Wednesday, February 23, 2011

NIKMAT SIBUK



Nikmat kesibukkan pada diri Aisyah benar-benar terasa. Mana tidaknya, kini Aisyah melakukan tugas-tugas penajaan sempena program Pesta Buku dan Informasi. Mencari penaja bukanlah satu kerja yang mudah. Bukan mudah nak cari pihak yang sanggup menaja ribuan ringgit sekiranya tidak kena cara yang betul. Belajar menajamkan skill berkomunikasi serta berurusan dengan pengarah-pengarah syarikat terutamanya syarikat penerbit buku. Cuak juga kerana kita membawa nama universiti dalam berurusan dengan pihak luar. Sekiranya ada cacat cela dan kelemahan, buruklah nama universiti. Seperti biasa, urusan surat-menyurat, faks, semak emel bagi menerima maklum balas, follow up penaja untuk confirmation dan sebagainya.Biarpun sekarang ini minggu kritikal dengan tugasan, midterm dan quiz.

Selain itu, selaku Exco Kediaman, biro Aisyah sedang sibuk dengan gerak kerja program ke rumah anak-anak yatim di Bukit Beruntung pada 6 Mac 2011. Tujuan program ini adalah untuk mengajar anak buah atau rakan exco (REXCO) bagaimana untuk melaksanakan sesebuah program dari segi aktiviti, teknikal, pengangkutan, cenderahati, protokol,media,urusan kewangan(bendahari) supaya tidak over bajet yang diperuntukkan dan juga surat-menyurat(s/u). Dalam pada masa yang sama sedang menilai rexco yang bakal menggantikan tempat Aisyah pada sidang akan datang. Maklum sahaja kami JMK akan habis sidang dalam beberapa bulan sahaja nanti. So, kena cari bakal-bakal pengganti dari sekarang dan menerapkan mereka elemen-elemen kepimpinan. Aisyah akui, Aisyah juga masih dalam proses belajar dan kita bukanlah insan yang sempurna, tetapi kita cuba belajar dan kongsikan ilmu serta pengalaman yang kita ada pada orang lain.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin Aisyah kongsikan buat pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah. Entah mengapa terasa banyak perkara untuk diluahkan pada entry kali ini sedangkan banyak kerja yang menanti. Mungkin setelah curahkan segala apa yang terbuku di dalam fikiran, Aisyah akan berasa lega. Rasa-rasanya macam berkaitan dengan apa yang sedang Aisyah alami sekarang ini.

Aisyah ingin petik satu hadis Nabi s.a.w. yang mafhumnya bermaksud:

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang ramai manusia sering dilupakan oleh manusia: Nikmat kesihatan dan masa lapang." (HR Bukhari)

Dalam sedar atau tidak, menyibukkan diri menjadi salah satu jalan yang dapat kita telusuri agar tidak tergolong dalam dua golongan yang disebut oleh baginda ini.

Menonton movie dari pagi sampai ke petang.

Berjalan-jalan dan merayau-rayau di pusat membeli belah tanpa tujuan.

Melayari internet tanpa memurnikan isinya seperti chatting, facebook, video-vidoe lucah.


Dating dengan ‘pasangan’, maklumlah UPSI ini terkenal dengan title ‘ Universiti Pertemuan Suami Isteri’

Ini juga bentuk-bentuk menyibukkan diri. Namun bukan ini yang Aisyah maksudkan. Sibuk yang Aisyah maksudkan sudah tentu datang dengan syarat-syaratnya. Misalnya, sibukkan diri dengan amal islami.

Masalah ummah ini banyak. Tinggal kita sahaja memilih untuk membantu menyelesaikannya atau sebaliknya.

Tidak keterlaluan untuk Aisyah katakan, menyibukkan diri ini adalah salah satu tanda syukur kita pada Allah. Apabila kita sibuk, tiada ruang untuk kita membazir masa. Tidak sempat kita berbicara yang lagho-lagho. Tidak terlintas di fikiran kita untuk bermaksiat padaNya. Tidak sampai niat kita untuk kita mengumpat dan menzalimi sesiapa.

Namun sibuk itu mestilah yang bersyarat. Sibuk yang melorong kita menggapai redhaNya. Sibuk yang membawa kita menyentuh kasih sayangnya. Sibuk yang di dalamnya terisi penuh dengan program-program yang membuka hati kita betapa luas sifat pengampunanNya. Bukannya sibuk dengan perkara-perkara yang melalaikan dan menjauhkan kita dariNya.

Kata bijak pandai,

“Hanya orang yang sibuk punya masa.”

Berilah kerja kepada orang yang sibuk, necaya dia akan mampu laksanakannya. Seseorang yang sibuk akan lebih peka terhadap masa. Terasa sia-sia menonton televisyen yang rancangannya hiburan semata-mata. Terasa rugi membiarkan lima belas minit masa untuk menunggu bas tidak diisi dengan aktiviti membaca atau berzikir sekurang-kurangnya. Terasa berdosa andai isi percakapannya yang lagho-lagho sahaja. Terasa menyesal andai menyambung tidur selepas Subuh. Menyusun kerja sudah tentu menjadi rutinnya agar setiap tugas yang dibebankan di pundakknya mampu diselesaikan dengan saksama.



Adakalanya, orang-orang yang memegang taklifan, tugasan atau assignment mereka siap terlebih dahulu berbanding dengan mereka yang biasa-biasa sahaja. Biarpun mereka sibuk dengan pilihanraya, rakan penggerak ad-din (usrah), program-program kolej dan universiti namun keputusan peperiksaan mereka masih lagi gempak dan cemerlang. Serta melayakkan mereka posting terlebih dahulu.



Buat sahabat-sahabat yang Aisyah kasihi, jangan takut untuk sibukkan diri dalam perjuangan Islam ini. Kita bukan pencetus dan bukanlah pengakhiran tetapi kita adalah utaian rantai-rantai perjuangan. Masa kita memang tidak sama dengan orang lain. Apabila diri kita telah disenaraikan dalam perjuangan, maka cara hidup kita berubah dan berbeza dengan generasi umum. Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti dijaga, fikrah mesti semakin jelas, daya fikiran mesti semakin matang.

Justeru, rungsinglah hati andai tidak berbuat apa-apa dengan nikmat masa lapang. Sebaliknya syukuri dan nikmatilah peluang sibuk yang Allah berikan buat kita. Andai tidak sibuk, menyibuklah anda dengan kesibukan bersyarat

Tuesday, February 22, 2011

MPP UPSI 2011/2012


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Kesyukuran yang tidak terhingga kupanjatkan ke hadrat Allah S.W.T diatas kemenangan yang diberikan-Nya kepada calon-calon Mahasiswa Pendidik di dalam pilihanraya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 21 Febuari 2010 kelmarin. Gelombang kuning telah melanda di seluruh UPSI. Kini Mahasiswa UPSI telah yakin dengan kepimpinan Mahasiswa Pendidik (MP). Mereka yakin bahawa YB2 MP mampu menggalas amanah yang diberi oleh universiti. Aisyah sendiri mengharapkan tranformasi mahupun revolusi ke arah kebaikan akan berlaku di bumi murabbi UPSI...Hidup! Hidup! Mahasiswa! Menang! Menang! Menang Islam!
Takbiiir!!!! Allahuakbar!

Berikut merupakan keputusan pilihanraya yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa

Pilihan Raya Kampus 2011 seluruh IPTA:.
UM : PRO M MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : PRO M MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : PRO M MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI : PRO M MENANG [Menang 11 dari 29 kerusi]
USIM : PRO M MENANG [Menang bersih]
UMS : PRO M MENANG
UIAM : PRO M MENANG
USM (Kubang Kerian) : PRO M MENANG [Menang Bersih]
UPM : PRO M Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM : PRO M Menang (11 dari 57 kerus)

Keputusan pilihanraya by e-voting


Meraikan kemenangan Mahasiswa Pendidik


Kegembiraan dikongsi bersama penyokong-penyokong Mahasiswa Pendidik


Barisan kepimpinan MPP UPSI sidang 2011/2012. Tahniah diucapkan.



“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”. Yusoff Qardhawi

Saturday, February 19, 2011

GELOMBANG KUNING UPSI


Bahang pilihanraya kampus kian terasa. Perjuangan bersama sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam di bumi murobbi menaikkan semangat diri ini untuk terus kekal bersama mereka. Salam perjuangan kepada penyokong-penyokong Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif. Usah berasa takut dan gentar untuk berpolitik di dalam kampus. Bangkitkan suara mahasiswa!!!

Hidup, Hidup!!! MAHASISWA
Kebangkitan MAHASISWA..!!! Mahasiswa tidak lagi lesu dan bisu!!!
Kami pejuang Mahasiswa!!!









Saturday, February 12, 2011

DILEMA AKHWAT


Salam. Entry kali ini sekadar berkongsi sahaja. Secara analoginya, saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Jadi, Aisyah ingin sahabat-sahabat membacanya terutamanya kalangan akhwat.

Klik di sini:
http://umairzulkefli.blogspot.com/2010/10/bait-ad-duat-dilema-akhwat.html

JUNIOR



Salam. Apa khabar iman hari ini? Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih Ilahi. Entry kali ini khususnya buat junior-junior Aisyah yang kini sedang berkira-kira untuk memilih subjek minor pada semester depan.

Isu dan masalah yang sama berlaku seperti batch kami pada tahun lepas iaitu pelajar-pelajar dari Fakulti Sains dan Matematik tidak dibenarkan mengambil subjek minor dalam fakulti sendiri misalnya subjek Biology, Chemistrty, Physic, Science and Mathematic. Banyak keluhan yang Aisyah dengar daripada junior-junior terutamanya AT 14 Pendidikan Matematik berkaitan pemilihan subjek minor. Kalau tidak silap Aisyah, subjek minor yang ditawarkan kepada mereka adalah Geografi, Kemahiran Hidup dan IT.

Ramai juga antara mereka bertanyakan pendapat kepada Aisyah berkaitan isu ini. Adakalanya lucu juga bila difikir-fikirkan semula. Kalau di sekolah, semua pelajar akan gerun dengan subjek yang dikatakan ‘killer’ seperti sains dan matematik. Tapi di UPSI ini bakal-bakal guru berasa ‘frust’ dek kerana tidak dapat subjek-subjek tersebut. Mungkin kerana kebanyakan antara mereka lepasan matrikulasi ataupun aliran sains.

Sebenarnya tiada masalah pun sekiranya kita positifkan pemikiran. Bagi Aisyah, sebagai seorang bakal guru kita perlu fleksibelkan diri. Jangan hanya tertumpu dengan major dan option kita sahaja. Masing-masing antara kita masih lagi dalam proses pembelajaran. Tidak semestinya apabila kita sudah ‘posting‘ nanti kena mengajar dalam bidang option kita semata-mata. Mungkin di sekolah tersebut kekurangan guru dalam subjek Pendidikan Jasmani ke? Subjek seni ke? Pesanan Kak Aisyah untuk adik-adik adalah fleksibelkan diri anda. Jadilah seorang bakal guru yang serba boleh.

Buat pengetahuan, minor Aisyah adalah subjek Kemahiran Hidup. Ramai juga antara junior yang bertanyakan pendapat berkaitan subjek ini. Nama pun kemahiran, mestilah belajar berkaitan kemahiran. Bermacam-macam kemahiran yang kita belajar. Seronok sangat. Kita selama ini asyik menggunakan pembelajaran daya pemikiran seperti penyelesaian masalah matematik, apa kata kali ini kita ‘test’ diri kita sendiri dengan kemahiran pula.

Semester ini Aisyah ambil Elektrik & Elektronik dan Kerja Kayu, Logam dan Paip. Tidak sangka kita boleh buat kerja-kerja pendawaian elektrik dan pemasangan paip-paip yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki. Di sinilah kita belajar menajamkan skill-skill menjahit, pendawaian elektrik, perpaipan , memasak, pertukangan, perkebunan, penternakan dan sebagainya. Tambahan pula, perkara-perkara tersebut dapat diaplikasikan dan dipraktikalkan dalam kehidupan seharian. Be Muslimah Power.

Kotak tisu hasil kerja jahitan Aisyah. Pink gitu. Suitable for baby only. Nanti nak buat bantal dan tilam baby pula.


Tak sangka boleh hasilkan blaus sendiri biarpun tersalah potong kain. Tapi sayang, tak muat nak pakai sebab ikut saiz badan patung.

Friday, February 11, 2011

DAH MASUK 21 TAHUN


Salam buat pengunjung-pengunjung blog Aisyah Mawaddah. Hari ini sudah 12 Febuari 2011. Sedar tak sedar umur Aisyah sudah 21 tahun pada 8 Febuari 2011 yang lepas. Syukran buat sahabat-sahabat dan juga teman-teman atas ucapan dan hadiah ulang tahun kelahiran Aisyah yang lalu. Jazakumullah khairan jaza’ buat semua.



Alhamdulillah wa syukurillah di atas nikmat usia yang masih berbaki. Sesungguhnya semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian. Semoga usia yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan kepada keluarga, agama dan terus thabat di dalam perjuangan tercinta ini. Tiada masalah seberapa panjang umur kita, tapi yang paling penting adalah seberapa besar kita mengisi umur atau usia yang kita miliki ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah pula ketaqwaan kepada Allah.


Sekian.

Saturday, February 5, 2011

KISAH LEBAH DAN LALAT


Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.


Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam…

Saturday, January 22, 2011

BERCINTA DI HARI LAHIR


Salam. Entry kali ini sekadar untuk berkongsi link yang Aisyah baru baca tadi. Kebetulan nama watak heroin sama dengan Aisyah pula.

Sebenarnya Aisyah ingin sahabat-sahabat semua tahu, mengapa Aisyah suka menghadiahkan buku dan bukannya teddy bear, bunga, frame gambar dan sebagainya. Buku nota kecil kira ok lah tu (khas buat anak murid Cikgu Aisyah sahaja)

KLIK DI SINI
Bercinta Di Hari Lahir | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, January 21, 2011

JANUARI INI


Salam buat sahabat-sahabat yang setia mengunjungi blog Aisyah Mawaddah ini. Hampir 3 minggu Aisyah tidak mencoretkan sesuatu sebagai entry baru. Follower pun semakin bertambah. Alhamdulillah, bila ada insan yang membaca tulisan kita, itu bererti dia menghargai usaha yang kita lakukan. Harapan Aisyah, semoga apa yang ditulis ini akan menjadi manfaat untuk diri Aisyah dan sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah, program besar JMK untuk bulan ini sudah selesai cuma selepas ini kami akan berkursus sahaja pada hujung bulan. Insyaallah. Sepanjang bulan Januari ini Aisyah memang agak sibuk sehinggakan Aisyah dilarang untuk menderma darah pada Karnival Insaniah Bestari kerana kurang tidur dari 5 jam. Alhamdulillah, Aisyah kini telah sembuh dari demam, batuk dan juga sakit tekak. Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatan Aisyah. Hanya ungkapan ribuan terima kasih yang mampu Aisyah berikan. Syukran.

Bukan mudah untuk kita thabat dalam perjuangan. Bagi Aisyah segalanya bermula dari dalaman kita sendiri. Motivasi dan disiplin diri perlu kuat. Hubungan kita dengan Allah perlu dijaga. Sekarang ini Aisyah sedang belajar ilmu kesabaran, ketabahan, kecekalan yang tidak terdapat di dalam bilik-bilik kuliah. Apabila Aisyah menyoroti dan membaca kisah-kisah pejuang wanita, Aisyah berasa sangat cemburu kerana mereka semua begitu kuat dalam menghadapi segala mehnah yang diberikan. Mereka menjadi sayap kiri kepada mujahid dan mengorbankan segala jiwa, harta, masa, kehidupan untuk syahid ke jalanNya. Aisyah tidak mampu menjadi seperti mereka tetapi Aisyah ingin bekerja keras seperti mereka.

Terima kasih buat kakak-kakak dan sahabat-sahabat kerana sudi pinjamkan bahu kalian untuk diri ini. Tidak lupa juga kawan lama yang Aisyah kenal dari bangku sekolah lagi yang turut memberi kata-kata nasihat , “ Jangan biarkan urusan kepimpinan membuatkan kita terabai dalam menjaga hubungan dengan Allah dan lupa untuk menambah ilmu. Jangan kita hanya asyik membuat program untuk orang lain sehingga kita abaikan program dan aktiviti yang telah Allah susun untuk kita.”

Sekian.

Wednesday, January 19, 2011

ARAHAN YANG MUDAH


Jangan baca artikel ini. Artikel ini tidak mengandungi sebarang formula matematik mahupun fakta-fakta sains. Jadi, hentikan bacaan anda kalau anda masih membaca artikel ini. Arahan saya cukup mudah. Anda hanya membuang masa anda. Jika maklumat penting dan menarik yang anda cari, di sini bukan tempatnya. Berhenti membaca sekarang. Jangan baca artikel ini. Saya ulangi kali kedua jika anda masih belum mencerna arahannya. Jangan degil. Untuk pengetahuan anda, anda masih membaca artikel ini. Sudah saya katakan, jangan baca artikel ini. Susahkah untuk menuruti sebuah arahan mudah? Seperti saya katakan tadi, anda hanya membuang masa anda. Tiada apa yang anda cari di sini. Sedar atau tidak anda sebenarnya masih membaca artikel ini. Kali terakhir saya mohon, agar jangan baca artikel ini. Nampaknya arahan saya ternyata sia-sia. Sudah dapat apa yang anda cari?


Artikel di atas sengaja dinukilkan untuk menguji sejauh mana anda mampu mengikut arahan. Bagi sesiapa yang berjaya menghentikan bacaan dengan hanya membaca ayat pertama, tahniah diucapkan. Bagi yang tidak, fikir-fikirkan...

***

Allah suruh tutup aurat, jangan pakai ketat-ketat
Allah suruh jauhi maksiat, jangan duduk rapat-rapat
Allah larang kita buat jahat, jangan suka khianat
tapi apa kita buat?

Susahkah nak ikut arahan Allah?
Nak tunggu matahari terbit di baratkah baru nak berubah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails