Monday, November 7, 2016

MEAT BALL SWEDISH

Semalam Kak Atikah tumpang tidur di bilik saya. Segan pula, sebab Kak Atikah adalah seorang ustazah. Dah lah tetamu pulak tu. Tak kan saya tak memasak untuk tetamu kot. Tiba-tiba teringat 'meat ball' frozen yang saya beli minggu lepas yang ada dalam peti ais. Keluarkan meat ball dari (ruang sejuk beku). Lepas 10 minit, saya goreng. Untuk sos black pepper Swedish ala-ala IKEA saya amik kat fb je.

Al maklum ler, saya spesis jarang masuk dapur. Bajet busy!!! Sebenarnya saya tak de mood nak masak sebab tinggal sorang je. Selalu pergi kantin sekolah untuk mengisi perut.

Teringin pula nak cuba resepi 'meat ball swedish' ala-ala IKEA. Saya dah pernah makan kat IKEA dulu. Last pergi tahun 2012. Memang sedappp!  Memandangkan bahan-bahan mudah didapati, apalagi saya memulakan projek "Dapur Teacher Aisyah".

Memang bangga beb, macam tak percaya je buat sendiri. Kebiasaan cubaan kali pertama memang menjadi dan sedap. Kalo nak buat kali kedua selalu tak sedap sangat. Hahaha...so beruntung bagi mereka yang dapat rasa resepi pertama saya ini.

Lunch itu saya buat Melayu + Swedish. Perut melayu kena makan nasi. Malam pula saya rebus spageti. Maka inilah hasilnya.

Nasi goreng + meat ball swedish

Tadaaaa...kecur lidah tak?

 spageti + meat ball swedish, baru lah nampak western sket....hahaha

Nak resepi?? Saya amik kat fb, saya pula jenis yang tak suka ikut sukatan. Main bantai sesuka rasa. 

Saturday, November 5, 2016

1 BINTU HANUN

'Mak-mak' kelas.

Pantas masa berlalu.
Sekejap je dah masuk bulan November. Teringat masa kome mula-mula daftar masuk sekolah, pakai tudung pun senget lagi. Sekarang dah makin lawa, pandai, solehah dan berdikari.

Kekalkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, azhariah dan tahfiz. Ada baki 4 tahun lagi untuk kalian berada di sekolah ini.

Semoga kalian menjadi pelajar yang cemerlang.

Nahwal Imtiyaz!!!





Teacher sayang anak-anak murid kelas 1 Bintu Hanun

WANITA BEKERJAYA

Pada zaman yang serba moden ini, wanita yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri sudah menjadi kebiasaan. Amat jarang jumpa wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau dia suri rumah, pasti ada pendapatan sendiri seperti bisnes online, menjahit, agen droship, membuat kek dan sebagainya.

Pada zaman moden, inflasi, kemerosotan ekonomi, tidak dapat tidak, wanita perlu berganding bahu bersama-sama suami mencari nafkah hidup. Begitu juga dengan tanggungjawab dalam rumah tangga seperti memasak, mengemas, menjaga dan membesarkan anak serta sebagainya. Semuanya perlu dikongsi bersama.

Kalau zaman dahulu orang ramai takut untuk menjadikan wanita yang menyandang jawatan peguam, doktor, pensyarah, akauntan dan sebagainya sebagai suri hidup, tapi zaman sekarang berbeza. Wanita yang bekerjaya lah yang menjadi pilihan bakal mertua.

Apabila isteri sama-sama membantu suami dari segi nafkah, suami juga perlu turut sama berkongsi tanggungjawab isteri mengurus rumah tangga dan anak-anak. Barulah adil. Tidaklah nanti satu pihak akan terasa terbeban dan berlaku konflik dalaman seterusnya membawa kepada perang besar dalam rumah tangga.

Pesan untuk diri saya juga, andai anda seorang wanita bekerjaya, hendaklah menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang isteri. Berusahalah menjaga maruah suami ketika anda berada di tempat kerja.

Patuhilah undang-undang sebagai seorang muslimah ketika berada di luar rumah. Insyaallah, ALLAH juga akan memelihara rumah tangga ada kelak. Insyaallah.

CIKGU DAN TENTERA

Saya tahu awak selalu busy. Kita jarang bermesej. Call pun tak pernah, apatah nk jumpa awak pun payah. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun, saya amat selesa sebegini kerana saya punyai prinsip diri. Sebarang bentuk hubungan dengan lelaki atau perempuan ajnabi adalah tidak diharuskan. Surat ini saya tulis sebagai 'open diary' saya. Sekadar tatapan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita nanti. Hahaha!!!

Surat ini adalah harapan saya kepada awak. Saya bukanlah jenis yang 'sweet' seperti wanita-wanita di luar sana. Saya akui memang cikgu garang. Tapi saya guna cara 'sweet' saya. Jangan awak kena diabetes sudahlah. Walaupun saya tahu entah bila awak akan jumpa dan baca entry blog saya ini.

********************************************************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Bakal suami yang akan kucintai kerana Allah.

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Dia telah mempertemukan kita setelah 8 tahun untuk sama-sama mengharungi kehidupan berumahtangga tidak lama lagi. Dia telah memakbulkan doa lewat istikharahku yang aku lakukan sepanjang aku menempuh zaman remajaku. Dalam istikharah, pernah aku bermimpi. Seorang lelaki yang memakai sut putih datang kepadaku dan membawa ke suatu tempat yang indah. Bertahun-tahun aku menanti siapakah gerangannya, adakah lelaki yang bersut putih itu seorang doktor? seorang pilot( kot berselisih dalam flight)?seorang Ustaz berjubah putih (hahaha)? Akhirnya Dia menentukan jawapan bahawa lelaki bersut putih itu adalah tentera laut adalah jodohku.

Aku berazam dan berjanji pada diriku sendiri bahawa dirimu akan kucintai dan kukasihi selepas cinta Agungku dan kekasih agungku, iaitu Allah dan Rasul-Nya. Engkau juga tahu akan itu bukan?

Duhai bakal suamiku,

Diri ini telah kupelihara sebaik mungkin demi memastikan cintaku ini hanyalah untuk cinta yang dihalalkan oleh Allah SWT untukku. Aku tidak pernah bercinta dengan mana-mana teruna yang datang mengusik perasaan wanitaku. Aku tidak mahu kelak apabila engkau menerima diri ini yang telah ternoda dengan cinta duniawi. Aku berusaha menjaga perasaan cinta ini demi untuk dirimu wahai bakal suami.

Selama ini aku telah pun dididik dengan agama secukupnya oleh ummi dan abi. Akan ku jaga agama ini agar yang Maha Esa menjaga ikatan ini sehingga ke hari pernikahan dan seterusnya ke akhir hayat.

Wahai bakal suamiku,

Sebagai insan yang kerdil, aku tidak lepas daripada kekurangan dan melakukan kesilapan. Sama ada pada masa ini ataupun pada suatu hari nanti apabila kita ditakdirkan hidup sebumbung kelak. Jika kesilapan itu melibatkan hal-hal yang tidak engkau sukai, tegurlah aku dengan cara yang paling baik. Sebagai wanita, aku dikurniakan hati yang halus dan mudah terhiris dengan kekasaran sama ada yang keluar dari bibirmu ataupun perbuatanmu.

Duhai buah hati,

Aku tidak mahu diri ini dihias dengan intan permata, emas, kemewahan bahkan wang ringgit yang berbentuk kebendaan semata-mata. Dalam hidup kita kelak, apa yang amat kuharapkan adalah kebahagiaan dan ketenangan hidup serta kelapangan dalam melakukan amal ibadat demi memperolehi redha Ilahi. Di samping itu, kita sama-sama berganding bahu mendidik serta membesarkan zuriat yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemurah dengan penuh mawaddah dan rahmah.

Kekasihku,

Aku mungkin tidak secantik seperti wanita-wanita lain. Namun, aku ingin sentiasa cantik dan berhias untuk insan yang halal melihat auratku. Suatu hari usiaku akan semakin meningkat. Kulitku akan bertambah hilang serinya akibat melahirkan dan pertambahan usia. Seperti wanita lain, aku ingin menjadi yang pertama dan terakhir dalam hidupmu. Aku bukan tamakkan kasih sayang dan cintamu. Namun, fitrah wanita itu cemburu. Aku ingin menjadi seperti Khadijah yang menjadi satu-satunya teman istimewa baginda Rasulullah sepanjang beliau hidup.

Cinta hatiku,
Rasanya cukuplah setakat ini dahulu warkahku. Mudah-mudahan Allah mengurniakan aku kesabaran dalam menempuhi alam rumahtangga bersamamu apabila tiba saatnya nanti. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan hidup kita kelak di dunia dan akhirat.

Sekian.

Yang benar,
Bakal isterimu.


Boleh buat tajuk drama, 
"Sayangku Leftenan"



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails