh beb!! Krimas sale lagi, dpt diskaun 30% di Big W

Muka excited dapat Corelle!!!

Tu diaaa, kalo kat Malaysia sekotak di dlm RM 400 kat sne saya dapat harga RM 120 henggetttt!!

Ok, bersambung next entry pulak...!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails