Sunday, June 12, 2016

KESUNGGUHAN AWAK BUAT HATI SAYA TERPAUT


Siapa sangka kita akan bertemu bakal suami dengan kawan sekolah. Zaman sekolah dulu saya tidak pernah bercakap dan bertegur sapa dengan awak langsung. Saya sekadar mengenali bahawa awak wujud dalam batch saya. Yang saya tahu awak budak skema yang rajin dan pendiam... hahaha. Itu sahaja yang saya tahu pasal awak pada tahun 2007.

2012 - awak pm saya di fb, saya jual mahal
2013 - awak pm saya di fb, saya jual mahal
2014 - awak pm saya di fb, saya membalas sebagai seorang rakan & kredibiliti sebagai guru
2015 - awak melamar saya di whatsapp, saya isthikarah & sudi menerima awak seadanya.

Malu pun ada bila saya baca semula conversation masa mula-mula awak approach saya kat private message di facebook, memang saya jual mahal gilaaa. Sangat menyampah dengan awak time tu. Hampir 4 tahun  awak berusaha. Betul kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Chewahhh!!! Akhirnya awak berjaya memenangi hati saya.

Apa yang buat saya kagum, 4 hari kemudian terus awak hantar ibu dan ayah jumpa ummi abi saya di kampung terlebih dahulu untuk minta restu perhubungan. Memang terkejut besar kedua-dua ibu bapa saya dan awak bila saya bersetuju untuk memilih awak walaupun kita berdua tak pernah bercakap dan face to face selepas tamat SPM di MRSM dulu. Sekadar berhubung di whatsapp sahaja.


saya kelas 5D

awak kelas 5B


Part ini paling saya kelam-kabut. Awak tanya saiz jari saya dan menyatakan hasrat bahawa keluarga awak ingin merisik pada hari tersebut. Saya mula berdebar kerana saya masih di sekolah dan ada mesyuarat guru pada sebelah petang. Mesyuarat tak habis lagi. saya terus bergegas pulang. Tup, tup kena sarung cincin. Alamak, cincin ketat!!

Selang beberapa hari, awak datang bertemu dengan saya dihadapan ummi abi sebaik pulang dari operasi. Memang berdebar-debar sangat ketika itu. 8 tahun tak pernah bersemuka sejak zaman sekolah. Siapalah saya untuk menilai awak. Namun saya yakin dengan jawapan isthikarah.

Perkara pertama yang perlu bagi seorang wanita atau lelaki bagi memastikan perkahwinan yang bakal dibina akan berjaya dan berkekalan ialah melihat dari sudut agama dan akhlak bakal pasangan. Kedua barulah perasaan hati sama ada berkenan atau tidak.

Walaupun saya dan awak pernah satu sekolah, namun banyak yang perlu saya selidiki dari segi cara berfikir, kebudayaan, kebijaksanaan dan kefasihannya dalam berkata-kata. Selain itu, saya perlu mengetahui aktiviti harian awak. Adakah awak selalu berjemaah ke masjid, beramah mesra dengan jiran tetangga, cara bergaul dengan rakan sekerja dan sebagainya.

Saya redha dan ikhlas menerima awak kerana kesungguhan awak untuk memperisterikan saya.

 Saya sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan jodoh kita dan segera diijabkabulkan. Semoga kita menjadi pasangan di dunia & syurga. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails