Thursday, March 8, 2012

PEMERGIAN DUA SAHABAT SEPERJUANGAN


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Allahurabbi…terasa benar akan kehilangan sahabat yang sama-sama satu universiti, satu persatuan, satu organisasi.

Namun, yang lebih amat diingati,

Sahabat satu perjuangan bersama, sahabat satu aqidah,

Semoga dirimu bahagia di sana..

Saya masih ingat, hampir setiap hari saya akan menerima mesej darinya. Seorang sahabat yang sentiasa follow up gerak kerja perjuangan, makluman perjumpaan persatuan, memberi mesej nasihat dan tazkirah. Hingga hari ini, saya masih terngiang-ngiang bunyi mesej masuk (inbox), pasti mengharap itu adalah mesej darinya.

Dialah yang bersemangat melontarkan idea dan pendapat setiap kali perjumpaan, agar sahabat-sahabat sentiasa thabat dalam perjuangan.

Akhirnya pada tanggal 6 Mac 2012 Allah menjemput mereka dahulu. Masih terkejut akan berita ini. Seakan tidak percaya tapi itu semua takdir Allah buat mereka.

Masih ingat lagi, pada ketika itu saya dan beberapa orang muslimat UPSI mengadakan usrah pagi, kami antara yang awal menerima berita ini bila mana salah seorang sahabat yang terlibat dalam kemalangan menghubungi sahabat kami yang berada di Kolej Kediaman Ungku Omar. Detik cemas ketika itu, lantas kami menghubungi kesemua mereka (seramai 5 orang menaiki kereta) yang dalam perjalanan pulang dari Kedah ke UPSI. Akhirnya telefon itu dijawab seorang lelaki yang memberitahu bahawa 2 orang sahabat kami sudah tiada lagi.

Terpenjam mata seketika akibat terkejut dengan berita yang diterima .

“Ya Allah, sekelip mata saja Kau mampu mengambil semula nyawa hambaMu yg dipinjamkan buat sementara.

Hanya DOA yang mampu kukirimkan buat kalian berdua.



Semoga Allahyarhamah Hidayah dan Fatini tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh

Keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 2 sahabat siswi UPSI

6 comments:

Anonymous said...

Al fatihah..takziah..semoga kedua-dua sahabat kita dimasukkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh. DariNya kita datang, dan kepadaNya jua kita dikembalikan. Giliran mereka tiba dahulu, esok lusa kita pasti akan menyusul mereke. Semoga bertemu lagi di Jannah.
Tumpang sedih..

Fazzira said...

al-fatihah..semoga keduanya di tempatkan di kalangan org2 soleh.. kehilangan sekelip mata, msti susah nak terima, lbh2 lg keluarga mereka..doakan kekuatan buat keluarga keduanya.. insyaAllah

Khalis. said...

Assalamualaikum w.r.t,.moga2 ukhti berada dlm keadaan sihat hendakNya,.ana juga turut sedih mndgr khabar pemergian sahabt2 ukhti,.Innalillahi wainna ilaihi raji'un,.,.Setiap yang hidup pasti akan pergi,.ana juga prnah kehilangn org yg ana syg,.moga2 roh mereka ditmptkn dlm kalangan org2 yg beriman,.Allahumma Ameen

Hazwan said...

al-fatihah..


saya pernah merasai pengalaman ini, genap setahun yg lalu..


http://kalampatah.blogspot.com/

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Allahurabbi..sedihnya

AienAiril said...

salam ukhuwah semoga mereka dirahmati allah
jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan buku2 menarik dari
ustaz riduan. semoga mendapat manfaatnya :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails