Saturday, August 14, 2010

SAHABAT


Salam ramadhan buat sahabat-sahabat yang sentiasa follow up blog Aisyah yang tidak seberapa ini. Terasa sudah bersawang blog aisyah ini. Semoga apa yang ingin Aisyah kongsikan dapat memberi manfaat buat antum.

Alhamdulillah, Allah pertemukan diri ini dengan ramadhan lagi, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Aisyah ingin membawa sahabat-sahabat semua merenung kembali bagaimana situasi para sahabat ketika menjelang ramadhan. Mereka akan berbalas-balas ucapan “Ahlan ya Ramadhan, ahlan ya ramadhan” atau “ramadhan karim” dan disambut dengan lafaz “ Allahu Akram”. Bermaksud Ramadhan penuh kemuliaan. Amalan berbalas-balas ucapan tersebut turut diamalkan pada masa kini kerana Dr Essmat ( Felo KHAR) yang berasal daripada Palestin mengalakkan kami untuk berbuat demikian.Betapa gembiranya kami menyambut untuk ramadhan kali ini. Mungkin kerana diri ini semakin meningkat dewasa, kalau dibandingkan sebelum ini kita selalu ternanti-nantikan Syawal, balik kampong, baju baru dan duit raya sahaja.

Seperti sebelum ini, ramadhan pertama Aisyah pasti menyambut bersama keluarga. Pada tahun ini, negeri Perak tidak bercuti untuk 1 ramadhan tetapi dilanjutkan untuk cuti nuzul Al-quran pada minggu hadapan. Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk Aisyah menyambutnya bersama keluarga pada 2 ramadhan. Turut dimeriahkan juga, Aisyah membawa dua orang rakan aisyah untuk meraikan ramadhan bersama keluarga di kampong.

Pemandangan di sungai Perak bersama Kak Tiqah

Banyak perkara yang ingin Aisyah kaitkan dengan Ramadhan ini. Terutama sekali ialah SAHABAT. Detik-detik perkenalan Aisyah bersama sahabat-sahabat bermula dengan berbuka puasa di dalam talam dan saling suap-menyuap antara satu sama lain. Kebetulan pada ketika itu masih sem 1 lagi dan kebanyakan antara kami adalah rakan exco dan ahli rakan surau yang baru. Di sinilah Aisyah mula kenal Fatin, Zurin, Hala, Ika, kak Onechan, kak Wana, kak Yani, kak ifa, Mas, Hajar dan ramai lagi. Itulah sahabat-sahabat Aisyah sekarang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Aisyah dalam menjalani hidup di kampus. Alhamdulillah, kebanyakan dari kami memegang taklifan dalam satu organisasi kini.

Senior Aisyah pernah berpesan sewaktu aisyah di MRSM PS, “ Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari betul-betul… Aisyah carilah sahabat yang selalu pergi ke surau atau masjid. Insyaallah aisyah akan terasa manis dan indahnya ukhwah itu”

Hidup ini memang perlu berteman. Sebab itulah, untuk mendapat kehidupan yang baik, maka sahabat yang baik perlu dicari. Kita melihat bahawa kehidupan manusia itu banyak dipengaruhi oleh rakan sekeliling bukan..??

Aisyah banyak melihat peristiwa atau situasi yang menunjukan sahabat itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri seseorang. Aisyah pernah mempunyai kawan yang baik, tetapi akhirnya bertukar kepada pelajar yang bermasalah kerana salah memilih sahabat. Aisyah juga pernah mempunyai sahabat yang awalnya teruk perangai. Tetapi setelah dia bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik, maka dia berubah.

Bersama sahabat-sahabat, kita boleh menjadi tenang. Ini disebabkan kami saling cinta-mencintai kerana Allah. Hidup juga akan terasa manis. Masa kan tidak bahagia jika diri sentiasa diambil berat, diri sentiasa mendapat nasihat, doa-doa sering pula berterbangan kepada kita, dan bicara-bicara yang menenangkan sentiasa sampai kepada kita.

Buat sahabat-sahabat JMK dan Rakan Surau pada sidang ini, terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik buat Aisyah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails