Saturday, April 25, 2015

PELAJAR SEKOLAH IZZUDDIN SHAH, IPOH



Kisah pelajar saya di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh ( sekolah lelaki kot). Biasalah jadi cikgu " mak-mak sgt".

" Cubalah semangat belajar. Cikgu tengok awak sume ni lesu dan longlai je. Ape ke he?"

" Cikgu, kami tak semangat lah sebab xde budak perempuan."

" Kan cikgu ni perempuan, antara guru yang paling muda dan satu-satunya guru perempuan bujang kat sini. Sweet 24 lagi tau.!"

" Haah lah, beza umur kami dengan cikgu 10 tahun je kan."

" Amboi- amboi, baru form 2. Berhingus lagi korang ni. Cikgu akan pastikan bakal suami cikgu bukanlah bekas pelajar cikgu ok!" Hahaha




Friday, February 20, 2015

GURU SANDARAN 2014

Assalamualaikum wbt.

Enrty kali ini ingin menceritakan pengalaman saya bekerja sebagai guru sandaran sebelum posting mengajar entah ke mana. Tahun lepas punya cerita~

Pada mulanya saya memang tengah sambung master di UKM.Saya hanya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja. Dalam tempoh 5 bulan benar-benar telah membuat saya bermusahabah diri. Akhirnya saya menarik diri dalam membuat research walaupun proposal bagai sudah dihantar. Bukan saya pemalas, cuma saya rasa tak best...hahaha. Baru saya mengenali diri bahawa saya suka bercakap dan tak boleh menghadap dan baca jurnal lama-lama.

Saya mengambil tindakan dengan menghantar resume secara walk in kat sekolah menengah agama negeri dan PPD Perak Tengah. Untuk dipendekkan cerita, kesemua sekolah tersebut menelefon saya. Maka, saya memlilih untuk berkhidmat di sekolah yang call dan minta lapor diri segera, iaitu Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Sekolah lelaki kot. Mula-mula cuak jugak, tapi saya cikgu jenis selamba. Ada cikgu kesahhh!!

Alhamdulillah, pelajar-pelajar sangat menghormati guru. Saya mula menyayangi mereka. Dari perwatakan cikgu garang bertukar kepada watak " mak-mak"...haha. Sangat best ajar kat SIS. Masa mula-mula lapor diri, saya belum ada tempat tinggal dan kenderaan. Yang paling tragis sekali, tiada guru bujang perempuan pun kat sekolah itu. Hanya saya seorang. The ONLY ME!!! Tapi Allah Maha Mengetahui, saya dibenarkan untuk tinggal di Sekolah Raja Perempuan Taayah ( sekolah perempuan). Jarak dalam 2km je. Pengangkutan pun diesediakan, menaiki van. Penginapan RM 50 sebulan + pengangkutan free. Memang jimat duit gaji. Gaji saya dibayar RM 1,700. Oklah tu, sementara tunggu posting, sekurang-kurangnya boleh buat simpanan dan beli tiket flight. Komitmen hanya pada diri sendiri.

Saya diamanahkan untuk mengajar subjek Sains dan Matematik bagi Tingkatan 2&3. Sekolah Izzuddin Shah ini 3 in 1, aliran akademik+agama + tahfiz. Dari segi disiplin sangat bagus. Saya pun senang nak ajar mereka, asyik faham je. Kalo lihat muka mereka pun sejuk hati. Ada nur dan ramai yang muka baby face lagi. Hihi

Pada ketika itu, umur saya baru menjangkau 24 tahun. Habis belajar umur 23 tahun di UPSI. So tak delah nak menganggur lama- lama kat rumah. Saya antara guru paling bongsu kat bilik guru. Actually kat SIS,  bilangan guru lelaki lagi ramai berbanding guru perempuan. Kebanyakkan mereka ustaz-ustaz. Bunga sekuntum, kumbang punyalah banyak. Ehem, ehem...jual mahal masa itu. Stop it!

Guru-guru senior sangat menyayangi saya. Mereka terlalu baik hati. Memang berbeza karakter guru sekolah agama dengan sekolah harian biasa. Saya banyak berubah bila bersama mereka. Namun, setelah menerima panggilan surat posting saya terpaksa pergi meninggalkan mereka demi kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah. Lebih kurang sejam jarak dari SIS.

Sayonara SIS ~ Feb - Okt 2014

Cikgu Aisyah tetap rindu ♡♡ ♡ SIS

PERANCANGAN KE KOREA 1

Selamat pagi kawan-kawan.

Tinggal lebih kurang 3 minggu lagi saya dan geng cikgu bujang akan travel ke Korea secara backpacker. Kami dah beli tiket ini pada November 2014 dan terbang pada Mac 2015. So lebih kurang 5 bulan je persiapan kitorang. Sangat teruja kerana waktu itu adalah musim bunga. Korea adalah negara ke-5 yang bakal saya jejaki. Sebelum ini travel ke negara-negara matawang rendah. Almaklumlah masa tu masih student lagi. So bila dah kerja, upgrade sket.

November~ beli tiket flight
December~ Cuti & Banjir
Januari~ Mengajar, mesyuarat, program sekolah, bla..bla..
Febuari~ Terhengeh- hengeh booking guesthouse & apply cuti...huhu
Mac ~ Terbang

Nak dijadikan cerita, dalam kesibukkan menjalankan tugas sebagai guru di sekolah, tak sedar tarikh semakin dekat. Baru perasan yang kami tak booking lagi penginapan untuk di sana. Sekurang-kurangnya 2 or 3 bulan dah settle. Saya pulak tinggal 3 minggu...hampeh betul!! Apa lagi, kelam-kabut cari guesthouse untuk kami bertujuh. Rupanya senang je nak booking, sbb buat reservation secara online. Then , mereka akan reply by emel. Semua emel yang saya terima adalah sangat mendukacitakan.Banyak yang dah penuh, kalo ada pun yang mahal-mahal. Padan muka, sapa suruh buat reservation last minute. Insaf, insaf...huhu.

Dengan semangat kegigihan, kecekalan dan kesungguhan...akhirnya dapat juga. Saya cari kat booking.com. Alhamdulillah, lega sangat2.

Tiket flight~ Done
Booking penginapan ~ Done
Draf Itinerary~ Done
List menu makanan~ otw
List Barang Keperluan~ Done
Bajet kewangan ~70%
Subway Apps~ Done
Currency Apps~ Done
Kiblat Apps ~ Done
Final Itinerary~ otw
Bahasa Korea ~ otw

Ok, nak sambung siapkan soalan ujian selaras pulak.





Thursday, February 19, 2015

DUIT KUTU


Last main duit kutu masa zaman sekolah. Sekarang ini, saya buat simpanan dalam takaful. Sekurang-kurangnya beranak pinak jugak duit tu. Kawan-kawan saya kat bilik guru memamg rajin main duit kutu especially untuk beli pinggan ke, tupperware ke, cadar bagai. Memandangkan saya antara guru paling muda, mungkin belum sampai masa untuk beli barang-barang macam tu lagi. Haha...bajet sangat!

Disebabkan saya jenis kaki travel, saya telah menghasut agar mereka tidak lagi main duit kutu untuk beli pinggan, tupperware dan cadar...jeng, jeng, jeng. Saya telah menghasut dan mempengaruhi mereka untuk main kutu beli tiket flight.  Hahaha...! Akhirnya mereka bersetuju dengan syarat saya adalah ketua rombongan cik kiah!! Ambik kau! Menyesal pulak menghasut dorang, kah, kah, kah...So, saya pun bersetuju, mujur ada geng2 travel ramai, refer kat dorang je nanti.

Bukan setakat menghasut beli tiket flight je, mereka juga telah terpengaruh dengan saya yang suka shopping online di LAZADA.COM.... haha. Memang pakai akaun maybank2u I jelah. Lepas ni saya perlu ada letak GST inclusive sekali. Nakal betul Teacher Aisyah ni!!!

CIKGU SUKA TRAVEL

Seperti biasa, waktu cuti sekolah lah yang paling saya suka. Mengalahkan pelajar- pelajar sendiri. Cikgu pulak yang over... haha. Ada cikgu kesahhh!

Sebelum mula cuti dah plan merancang ke negara-negara yang diimpikan. Cikgu bujang lah katakan, bukan reti duduk diam kat rumah. Asalkan bahagiaaa...

Kadang- kadang geng kaki travel ni mesti tanya,
" Bila lah kita nak kahwin macam ni, bajet gaji asyik pergi beli tiket flight je."... hahaha.
Memang tak dinafikan, kadang-kadang tu rasa perancangan travel & backpacker lagi best daripada perancangan bila nak kahwin. Calon pun tak fikir. Tak per, asalkan bahagiaaa..
Sesungguhnya Allah lebih tahu bila masa yang sesuai. Yang penting berdoa



Monday, August 18, 2014

RUMAH SEWA

Salam apa khabar? Harap semua baik-baik belaka. Dikesempatan ini berpeluang menulis entry ringkas tentang rumah.

Ramai kawan-kawan saya yang baru sahaja posting. Bila sudah tahu penempatan tempat mengajar, antara perkara utama yang sering dibincangkan nak tinggal di mana. Beruntung kepada sesiapa yang dapat kuarters guru kerana masih terdapat kekosongan. Ada juga yang tinggal dengan keluarga sendiri kerana sekolah dekat dengan rumah. Tetapi ada yang terpaksa menyewa. Sebut tentang menyewa rumah, masing-masing mengeluh dengan harga sewaan bulanan. Almaklum lah, baru nak start hidup dan masih belum berkemampuan nak beli rumah sendiri.

Setiap tahun harga rumah semakin melambung-lambung meningkat. Maka kami yang baru bekerja terpaksa menyewa terlebih dahulu. Kawan-kawan saya masing-masing  bercerita harga sewa rumah mereka yang mencecah ribuan ringgit. Kalau tambah dengan kelengkapan perabot, maka harga semakin meningkat. Itu baru kisah tentang rumah, belum termasuk kos-kos yang lain seperti bil, minyak kereta, makanan, dan perbelanjaan yang lain. Kalau sewa bilik, mungkin harga murah sedikit, paling tidak harga bawah RM500.

Alhamdulillah, kini saya mengajar di Ipoh. Pada mulanya memang ralat nak cari rumah. Syukur saya dibenarkan tinggal di bilik warden biarpun saya bukan warden dan guru yang mengajar di sekolah tersebut. Yang paling best saya hanya perlu membayar RM 50 termasuk air dan elektrik. So, memang jimat. Kalau makan, saya pergi ke dewan makan. Memang nostalgia, teringat zaman belajar di MRSM Pasir Salak dulu.

 Kamar katil ku 

  Bilik ku bersama roomate

 Ruang tamu

 Meja makan

 Perabot kerusi

 Almari bajuku

Bilik air

Sunday, January 12, 2014

PERAKIAN

[ First Entry 2014]




Assalamualaikum wbt.

Kadang bila Allah uji, macam terduduk sangat.. Nak melangkah di atas jalan dakwah pun terkedek-kedek.. Terduduk sampai tangguh usrah dengan mutarabbi..

Dan tertanya-tanya, betul ke aku ini duduk dalam sistem tarbiah? Kenapalah perangai tak macam orang yang ditarbiah? Paling sedih, masa itu kita tidak tahu pun pada siapa kita patut cerita masalah kita..


Tapi banyak kali Allah panggil balik… Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat Haraki. Teringat waktu pertama kali diberi taklifan sebagai Raisah Ehem ehem. Masih terpinga-pinga dengan apa yang perlu aku lakukan. 

Alhamdulillah saban demi saban aku mula memahami secara berperingkat. Hatiku mula terpaut dengan jalan yang kupilih ini. Hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat semakin bertambah, pimpinan pusat dan negeri semakin kukenali, gerak kerja Islam dan sebagainya. Aku dipertemukan ‘partner’ kerja yang sangat bagus biarpun kami berjauhan dan berlainan kampus. Aku kini memahami apa itu erti ikhtilat antara muslimin dan muslimat. Bila bersama mereka aku terasa terdidik iman dan hati...Biarpun hampir dua sidang aku diberi taklifan dalam organisasi, akan kusimpan segala kenangan ukhwah bersama mereka. Kini aku benar-benar faham apa itu berukhwah kerana Allah SWT. Doakan semoga terbina Baitul Haraki dalam kalangan mereka.
Amin...







Thursday, October 31, 2013

Work At Home Muslimah

“Aisyah, kenapa ko beriya-iya berbisnes?” tanya seroang sahabat.

“Minat dan kepuasan. Lama sangat tunggu posting” Jawabku.

“Ko cari duit macam nak kahwin je.” Soal sahabatku sekali lagi.

“Ish, tak de lah, asal keje lebih sket ko fikir kahwin. Ko nak tahu ape cita-cita aku?”

“Alah, senang je. Ko tu graduan UPSI of courselah jadi cikgu. Sekarang ni ko buat master mesti kerjaya ko tu pensyarah.”

“Betul tu, tapi hakikatnya aku nak jadi WAHM.”

“Hah? xpernah dengar pun.”


“Work At Home Mom atau Work At Home Muslimah. Means, bekerja di rumah.”

“Haha, macam tak percaya je. Bukan ke ko ni  jenis tak suka terperap kat rumah. Sokmo busy dan berprogram.”

“Aku akan buktikan satu hari nanti. Cari income dari rumah sangat berbaloi berbanding kerja makan gaji di samping aku dapat jaga anak-anak aku sendiri tanpa menghantar ke taska or nurseri.”

“Tu diaa, berfikiran jauhnya ko ni.”

Sunday, October 13, 2013

TAKAFUL CONSULTANT



Assalamualaikum .

Now I’m 23. Kadang-kadang tu merasakan diri ini belum cukup matang untuk segalanya. Sejak tamat pengajian di  UPSI ada beberapa perkara yang disenarai pendek telah aku lakukan. Banyak juga perkara yang aku lakukan dengan main redah je. Antaranya jadi Takaful Consultant. Haha…

Memang bukan dari senarai yang pernah aku list sebelum ni.  Working as a full time takaful consultant and full time student Master of Engineering at UKM  requires me to change the way I think of myself. Some people suka “memperlecehkan” but some people taught me that everything is within your own control. Of course I have my flexible time to manage my master study. Whatever it is, I will try to keep myself to be strong. This is the platform for me to be more confident of my own capabilities.

 I always asked myself, asked Allah, "why me? “why must do this?”  But today, I get the answer. I know, I have a strong will in everything I do. Even if I have to do something because I was asked or forced to, I will give my best. Of course I will cry a lot along the way, but that's just me overcoming fear and stresses. But Allah eased everything for me. Alhamdulillah..

I will never forget how hard it was for me to get into this phase of life. I know, there are various ways to gain money and build a life. But, I choose to pursue my career in this field. Not because I am good at it, but I wanna use my knowledge and everything that I learnt. I am excited to start this journey not because of what the job has to offer, but I wanna build myself.  Because I know, a Takaful Consultant not only build things up but also his own life, by that means my personal development.

I wanna be bold and stronger than I am today. I wanna face people with no fear of making mistakes. I wanna be more confident in myself. I know, this is my own kick-start insyaAllah :)

So dear readers, please give me your best wishes so that I can do well as a Takaful consultant . I know, things are not going to be easy. Time will always be limited in this industry. But I will find the life balance one day. I will do my best in everything I do.



Monday, September 16, 2013

KONVOKESYEN AISYAH.

Alhamdulillah, setelah 4 tahun menuntut ilmu di UPSI dalam bidang pendidikan. Akhirnya saya grad juga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. Rasa macam tak puas je belajar, lalu saya mengambil keputusan untuk sambung Master dalam bidang kejuruteraan. Entah lah, sebenarnya saya tak merancang untuk sambung belajar di UKM. Pada perancangan saya ingin meneruskan pengajian di UPSI sahaja, memandangkan dapat tawaran di kampus lain pula maka saya teruskan juga...hehe.

Biarpun bukan dalam bidang pendidikan, namun saya tetap mahu buktikan bahawa saya boleh!!! Usaha dan kerajinan perlu ditingkatkan lagi. Moga-moga ada hikmah di sebalik keputusan ini.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails